Tuesday, 12 July 2016

Mengapa ikut mazhab ?

1. Kerana segala hukum hakam yang berkaitan (ibadah,muamalat, munakahat, jinayat) dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar berkaitan hukum telah ada disusun oleh pengasas dan dibahaskan oleh para ulamak muktabar dalam mazhab secara tuntas dan terperinci. Sekiranya ia adalah isu baharu sekalipun ia tetap dibahas melalui kaedah atau methodologi yang telah disusun mengikut mazhab. Oleh yang demikian, tiada istilah mengambil pendapat mazhab lain untuk mengikut hawa nafsu yang diharamkan.
2. Mengikut mazhab bermakna mengikut kefahaman, perjalanan, panduan para ulamak pengasas mazhab yang merupakan ulamak terbilang hidup di zaman salafussoleh, diperakui Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam akan terbaiknya umat Islam di kurun berkenaan, diperakui kehebatan keilmuan, kewarakan, kesolehan mereka. Ini bermakna pengikut-pengikut mazhab inilah yang sewajarnya digelar salafi (bukan salafi jadian)
3. Aqidah mereka adalah murni dari ajaran bid'ah sesat dan batil (khawarij, syiah, mujassimah, musyabbihah, karamiyyah, muktazilah, jabariyyah, qadariyyah, anti hadith)
4. Para ulamak mujtahid mutlak inilah yang mendalami, mempunyai dan memiliki disiplin ilmu (pakar dalam feqh, usul feqh, pakar hadith, pakar bahasa arab, pakar ilmu al quran dan sebagainya) secara sistematik, tersusun, diiktiraf oleh para alim ulamak di zaman mereka bahkan diiktiraf oleh para ulamak muktabar selepasnya sehingga ke hari ini.
5. Kita orang awam disuruh untuk mengikut ulamak. Bukan disuruh memandai-mandai, atau disuruh berani mengeluarkan pendapat, fatwa, ijtihad dalam keadaan jahil kerana ia sesat dan menyesatkan.
6. Menggali sendiri/merujuk sendiri secara langsung al Quran dan hadith dalam keadaan jahil/tanpa disiplin ilmu adalah sesat dan menyesatkan orang lain. Tiada seorang pun orang jahil yang dapat mengadakan dalil kecuali terpaksa bertaqlid dengan ulamak. Walaupun ada yang jahil ini mengaku dirinya ahli hadith, atau ikut al Quran dan hadith sahih sahaja. Realitinya di fb sekalipun, pos dinding mereka penuh dengan youtube atau kuliah dari maulana, dr PhD, mufti tertentu, ustaz tertentu sebagai sumber taqlid mereka. Memang sulit untuk melepaskan diri dari taqlid bahkan ada yang jadi pentaqlid buta yang sangat tegar (tetapi dalam masa yang sama memusuhi umat Islam yang bermazhab (anti mazhab)??)
7. Mengikut mazhab adalah jalan yang selamat, kerana para ulamak samada pengasas mahupun para alim ulamak muktabar yang mengikut mazhab telah diuji, diiktiraf, diperakui oleh alim ulamak penguasaan keilmuan mereka (bukan dinilai, diberikan perakuan oleh orang jahil yang majhul). PAKAR DIIKTIRAF/DIPERAKUI OLEH PAKAR.
8. Jika kita ikuti dan selusuri perjalanan kehidupan mereka selain dari kewarakan dan kesolehan mereka. Kita juga dapat mencontohi kegigihan mereka dalam menuntut ilmu melalui para alim ulamak di zaman mereka. Mereka sangat beradab, menghormati, memuliakan proses mendapatkan ilmu serta wasilah ilmu itu sendiri. Oleh yang demikian, segala intipati al Quran dan as Sunnah benar-benar dihadam, diamal dan dihayati dalam kehidupan mereka (bukan sekadar cakap dan mengaku sahaja).
9. Dan banyak lagi kelebihan yang lain.
Sumber dari Facebook
12 Julai 2016

No comments: