Sunday, 24 July 2016

2016 : TERENGGANU : KUALA TERENGGANU

Program Yayasan Jantung Malaysia ke Terengganu bagi tahun 2016,kami Awareness Team telah mengadakan 2 program iaitu di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016 dan di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin juga di Kuala Terengganu. 

PROGRAM PERINGKAT KOLEJ - KOLEJ PTPL KUALA TERENGGANU
25 APRIL 2016

Awareness Team YJM telah berlepas ke Kuala Terengganu pada 24 April 2016 untuk Program Pemeriksaan Kesihatan di Kolej PTPL Kuala Terengganu pada 25 April 2016. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke hotel penginapan kami di Intan Beach Resort di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu mengambil masa perjalanan selama 4 jam 46 minit sejauh 447 km. 
Pantai Batu Burok adalah destinasi percutian yang paling popular di Kuala Terengganu. 






Intan Beach Resort
898-N, Lorong Dato Jaya
Jalan Haji Busu
Kampung Pantai Batu Burok
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-631 8899












KOLEJ PTPL KUALA TERENGGANU


Kolej PTPL Kuala Terengganu (kini dikenali sebagai MSU College) terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Jaraknya dari penginapan kami di Intan Beach, Pantai Batu Burok adalah 2.9 km mengambil masa hanya 7 minit perjalanan. 
Sepanjang program kesihatan dijalankan seramai 129 orang pelajar dan setaf telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan. 


Kolej PTPL Kuala Terengganu terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu







Kuala Terengganu adalah ibu Negeri Terengganu Darul Iman. Terletak 450 km dari Timur Laut Kuala Lumpur. 
Status bandaraya telah diberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran "Bandaraya Warisan Pesisir Air" pada 1 Januari 2008. 

Selesai program kesihatan di Kolej PTPL Kuala Terengganu, kami meneruskan perjalanan kami ke Kota Bharu, Kelantan untuk program seterusnya iaitu di Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu pada 26 April 2016. 

Rujuk :
1. Kembara Kelantan 2016

PROGRAM KOMUNITI 
SJK (CINA) CHUNG HWA WEI SIN
KUALA TERENGGANU
22 JULAI 2016

Program Komuniti kali ini adalah dengan kerjasama The Lions Club of Kuala Terengganu berlansung di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu pada 22 Julai 2016. 



Lencana Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.jpg

SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin terletak di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1915 atas nama Chung Hwa Wei Sin. 


Seramai 119 orang telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan sepanjang program dijalankan. 




Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu bermula pada 21 Julai 2016. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). 



Lebuhraya Pantai Timur adalah 447 km panjang, 4-lorong (2 di setiap arah) bermula daripada tamatnya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Persimpangan Karak, Pahang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor, Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong dan tamat di Gemuroh, berdekatan dengan Kuala TerengganuTerengganu.
Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu mengambil masa 4 jam 50 minit perjalanan sejauh 447 km. 

Sepanjang perjalanan kami singgah rehat di Hentian Rehat Paka, di Terengganu yang baru di buka. 







Setiba di Kuala Terengganu, kami singgah minum di sebuah medan selera di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 
Saya berasa sangat teruja kerana tak disangka-sangka bertemu dengan Penceramah terkemuka Ustaz Azhar Idrus di sini. Apa lagi takkan nak lepas peluang, terus ambil gambar kenangan bersama Ustaz Azhar Idrus. 




Di Kuala Terengganu, kami menginap di Batu Burok Beach Resort. Ini adalah kali kedua aku menginap di Batu Burok Beach Resort. Kali pertama ialah ketika Program Komuniti di Dewan Perhimpunan Tiong Hua, Kuala Terengganu pada 14 Februari 2015. 

Rujuk: 

Batu Burok Beach Resort dan Restoran Pak Maidin di hadapan Resort ini adalah milik Allahyarham Kamaruddin Maidin, bekas olahragawan Malaysia yang pernah mewakili Negara dalam Sukan Olimpik di Rome pada tahun 1960 bersama Shahrudin Mohd Ali dan M. Jegathesan). Allahyarham pernah memenangi pingat emas 4 kali berturut-turut dalam acara lompat jauh di Sukan SEAP (kini Sukan SEA). 




Selesai Program Komuniti di Kuala Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang untuk program kami seterusnya ialah Program Komuniti di SJK (Cina) Gambang pada 24 Julai 2016. 

Rujuk: 
Zulheimy Maamor Blogspot - Kembara Pahang 2016

Semasa dalam perjalanan ke Gambang kami singgah rehat di Hentian Rehat Perasing di Kemaman, Terengganu. Kawasan Hentian Rehat ini adalah merupakan Hentian Rehat terbesar dalam rangkaian Lebuhraya Pantai Timur dan baru sahaja di buka ketika itu. 

Rujuk : 
Wikipedia - Lebuhraya Pantai Timur








Dari Kuala Terengganu ke Gambang - 

Seterusnya 
Zulheimy Maamor Blogspot - Kembara Pahang 2016


Sekian Terima kasih

No comments: