Monday, 30 May 2016

SIFAT HAMBA.

"Perkara yang sepatutnya kita selalu lakukan, adalah muhasabah diri. Dimana, untuk kita meningkatkan amal ubudiah kita kepada Allah سبحانه وتعالى, agar kita tergolong didalam golongan yang akan mendapatkan naungan Allah سبحانه وتعالى diakhirat kelak. Sebaik-baik tangisan adalah tangisan seorang hamba yang menangis atas kejahilan."
"Menangis dan kekesalan yang pernah dilakukannya dan tidak ingin kembali dalam kejahilan. Itulah tangisan yang sebaik-baik tangisan di sisi Allah سبحانه وتعالى. Sebaik-baik amalan itu adalah mengisi waktu sesuai dengan ketetapan hukum hakam dan kehendak Allah سبحانه وتعالى dengan mengimarahkan waktu."
"Kita menggunakan waktu sesuai dengan kehendak Allah. Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak mampu untuk menyekat, melawan nafsunya daripada perbuatan yang tidak baik dan perkara-perkara haram. Sekuat-kuat manusia pula adalah orang yang mampu menyekat dan melawan nafsunya."
"Menyekat keinginannya daripada perbuatan yang tidak baik dan dari melakukan perkara yang haram.
Antara 7 golongan yang akan mendapatkan naungan Allah سبحانه وتعالى semasa di hari akhirat:-
1) Pemimpin yang adil,
2) Orang yang rajin beribadah,
3) Orang yang hatinya terpaut dengan masjid,
4) Orang yang mencintai kerana Allah dan berpisah kerana Allah,
5) Orang yang diajak atau digoda oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata sesungguhnya aku takutkan Allah.
6) Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mrngetahui apa yang infakkan oleh tangankanannya.
7) Orang yang mengingati Allah سبحانه وتعالى secara bersunyian lalu menitiskan air matanya.
"Kita nak diri kita termasuk dalam salah satu atau lebih daripada satu golongan yang akan mendapatkan naungan Allah سبحانه وتعالى di hari akhirat kelak jadi berusahalah untuk meningkatkan amal ubudiah kita kepada Allah سبحانه وتعالى daripada sebesar-besar amal sampai sekecik-kecik amal."
"Itu kerana kita tak tahu amal kita yang mana satukah yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Mana tahu mungkin sahaja asbab kita selalu solat berjemaah di masjid dan selalu ke masjid mendengar pengajian ilmu yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak."
"Tiada siapa yang tahu jadi tingkatkan amal ubudiah kita ketaqwaan kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Maka beramallah selagi kita masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang sihat wallafiat.
Jangan sampai nanti dah Allah سبحانه وتعالى tarik kembali nikmat-Nya sampai kita dah tak boleh nak beramal dah masuk kubur nanti baru kita rasa menyesal."
"Kita kalau di dunia muflis tak ada apa-apa. Harta pun tak ada ataupun juga tak banyak mana itu ok-ok sahaja tapi kalau sampai kita rugi dan muflis tak ada apa-apa di akhirat itu adalah sesuatu yang patut kita risaukan sebab itu kita kalau menyesal di dunia tak apa lagi tapi jangan sampai kita menyesal di akhirat sebab sudah tidak ada gunanya lagi."
"Setiap orang akan dihisab di akhirat sesuai dengan apa yang dia lakukan semasa hidupnya.
Kalau semasa hidupnya baik ibadahnya baik ubudiahnya baik maka dia akan mendapatkan kebaikan di akhirat nanti."
"Akan tetapi sebaliknya kalau amalnya, ibadahnya, solatnya, ubudiahnya itu tak berapa nak baik mana maka nanti di akhirat pun dia akan mendapatkan balasan yang tak baik. Itu semua bergantung kepada sejauh mana ketaatannya, ubudiahnya kepada Allah سبحانه وتعالى semasa hidupnya."
Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Sumber : Facebook
30 Mei 2016

No comments: