Wednesday, 18 May 2016

SEJARAH SATEY

Tuan Haji Tasmin Bin Sakiban bersama isteri dan cucunya. Tuan Haji Tasmin dipercayai adalah pengasas sate di Malaysia. 

Sate di Kajang dipelopori oleh Hj. Tasmin b. Sakiban pada tahub 1917. Beliau berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Pada tahun 1914, Hj. Tasmin tiba di kajang melalui sungai langat dan beliau berlabuh di tebing Sungai Jelok (kini lokasi itu adalah belakang plaza metro). Haji @ Wak Darmon, iaitu bapa saudara Hj. Tasmin yang mengajaknya datang ke Kajang. Adik kandung Hj. Tasmin, iaitu Rono bin Sakiban sampai ke Kajang lebih awal iaitu pada tahun 1911. Hj. Tasmin memulakan perniagaannya di Kajang dengan menjual sup dan nasi kepal / ketupat. Pada tahun 1917 Hj. Tasmin memulakan perniagaan satenya. Pada ketika itu, semua pelanggan memakan sate dengan mencelup sate ke dalam satu mangkuk kuah yang besar.

Sate dijual secara berkandar di sekitar kawasan Kajang bermula dari Kampung Paya, batu 14 hingga pekan Kajang. Penjaja sate ini akan menyinggah ke rumah-rumah yang memanggilnya di sepanjang perjalanan. Rono turut membantu Hj. Tasmin untuk menjual sate secara sambilan. Beliau bekerja di ladang getah beberapa tempat seperti di West Country, Kajang. Maklum balas daripada pelanggan telah mengubah cara sajian sate. Hj. Tasmin memperkenalkan mangkuk besar dan kecil untuk setiap pelanggan. Para pelanggan tidak lagi berkongsi mangkuk untuk mencelup kuah sate. Kemudiannya mangkuk kecil dan cili disediakan untuk pelanggan yang inginkan rasa kuah yang pedas. Ada pendapat mengatakan Wak Darmon juga menjalankan perniagaan sate selepas Hj. Tasmin. Perniagaan sate Wak Darmon diteruskan oleh anaknya Wak Bagong dan menantu lelakinya Rono Sakiban.

Pada awal 1940, sate dijual menggunakan kereta tolak dan berhenti di kedai kopi Ban Seng di Jalan Sulaiman sekarang. Pelanggan sate akan duduk di sekliling kereta tolak dan ada juga yang makan didalam kedai kopi. Saye di Kajang seterusnya berkembang di gerai-gerai sate, medan sate lama dan baru serta menerima tempahan untuk jamuan di semua peringkat. Sekarang sate dihidangkan di hotel-hotel besar dan juga dalam sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Sumber: 


No comments: