Friday, 18 March 2016

4 Perkara sebelum Tidur



Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil perhatian sebelum seseorang itu tidur. Maka wajarlah kiranya sunnah Rasulullah s.a.w itu sendiri dijadikan sebagai amalan seseorang pada setiap malam. Ia adalah lebih afdhal.
- ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a. : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah"

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.
(Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih - 3x)

Dan, perbanyaklah Bertasbih, Bertahmid, Bertahlil, Bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
(Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi Walaailaaha illalloohu Alloohu Akbar - 3x)


Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
18.3.2016

No comments: