Sunday, 31 May 2015

REUNION INTAKE 139/80 TLDM


14 Januari 1980 seramai 279 anak muda dari seluruh pelusuk tanahair telah memulakan latihan sebagai kumpulan pertama anggota TLDM yang dilatih di pengkalan TLDM Lumut, Perak yang baru sahaja beroperasi ketika itu. 




35 tahun telah berlalu, pada 23 Mei 2015 seramai 41 orang dari kalangan tersebut telah bertemu kembali bagi merapatkan semula silaturahim yang telah lama terputus. 
Pertemuan semula bekas intake 139/80 telah diadakan di Restoran Sambel Cobek Solo di Taman Melawati, Kuala Lumpur yang dimiliki oleh anak perempuan salah seorang bekas anggota skot 139/80. 
Pertemuan sahabat yang pernah sama-sama mengharungi pahit getir kehidupan anggota Tentera Laut, sangat bermakna kerana kami telah sama-sama memerah keringat dan bermandi peluh ketika menjalani latihan Rekrut selama 6 bulan. 



Sebelum Majlis bermula

Wajah-wajah ex Skot 139... mereka inilah suatu ketika dulu pernah menyarung seragam Tentera Laut dan meredah lautan yang luas terbentang demi menjaga perairan tanahair kita...JASA MU TETAP DIKENANG

Gabungan bekas anggota Komunikasi, Elektrikal, Pancaragam dan Kerani Am


Wajah- wajah yang suatu ketika dulu menyediakan sajian untuk anak-anak kapal... tugas murni mereka sentiasa kami hargai...

Dari Cawangan Elektrikal

Mereka ini dulu tukang baik Enjin Kapal (TMK) 


En. Baharudin Md Serah, penganjur Program Reunion Skot 139/80 yang pertama

sambung lagi di kedai kopi selesai Majlis...



Saudara Rahmat yang kini adalah pengusaha Restoran yang berjaya di Sibu, Sarawak. Dibelakang adalah Saudara Rajendran


Mereka ini pernah bersama ku berkhidmat di KD SRI REJANG, Sibu , Sarawak sekita tahun 1983/84

In sya Allah Skot 139/80 merancang untuk mengadakan reunion dimasa akan datang di Lumut,Perak... semoga bertemu di Lumut , Perak jika ada kesempatan......






No comments: