Pada 13 February 2015 (Hari Jumaat) saya bersama team Awareness Yayasan Jantung Malaysia memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu untuk program Komuniti di Kuala Terengganu pada 14 Feb dan juga Program Peringkat Kolej di University College Bestari di Setiu,Terengganu pada 15 Feb.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.30 pagi melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. Perjalanan sejauh 447km mengambil masa perjalanan selama 4 jam 40 minit.
Lebuhraya Pantai Timur (E8) menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Ia adalah sambungan kepada Lebuhraya Karak yang bermula dari Karak hingga ke Kuala Terengganu.
Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 350 km (217 batu) melalui beberapa persimpangan seperti Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor, Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong dan tamat di Chendering di Kuala Terengganu.
14 FEBRUARI 2015: PROGRAM KOMUNITI DI DEWAN PERHIMPUNAN TIONGHUA
Program anjuran Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dengan kerjasama The Lions Club of Kuala Terengganu dan bantuan Jururawat dari University College Bestari, Setiu, Terengganu di adakan di Dewan Perhimpunan Tiong Hua di Kuala Terengganu. Seramai 64 orang penduduk berhampiran telah menjalani ujian Kesihatan sepanjang program ini. Gambar diambil dari dalam bangunan Dewan Perhimpunan Tiong Hua |
Wisma SPAD yang terletak dihadapan Dewan Perhimpunan Tiong Hua.
13.2.2015 : BATU BUROK BEACH RESORT, KUALA TERENGGANU
Batu Burok Beach Resort terletak lebihkurang 20 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Di sini kami menginap sepanjang program di Kuala Terengganu. Ia merupakan sebuah resort yang terletak berhampiran Pantai Peranginan Batu Burok yang terkenal di Terengganu.
Batu Burok Beach Resort dan Restoran Pak Maidin di hadapan Resort ini adalah milik Allahyarham Kamaruddin Maidin, bekas olahragawan Malaysia yang pernah mewakili Negara dalam Sukan Olimpik di Rome pada tahun 1960 bersama Shahrudin Mohd Ali dan M. Jegathesan). Allahyarham pernah memenangi pingat emas 4 kali berturut-turut dalam acara lompat jauh di Sukan SEAP (kini Sukan SEA).
14.2.2015 : MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU |
Terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Terengganu. Masjid ini telah dirasmikan pada 8 Februari 2008 oleh Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli merupakan masjid pintar yang pertama di Malaysia.
Bersama Team Awareness Yayasan Jantung Malaysia |
MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Batu bersurat ini dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun dan adalah merupakan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia. Ini membuktikan bahawa agama Islam telah sampai di bumi Terengganu seawal tahun 1326 M atau 1386M.
Batu ini telah ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara) di Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887. Ianya ditemui oleh seorang saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja.
Untuk mengetahui selanjutnya mengenai batu bersurat sila rujuk laman Wikipedia.
Rujuk : Wikipedia - Batu Bersurat Kuala Terengganu
Selesai Program Pemeriksaan Kesihatan di Dewan Tiong Hua Kuala Terengganu, kami terus ke Setiu Terengganu untuk program seterusnya di University College Bestari, Setiu, Terengganu.
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu adalah sejauh 54 km mengambil masa perjalanan 1 jam 9 minit.
Batu ini telah ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara) di Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887. Ianya ditemui oleh seorang saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja.
Untuk mengetahui selanjutnya mengenai batu bersurat sila rujuk laman Wikipedia.
Rujuk : Wikipedia - Batu Bersurat Kuala Terengganu
Antara destinasi yang terkenal di Kuala Terengganu ialah Pasar Payang. Kata orang tak sampai Terengganu kalau tidak singgah di Pasar Payang.
14.2.2015 : PANDAN LAUT BEACH RESORT, SETIU, TERENGGANU
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu adalah sejauh 54 km mengambil masa perjalanan 1 jam 9 minit.
Kami menginap di Pandan Laut Beach Resort yang terletak di Pantai Rhu Sepuluh Setiu Terengganu. Ia amat sesuai untuk keluarga bersantai di hari Cuti.
Setiu adalah merupakan satu daerah di Negeri Terengganu. Nama Setiu adalah berasal dari nama seorang pahlawan Bugis.
Boleh rujuk wikipedia untuk mengetahui sejarah lanjut daerah Setiu.
Rujuk: Daerah Setiu
Bersantai dihadapan bilik penginapan di waktu malam dengan suasana kampong yang tenang dan damai. |
Bilik penginapan ku |