Tuesday, 28 January 2014

KATA-KATA HIKMAH


Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

(IMAM SYAFIE)





Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
(IMAM SYAFIE)





DZIKIR adalah sebab Allah MENGINGAT hamba-Nya dan SYUKUR adalah sebab Allah akan selalu menambah nikmat dan karunia.
DZIKIR dilakukan dengan lisan dan hati. Sedangkan SYUKUR dilakukan dengan rasa cinta dalam hati, pujian dalam lisan, dan melakukan ketaatan dengan anggota badan.

Ibnul Qayyim mengatakan bahwa agama ini dibangun di atas DUA landasan yaitu DZKIR dan SYUKUR. Lantas beliau rahimahullah membawakan firman Allah,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ

“Berdzikirlah pada-Ku, niscaya Aku akan MENGINGAT kalian. Bersyukurlah pada-ku, janganlah kalian kufur.” (Al Baqarah: 152)
(Kitab Al Fawa’id karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah)





Takut dan cinta kepada Tuhan adalah ibu segala kebaikan. Tetapi kalau tidak takut dan tidak cinta kepada Tuhan, itulah ibu segala kejahatan. Itulah jati diri yang sudah rosak.





"Hari ini di dunia adalah untuk beramal tanpa hisab, esok sesudah mati, hanya ada hisab yang menunggu tanpa ada amal lagi."
(SAIDINA ALI BIN ABI THALIB)





Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".



Dua perkara yang paling susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlas amal untuk ALLAH.

(SUFFIAN BIN UNAIYAH)




Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

- Hatinya selalu berniat suci.
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
(KHALIFAH UTHMAN IBN AFFAN)



Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu reda untuk mati, bererti dia reda untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu reda untuk bertemu Allah, maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan.



"Kosongkanlah hati anda dari segala sesuatu selain Allah, niscaya Dia akan memenuhi hati anda itu dengan ilmu-ilmu makrifat (ilmu mengenal Allah dan rahasia-rahasia alam) ketuhanan."

(Maulana Ibnu Athaillah Askandary)




Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, “Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama”.

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf dan nahi mungkar. “Makruf” bermaksud “sesuatu yang baik mengikut pandangan syarak dan akal,” dan “mungkar” pula bermaksud “sesuatu yang berlawanan dengan makruf sebagai contoh, meninggalkan perkara yang difardukan serta kewajipan, ataupun melakukan perbuatan yang haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun besar”. Tafsiran ini disebutkan oleh Muhammad ibn Illan Al-Makki dalam Dalilul Falihin 

(Maktabah Al-Halabi, Mesir; jilid 2)



Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran. Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya!!!

(HASSAN AL BANNA)




“Sesungguhnya memandang wajah ulama dan orang-orang soleh adalah ibadah.”

(Imam Al-Ghazali)




“Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit."

(Luqmanul Haqim)




Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).




"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."

(Badiuzzaman Said An-Nursi)




Ali bin Abi Thalib r.a berkata: 

Tanda orang yang riya’ itu ada empat:
1. Malas jika bersendirian.
2. Tangkas jika di hadapan orang.
3. Menambah amalnya bila dipuji.
4. Mengurangi amalan jika dicela.




Ibnul-Qayyim berkata:

”Taubat mustahil terjadi, sementara dosa tetap dilakukan”.




"Satu dirham disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus dirham diwasiatkan ketika akan mati."

(Ibnu Mas'ud Radhiallahu 'anhu)




''Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah, dan pemerintah rosak kerana Ulama. Sementara Ulama pula rosak kerana tamakkan harta dan pangkat. Maka sesiapa yang dikuasai oleh kecintaan kepada dunia, dia tidak akan mampu memberi nasihat walaupun kepada orang bawahan, apa lagi kepada pemerintah dan pembesar''.

(IMAM AL GHAZALI)




Menempuh jalan ke akhirat adalah sukar dan banyak tipu dayanya tanpa penunjuk jalan dan teman. Adapun penunjuk jalannya adalah para ulama.

(Imam al Ghazali)


Tiada lagi pangkat yang lebih tinggi daripada pangkat nabi dan tiada kemuliaan yang lebih tinggi daripada kemuliaan pewaris baginda iaitu ulama.
(Ihya Ulumuddin Imam al Ghazali)






2 comments:

Al-Manar said...

You seem to have access to information on historical activities of armed forces in the country. I have a cew questions on what happened in Malaya in the 1940's. You may be able to help. I would email you if you allow me to have your address. Mine is almanar@pd.jaring.my .Salaam and my thanks to you.

zulheimymaamor.blogspot said...

Thank you and sorry for late reply as I'm quite busy nowadays...
my email is zul9025@yahoo.com