Wednesday, 8 January 2014

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita, ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana belajar.." 
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.. 

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan,” “kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..

Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

ayah marah kita,tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam? Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya....

Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga...walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau.. tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita? 
Sampai ketika jodoh kita.. telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.

.Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia.. tnpa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? 
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakanlah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersamacucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.,

Dgn rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. Itulah pengorbanan seorang ayah...apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah.. itu alasan untuk kita bencikan dia?percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. 
Tahukah kita yang kita telah berlaku TIDAK ADIL terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan pada ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah juga mendukung kamu dan mencium kamu?

# fikir-fikirkan lah wahai
kawan-kawan....ayah dan ibu ade lah sgala galanya...jgnlah sesekali abaikan mreka..dan jangn sesekali membenci mereka..apa bila anda di tegur atau dimarahi.. kerana teguran mereka untuk kebaikan kita
semua.....sygi la mereka semasa mereka msh ada didunia ini..

Sumber: Facebook - Islam Agama Ku

No comments: