Thursday, 28 November 2013
Like a Newborn Child A Catholic Woman Discovers Islam::
Being brought up in a Catholic Christian household I always felt the importance of being in a religion, and respecting the will of God.
Labels:
MUSLIM REVERTS
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
SOLAT JENAZAH
Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita.
Cara Ringkas Solat Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat, ada doa lain .
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..
Ingat!!.. solat jenazah xde rukuk dan sujud mcm solat biasa tau!!
Sumber: Facebook - GuaBlog.com
Labels:
SOLAT
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Sunday, 24 November 2013
2013 - AEON MALL SERI MANJUNG PERAK
LOKASI: AEON MALL SERI MANJUNG SHOPPING CENTRE, SERI MANJUNG, PERAK
TARIKH : 22 - 24 NOVEMBER 2013
Mengisi butir-butir diri yang diperlukan untuk Rekod
Mengukur Ketinggian sebelum menjalani ujian Kesihatan
BERTEMU BEKAS ANGGOTA TLDM
Bersama Sahir Karim, bekas anggota TLDM
(**Sahir Karim telah kembali Ke Rahmatullah kerana Penyakit Kanser beberapa tahun selepas ini...saya tidak ingat tahun nya)
SEPANJANG PERJALANAN
BANDAR SERI MANJUNG
Gambar ini saya ambil dari tingkap bilik hotel saya.
SITIAWAN / LUMUT
Bertemu sahabat lama, ex Navy Mohd Noor Ishak yang berniaga Kedai Makanan di Seri Manjung. Beliau pernah satu kapal dengan saya di KD Lekir, Lumut Perak sekitar tahun 1990'an.
** Catatan terkini : Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun selepas ini, saya tak ingat tahunnya...ini adalah pertemuan terakhir saya dengan beliau...
TARIKH : 22 - 24 NOVEMBER 2013
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bandar Seri Manjung Perak
Yayasan Jantung Malaysia meneruskan program Minggu Jantung 2013 , kali ini di Pusat Membeli Belah AEON Seri Manjung, Bandar Seri Manjung, Perak dengan kerjasama dari AEON Seri Manjung Shopping Centre dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.
Seramai 203 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang 3 hari program ini berlansung.
UJIAN SARINGAN KESIHATAN
Pameran Poster
Bantuan Tenaga Kerja Jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung,Sitiawan, Perak
Ujian Kolesterol dan Glukosa
Mengisi butir-butir diri yang diperlukan untuk Rekod
Mengukur Ketinggian sebelum menjalani ujian Kesihatan
BERTEMU BEKAS ANGGOTA TLDM
Alhamdullillah sepanjang 5 hari berada di Seri Manjung saya telah berkesempatan bertemu dengan beberapa orang bekas anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia yang kini menetap di sekitar Seri Manjung, Perak. Walaupun ada diantara mereka yang saya tidak kenal semasa dalam perkhidmatan dulu kerana berlainan cawangan, namun semangat setia kawan tetap ada kerana kami pernah menyarung uniform yang sama suatu ketika dulu.
(**Sahir Karim telah kembali Ke Rahmatullah kerana Penyakit Kanser beberapa tahun selepas ini...saya tidak ingat tahun nya)
Bertemu dengan Bekas Anggota TLDM (Laskar dan Laskarwati)
SEPANJANG PERJALANAN
Seri Iskandar adalah sebuah bandar baru yang terletak di daerah Perak Tengah, lebih kurang 40 km dari bandar Ipoh. Bandar yang berhampiran adalah Tronoh dan Bota. Mengambil sempena nama Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari 1918 hingga 1938.
Di sinilah terletaknya Universiti Teknologi Petronas yang mula beroperasi pada tahun 2003.
Stesen Komunikasi Tentera Laut DiRaja Malaysia, Parit
Daerah Manjung sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Di zaman era Penjajahan British, daerah Manjung ketika itu hanya meliputi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor.
Pada tahun 1973, daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama itu kekal sehingga kini.
Pusat Pentadbiran Daerah Manjung terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada tahun 1980'an.
Daerah Manjung kini meliputi beberapa kawasan bandar iaitu Sitiawan, Lumut, Pantai Remis, Ayer Tawar, Lekir, Pulau Pangkor dan Beruas. Daerah Manjung kini dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.
Majlis Daerah Manjung telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada November 2001.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seri Manjung sejauh 241 km (3 jam 18 Minit perjalanan)
Sepanjang Program dijalankan di AEON Seri Manjung, kami menetap di Hotel Lead View (sekarang Sfera Hotel) di Jalan Dato Yu Neh Huat, Taman Samudera, Seri Manjung. Ia terletak lebih kurang 3.6 km ke AEON Seri Manjung.
(Latest Update: Hotel ini telah ditukar nama kepada Hotel Sfera)
Hotel Sfera
2479, Taman Samudera
Jalan Dato' Yu Neh Huat
32040 Seri Manjung
Perak
Tel: 05-688 1000
Fax: 05-688 5000
Gambar ini saya ambil dari tingkap bilik hotel saya.
SITIAWAN / LUMUT
Bandar Sitiawan dan Lumut adalah pekan yang memang tidak asing bagi saya yang pernah berkhidmat dengan TLDM. Kali pertama menjejakkan kaki ke bandar ini ialah pada tahun 1980 dan saya adalah antara kumpulan pertama TLDM yang dilatih di Pengkalan TLDM Lumut, Perak yang sebelum itu berpengkalan di Woodlands dan Sembawang di Singapura.
33 tahun telah berlalu... dari sebuah pekan yang kecil ketika mula menjejakkan kaki di sini , kini telah muncul Bandar Seri Manjung yang semakin pesat membangun.
Aku beruntung kerana aku adalah antara beberapa insan yang dapat melihat pembangunan pesat sekitar Bandar Lumut, Sitiawan dan Seri Manjung.
Nama Bandar Sitiawan makin tenggelam semenjak munculnya Bandar Baru Seri Manjung. Sebelum itu Sitiawan adalah bandar utama di daerah Lumut.
Mungkin ramai yang tidak tahu bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924.
Ong Boon Hua @ Chin Peng
Mesyuarat Penyelaras Program di AEON Sri Manjung
Sebelum berlansungnya program Heartweek di AEON Seri Manjung, saya dan En. Mohd Salehuddin (Program Manager) telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program di AEON Seri Manjung pada bulan September 2013.
Gambar kenangan ketika di Seri manjung :
** Catatan terkini : Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun selepas ini, saya tak ingat tahunnya...ini adalah pertemuan terakhir saya dengan beliau...
Kenangan bersama arwah LK KMR Mohd Noor ketika di KD Lekir tahun 1989 di Lumut, Perak |
Pekan Lumut meninggalkan banyak kenangan pahit manis bagi ku kerana di sini bermulanya kehidupan ku sebagai seorang anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia dari tahun 1980 - 1996.
Aku bersama pengambilan 139/80 adalah merupakan pengambilan pertama Perajurit muda yang dilatih di Lumut, Perak dimana sebelum ini anggota TLDM dilatih di Sembawang, Singapura.
Jauh berbeza bandar Lumut pada tahun 1980 dengan sekarang... banyak pembangunan pesat di Lumut...ketika aku mula menjejakkan kaki pada tahun 1980, ianya hanyalah sebuah pekan kecil sahaja...
Aku bersama pengambilan 139/80 adalah merupakan pengambilan pertama Perajurit muda yang dilatih di Lumut, Perak dimana sebelum ini anggota TLDM dilatih di Sembawang, Singapura.
Jauh berbeza bandar Lumut pada tahun 1980 dengan sekarang... banyak pembangunan pesat di Lumut...ketika aku mula menjejakkan kaki pada tahun 1980, ianya hanyalah sebuah pekan kecil sahaja...
Labels:
TRAVEL,
YAYASAN JANTUNG MALAYSIA
Location:Kuala Lumpur,Malaysia
32000 Seri Manjung, Perak, Malaysia
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Monday, 18 November 2013
TANDA MANUSIA AKHIR ZAMAN
- Diantara penyakit jiwa yang melumpuhkan kekuatan Islam ialah cintakan dunia, salah satu tanda-tanda manusia akhir zaman.
- Amalan berlumba-lumba mencari harta sehingga tidak memikirkan tentang halal haram, belas ihsan dan sebagainya.
- Terbitnya beberapa fitnah
- Amanah disia-siakan, iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya terutama urusan yang berkaitan dengan agama. Jika ini berlaku maka tunggulah masa kehancuran.
- Muncul golongan munafik - apa yang dikatakan oleh lidah tidak lahir daripada dorongan hati. Fatwa yang dikeluarkan adalah merupakan tipu helah belaka, pada kebiasaannya dimiliki oleh mereka yang inginkan kedudukan, pangkat, penghormatan dan sebagainya. Mereka sampai tergamak mengorbankan agamanya.
- Munculnya pemimpin - pemimpin yang berdusta dan zalim. Barangsiapa yang menyokong atau membenarkan perbuatan dusta dan zalim, Rasulullah SAW mengatakan yang mereka bukan umat Baginda.
- Manusia tidak memperdulikan dari mana mereka mendapat nafkah hidup, asalkan mereka boleh hidup senang dan mewah. Mereka menghalalkan riba atas nama jual beli sedang riba adalah diharamkan Allah (Surah Al-Baqarah ayat 275).
- Hilangnya ilmu agama dan kekalnya kejahilan, arak diminum dan zina dilakukan dengan terang-terangan.
- Manusia membela anjing lebih sempurna dan lebih baik daripada mendidik anak sendiri.
- Tidak ada rasa hormat kepada golongan yang lebih tua.
- Banyaknya lahir anak-anak zina.
- Manusia bertambah rakus dengan dunia.
- Timbul manusia yang membaca al Quran dengan lagu yang menawan dan diiringi suara lunaknya, sayangnya dia tidak memikirkan sama sekali tentang makna yang tersirat didalamnya. Bacaan itu semata-mata untuk tujuan pertandingan.
Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
18.11.2013 : 12.20 am
Labels:
PEDOMAN HIDUP
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA
- Apabila kekuasaan dianggap keuntungan
- Amanat dianggap ghanimah
- Membayar zakat dianggap sesuatu yang merugikan.
- Suami tunduk kepada isteri.
- Derhaka kepada ibu.
- Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran
- Membenci ayah.
- Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
- Membuat bising didalam masjid.
- Orang disanjungi kerana kejahatannya.
- Minum arak berleluasa.
- Semakin lelaki memakai sutera.
- Wanita menari dikhalayak ramai dianggap sebagai perkara biasa.
- Permainan muzik merata-rata.
- Umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu.
Labels:
PEDOMAN HIDUP
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Saturday, 16 November 2013
7 PERINGKAT NAFSU MANUSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Semua manusia memiliki nafsu. Nafsu adalah anugrah Allah SWT kepada manusia. Ada nafsu yang mendorong kepada kebaikan dan ada juga nafsu yang mendorongan manusia kepada kejahatan.
Terdapat tujuh peringkat nafsu yang dimiliki oleh manusia. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Nafsu Ammarah
Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, "Saya anak jantan." Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.
2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan din sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagi tapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahat bukan kerana seronok tapi lemah melawan nafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buat lagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.
3. Nafsu Mulhamah
Erti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana baru dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan (border).
Kalau tidak ada ribut atau ujian, jika mati insyaAllah selamat. Sebab sudah di atas border tapi belum sampai ke seberang. Namun masih dalam bahaya kerana apabila datang ribut, dia mungkin berbalik semula. Atau bila ujian datang, walaupun tidak jatuh tetapi sudah mula goyang. Orang di atas border ini tidak dikatakan tenang, masih dalam keadaan bahaya. Baru diberi ilham. Bila sudah sampai ke seberang barulah, masuk kawasan selamat dan barulah dikatakan tenang.
4. Nafsu Mutmainnah
Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya. Orang ini sudah menjadi wali kecil, sudah naik di atas border orang soleh. Nafsu peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat, tidak tergugat lagi.
Maka Tuhan mengalu-alukan ketibaannya, dengan firman-Nya yang bermaksud : "Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Surah Al Fajr ayat 27-30)
Dari ayat ini, seolah-olah Tuhan tidak sabar hendak menyambut tetamu-Nya: "Mari-mari, cepat-cepat Aku tidak sabar, Aku hendak jumpa engkau ini."
Kemudian, dalam ayat tadi, Tuhan berfirman:
Maksudnya: "Kembalilah dalam keadaan redha kepada Aku, dan Aku redha dengan engkau." (Al Fajr: 28)
Tuhan mengalu-alukan dan kalau mati pada waktu itu, dia selamat. Oleh kerana dia sudah selamat, sebab itulah Tuhan menyeru. Manakala bagi orang yang nafsunya belum selamat, dia akan mati dalam keadaan jikalau Tuhan hendak azab pun boleh, hendak diampunkan pun boleh.
Semuanya atas sebab keadilan Tuhan. Kalau kita hendak mengharapkan kekuatan diri sendiri, bimbang tidak selamat. Sebab itu kita mesti mencari kekuatan lain. Di antaranya perbanyakkan selawat, berbuat baik, bertawasul dengan guru-guru dan lain-lain, mudah-mudahan itu menyelamatkan. Allah berfirman:
Maksudnya: "Bergaullah dengan hamba-hamba-Ku (iaitu para rasul, para nabi dan wali-wali), dan masuklah ke Syurga. Ku." (Al Fajr: 29-30)
Ertinya, cari-carilah sebab untuk mendapatkan rahmat dan Allah SWT. Bila mencapai peringkat nafsu mutmainnah, baru¬lah selamat. Nafsu-nafsu di bawah daripada peringkat itu tidak selamat.
5. Nafsu Radhiah
Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia me redhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di maqam ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi malaikat.
6. Nafsu Mardhiah
Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: "Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."
Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.
7. Nafsu Kamilah
Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau peningkatan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita tingkatkan nafsu kita daripada Ammarah atau Lawwamah kepada nafsu Mutmainnah dan seterusnya kepada nafsu Radhiah dan Mardhiah. Beruntunglah sesiapa yang dipilih oleh Allah SWT untuk dimasukkan kedalam hamba-hamba-Nya yang dirahmati dan diredai-Nya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Surah al-Balad ayat 27-30)
Posted by abubasyer at 10:51 AM No comments: Links to this post
Labels: Nafsu manusia (7 peringkat)
Labels:
PEDOMAN HIDUP
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
SIFAT-SIFAT YANG MENGOTORI JIWA
- Hasad - irihati
- Haqad - dengki / benci
- Suuz - zan - buruk sangka
- Kibir - sombong
- Ujub - Merasa diri lebih dari orang lain
- Riya' - menunjuk kelebihan
- Suma - mencari nama / masyhur
- Bukhul - kikir
- Hubbulmal - kebendaan
- Tafahur - bangga diri
- Ghadab - pemarah
- Ghibah - mengumpat
- Namimah - bicara belakang orang lain.
- Kizib - dusta
- Khianat - munafik
Labels:
PEDOMAN HIDUP
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Friday, 15 November 2013
10 PERKARA SIA-SIA
Sufyan al-Tsauri seorang ulama hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada 10 hal yang termasuk dalam kategori sia-sia iaitu:
- Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum Muslimin.
- Orang yang kaya membaca Al Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
- Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid.
- Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
- Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
- Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama tetapi dia tidak menggunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
- Dua orang laki-laki yang bersabahat, tetapi mereka tidak saling bertanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarga.
- Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
- Orang muda yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
- Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih kerana kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
(Majalah NUR - April 2004)
Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
15.11.2013 : 11.53 pm
Labels:
PEDOMAN HIDUP
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
KHASIRUN (ORANG-ORANG YANG RUGI)
- Tidak mahu beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya dan kepada Qada dan Qadar.
- Tidak menerima dan melaksanakan sepenuhnya apa-apa ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
- Tidak mahu beramal soleh.
- Tidak mahu berpesan-pesan dalam kebenaran.
- Tidak mahu berpesan-pesan dalam kesabaran, iaitu ketika menghadapi musibah, kesabaran dan melaksanakan ketaatan kepada Allah, juga sabar dalam meninggalkan larangannya.
- Orang-orang beriman yang mentaati orang kafir.
- Mereka yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah.
- Mereka yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah pada hari kiamat.
- Mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah.
- Mereka yang sentiasa berpegang teguh kepada kebathilan.
- Mereka yang kehilangan diri sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat.
- Mereka yang dilalaikan oleh harta benda dan anak-anaknya daripada mengingati Allah.
Labels:
PEDOMAN HIDUP
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
10 Jenis Tangisan - Menurut Ibnu Qayym
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1. Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis karena rasa takut.
3. Menangis karena cinta.
4. Menangis karena gembira.
5. Menangis karena menghadapi penderitaan.
6. Menangis karena terlalu sedih.
7. Menangis karena terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
“…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ???
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis karena takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”
Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton film itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau uang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu???…
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 pasang mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Berkata Salman Al Faarisi r.a “Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”
Sumber: Email from Mazura bt Osman
Labels:
PEDOMAN HIDUP
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Subscribe to:
Posts (Atom)