Thursday, 10 October 2013

Permintaan Terakhir seorang ISTERI


Bismillahirrahmanirrahiim...

Seorang isteri kesedihan apabila suaminya telah meninggal dunia.
Dirinya telah membuat satu permintaan terhadap jenazah suaminya. Apakah permintaan itu?
Permintaan Seorang Isteri Terhadap Jenazah Suaminya..
Menjadi idaman seorang suami apabila memiliki isterinya yang solehah. Begitulah di sebaliknya seorang isteri mengidamkan seorang suami yang solehah..

Terdapat suatu kisah di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mau mandikan jenazah suaminya..
Bapak mertua dengan polis forensik tidak membenarkan..

Sambil menangis isteri berkata “Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang,Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata :
“Tidak mengapalah kalau isteri mau mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya..

**Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
“Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang..
Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..”

**Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata:
“Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami,masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”

**Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata:
“Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

**Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata:
“dengan kaki ini abang kedua mencari rezeki untuk kami berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata:
“terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan kepergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama..
InsyaAllah...

Jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan merasa sedih, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami maupun isteri..
Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu..

Semoga Bermanfaat..

Sumber: Facebook
10.10.2013

No comments: