Saturday, 19 October 2013

MENANG tp AIB: Kalimah Allah


The best artikel ilmiah so far ialah dari Dr.Zaharuddin krn jituan ilmiah beliau yg memisahkan ‘dalil primary’ dgn ‘dalil’ yg bukan sebenarnya dalil dalam isu ini. e.g. ada yg mencampuradukkan isu apa Bible kata dgn isu apa Qur’an dan Hadith kata. Saya setuju dgn konklusi beliau bhw:

“Jelas dari dalil-dalil ini menunjukkan nama Allah sebagai TUHAN TIDAK EKSKLUSIF kepada orang Islam sahaja, cuma orang Islam adalah eksklusif pada pandangan Allah kerana menggunakannya dengan betul dan tepat.” (Dr. Zaharuddin)

Walaubagaimanapun, Dr.Zaharuddin move on to say bhw langkah utk mengharamkan penggunaan Kalimah Allah oleh non-Muslims adalah berdasarkan maslahat umat, bukan dalil2 primary agama.

“Ada yang …… menyatakan bahawa kebenaran TIDAK BOLEH diberi kerana Kristian menggunakan nama ALLAH PADA KONTEKS DAN MAKSUD YANG SALAH, seperti dikaitkan sebagai Tuhan bapa, mensyirikanNya dan sebagainya. Bagi saya ini bukanlah hujjah yang betul untuk melarang, kerana JIKA semua penganut Kristian menggunakan Nama Allah pada tempat yang betul maka tidaklah mereka menjadi Kristian, lalu mereka akan seolah mengikut Islam secara paksaan pula. Bukankah mereka bukan Islam dan mempunyai keyakinan agama tersendiri?. Maka kita tidak boleh memaksa mereka untuk mengikut penggunaan nama Allah pada tempat yang betul menurut aqidah Islam kerana mereka BUKAN ISLAM (atau belum). Apa yang boleh dilarang adalah MENYEBAR KEKELIRUAN DAN AJARAN SALAH MEREKA (MENURUT PERTIMBANGAN AQIDAH ISLAM) ITU KEPADA UMAT ISLAM.” (Dr.Zaharuddin)


Maknanya kalau seorang ustaz berlawan hujah dgn seorang paderi yg mengunakan al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan hujahnya dan ustaz ini ingin membuktikan bhw penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim itu HARAM BERDASARKAN PRIMARY ISLAMIC SOURCES, maka memang ustaz ini hanya menegakkan benang yg basah teruk. 

USTAZ PASTI KALAH HUJAH DALIL DGN PADERI ITU! 

Paderi akan buktikan bhw beliau lebih faham al-Qur’an dan Hadis dari ustaz itu. 

Bahkan yg lebih teruk, ustaz itu akan dipandang sebagai sengaja putar belitkan tafsiran ayat al-Qur’an dan Hadits utk tujuan politik.

Kalau paderi ini tanya ustaz itu juga, “Ok. Saya tak guna al-Qur’an dan Hadis sebagai panduan hujah kali ini. Kita guna sejarah pula. 

Dalam sejarah sejak Nabi Muhammad dan ‘generasi ‘Salaf’ dan ‘Khalaf’, adakah PERNAH khilafah haramkan bukan Muslim guna kalimah Allah?” 

Jawapan ustaz ialah: MALAYSIA BOLEH! Jgn banding Msia dengan negara lain. Kalau tak setuju, keluar dari Malaysia. Pindahle ke negara lain! 

Maka, paderi tanya lagi, “Ok. Saya tak guna sejarah. Kita guna ilmu masyarakat pula. 

Apakah sebab umat kamu begitu emo sampai nak haramkan penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim di Malaysia wlpn kamu dah kehabisan dalil al-Qur’an dan Hadis?”

Ustaz jawab, “Kerana kamu orang Kristian ada konspirasi murtadkan/kelirukan umat Islam di Malaysia! Kamu jahat!”

Paderi tersenyum, “Kalau kami guna kalimah Allah, kamu akan murtad dan keliru. Kami tak risau pun orang Kristian jadi keliru sebab kami yakin konsep ketuhanan Trinity jauh lebih jelas dari konsep ketuhanan Tawhid. Kamu tak yakin dgn kejelasan Tawhid?”

Ustaz terdiam. Fikir lama, lalu jawab, “Tawhid jauh lebih jelas dari Trinity. Kita percaya Tuhan itu SATU. Satu tetap satu. Tetapi Trinity percaya Tuhan itu satu dalam tiga, tiga dalam satu. Mcmmana satu boleh jadi tiga, tiga boleh jadi satu??? Pening! Bagi kami, SATU ADALAH SATU. Mudah kira.”

Paderi senyum lagi. “KALAU BENAR TAWHID ITU JELAS, MENGAPA TAKUT UMAT MUSLIM DI MALAYSIA JADI KELIRU DAN MURTAD? SEPATUTNYA KAMI YG TAKUT UMAT KRISTIAN YG AKAN KELIRU DAN MURTAD JIKA KAMI GUNA KALIMAH ALLAH!”

Ustaz dah kehabisan minyak. Tak tau apa lagi minyak nak jual tapi Ustaz terpaksa jawab juga utk bela maruah Islam, “Sebab propaganda kristian jauh lebih hebat dari dakwah kami!”

Paderi tanya lagi, “Dakwah Kristian jauh lebih hebat??? Kamu adalah majoriti besar tp kami minoriti kecik kentot. 

Islam adalah Agama Persekutuan. Maknanya KAMI DILARANG MENYEBARKAN AGAMA KAMI KPD KAMU TETAPI KAMU BOLEH SEBARKAN ISLAM KPD KAMI. 

Umat Kristian dibenarkan murtad DENGAN MIUDAH tetapi umat kamu, khususnya Melayu Muslim tak dibenarkan murtad secara legal. 

Kami jauh byk rintangan dakwah dari kamu. 

Kamu ada kuasa dan kewangan didirikan byk jabatan2 agama, institusi2 Islam, masjid2. Kamu ada byk tv channels dan radio channel yg Islamik. Kamu ada pelbagai sekolah, pondok, universiti Islam dimana setiap semester kamu lahirkan beribu ‘ustaz2’. Semua pelajar2 Muslim disekolah diwajibkan belajar ttg asas2 TAWHID. 

Kamu memang dah berkali2 ajar umat kamu sejak di bangku tadika lagi utk mengira Tuhan itu satu maknanya satu, bukan dua, bukan tiga. TAKKANLE MASIH TAK PANDAI NAK KIRA SATU ITU SATU, BUKAN DUA, BUKAN TIGA SELEPAS 56 TAHUN KAMU MEMERINTAH!!”

Ustaz tergetar2 tangannya menahan emosi. Nabi kata JANGAN MARAH 3x. P.Ramlee kata kalau marah, kena jual!

Ustaz menyahut, “Saya nak bela Islam, bukan Muslim sekarang. Ya, UMAT Islam goblok, kata orang Jawa. Kami TAK PANDAI KIRA satu bukan tiga wlpn dah diajar berulang2 selama 56 tahun. 

Berkata rektor KUIS, Prof. Halim, para graduan agama lebih 80% tak ada kesedaran dakwah. Bahkan ada yg menyusahkan orang yg nak berdakwah. Ustaz2 hanya tau berbalah sama sendiri soal luaran kecil2 agama dan mengeluarkan hukum agama yg tak realistik sehingga orang Islam sendiri benci pada Islam, lalu menjadi liberal. Kita beruniform ‘Islam’ tapi tiada roh Islam.

Kami mempolitikkan agama berlebih-lebihan sehingga meletakkan Ketuanan satu bangsa atas shahadah kami. Kami bersungguh2 mencari2 asal usul bangsa kami dari belajar asal usul solat Nabi yg betul. Kami keturunan Nabi, keturunan timur tengah, keturunan Alexander The Great!

Terlalu byk kontradiksi dalam dunia kami: Parti Islam tak Islamik. Parti Melayu tak Melayu. Parti Rakyat tak Rakyat. Kami BUKAN khayru ummah.

Janganlah nilai ISLAM berdasarkan kegoblokan umat kami. KAMILAH ‘MUALLAF’ SEBENARNYA!

KALAULAH ISLAM BENAR2 TERTEGAK DALAM HATI KAMI, kami sudah pasti akan memperjuangkan HAK KAMU UTK GUNA KALIMAH ALLAH sebagaimana Negara Kristian Habsyah melindungi kebebasan beragama Sahabat Nabi dulu wlpn pada mulanya Raja Najasyi belum Islam. KALAULAH keimanan kami kuat, kami pasti KAMU YG AKAN MURTAD beramai2. Tawhid jauh lebih jelas dari Trinity!

Tetapi kalaulah umat islam sekarang peluk kristianiti beramai2, SEBENARNYA AKAN BAWA KERUGIAN YG LEBIH BESAR UTK AGAMA KAMU KRN KAMI AKAN ROSAKKAN IMEJ KRISTIANITI SEBAGAIMANA KAMI ROSAKKAN IMEJ ISLAM SENDIRI! Maka, janganlah guna Kalimah Allah supaya kami tidak murtad ke agama kamu! Kalimah Allah hanya MILIK EKSKLUSIF MUSLIM MALAYSIA. Selamatkan agama kamu dari kekeliruan dan keegoan kami tapi KENALLAH ISLAM YG TIDAK DIKORUP OLEH KAMI! Kalau kamu peluk Islam, kamu lebih layak menjadi pemimpin agama dari kami!”

(Artikel ini lebih utk orang awam spt saya ini dan ‘muallaf’ utk bermuhasabah diri dan juga utk mengelak imej Islam terus tercemar oleh tangan kita sendiri. Allah swt dalam surah an-Nasr menasihati kita supaya pada setiap ‘kemenangan’, kita beristighfar. Check balik diri umat kita. Ingat punca kekalahan umat Islam di perang Uhud wlpn kita HAMPIR menang. Saya sedang berusaha menulis sebuah artikel yg lebih ilmiah dari ini ttg isu Kalimah Allah)

XIFU NASER AL-MAJNUN
HP: 011-3310-2071

No comments: