Reminder to my own self.
🌼 Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.
🌼 Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."
🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit
🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.
🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita seding menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala
🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?
Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg menyebarkannya.
Sumber: Facebook - 16.9.2013
No comments:
Post a Comment