Sunday, 29 September 2013

BAGAIMANA KIASUKAN ILMU ISLAM DIKALANGAN CINA MUSLIM?


Saya ditanya, “Tahap apa silibus ‘kiasu’ utk mengajar Cina Muslim patut sampai dalam ilmu Islamnya supaya barule dapat digelar benar2 ‘kiasu’ atau ‘competitive’?”


Disini saya bagi contoh. Sekurang2nya seorang Cina Muslim mesti mampu mengikuti terjemahan dan perbincangan ini.

وَإِضَافَةُ اَلطَّعَامِ إِلَى اَلْمِسْكِينِ تَدُلُّ عَلَى أَنَّ ذَلِكَ اَلطَّعَامَ حَقُّ اَلْمِسْكِينِ ، فَكَأَنَّهُ مَنَعَ اَلْمِسْكِينَ مِمَّا هُوَ حَقُّهُ ، وَذَلِكَ يَدُلُّ عَلَى نِهَايَةِ بُخْلِهِ وَقَسَاوَةِ قَلْبِهِ وَخَسَاسَةِ طَبْعِهِ . 

TRANSLATION
The use of Idhoofah by relating TO’AAM (food) to AL-MISKIIN (the poor) conveys that the specific food is the RIGHT of the poor as if he (the one who regards religion a lie) has been depriving the poor from his RIGHT. This indicates the extremity of his stinginess, the stubbornness of his heart and the despicability of his nature. (ar-Razi, MafaatiiH al-Ghayb)

Diatas, saya terjemahkan dan bariskan penuh tafsir ar-Razi ttg ayat 3 surah al-maa’unn. AYATNYA SANGAT MUDAH dan kalau selepas belajar 1 (satu) tahun Arab SECARA FULL TIME dari alif ba ta tetapi anda masih tak faham dan bariskan dgn tepat, YOU ARE IN DEEP TROUBLE! Saya tertarik dgn terjemahan al-Qur’an dalam e-Qur’an Jakim dalam ayat 3, Surah al-Maa’uun: 

“Dan ia tidak mengalakkan utk memberi makanan yg BERHAK diterima oleh orang miskin”.

Perkataan ‘hak’ tiada dalam ayat 3 Surah al-Maa’uun. Penterjemahan secara lafzhiyah atau literal tidak akan dapat mengungkap konsep HAK yg amat ptg ini dalam ayat ini. Jadi bagaimana konsep ‘berHAK’ muncul pula? Penterjemahan satu patah demi satu patah perkataan secara lafzhiyah boleh mengelirukan makna ayat krn makna ayat bukan sekadar ditentukan oleh perkataan tetapi juga oleh SUSUNAN perkataan atau STRUKTUR ayat. Pemikir linguistic Barat spt Ferdinand de Sausure telah membicarakan kepentingan STRUCTURALISM dalam konstruksi makna. Dalam dunia Islam, al-Jurjani telah lama membicarakan ttg ‘structuralism’ dlm teori نظام .

Contohnya, struktur Idhoofah di atas طعام المسكين perlu dibezakan dgn struktur يطعم المسكين yg bermakna “memberi makanan kpd orang miskin” krn “memberi makanan kpd orang miskin” TIDAK bermakna makanan yg diberi itu adalah semestinya HAK orang miskin. Mungkin juga makanan itu adalah pemberian BONUS kpd mrk. Makanan bonus diberi di atas dasar kemurahan hati si pemberi, bukan atas dasar TANGGUNGJAWABnya krn dia tidak WAJIB memberi. Kalau dia tak beri pun, dia tak berdosa.

Tetapi struktur Idhoofah memberi makna bahawa ‘makanan yg diberi itu” adalah HAK orang miskin. STRUKTUR Idhoofah disini menghasilkan makna “HAK” wlpn tiada perkataan ‘hak’ dalam ayat ini. Si pemberi WAJIB memberi dan pemberian ini adalah TANGGUNGJAWABnya samada dia suka atau tidak. Kalau dia tak beri, dia akan berdosa besar krn gagal menunaikan HAK orang miskin.

Ayat ke-3 ini sebenarnya memberi amaran kpd kita semua ttg kewajiban kita menjaga bukan sekadar HAK memberi makanan tetapi juga HAK-HAK yg lain. ar-Razi berkata bhw wlpn ayat ini bersifat spesifik kpd memberi makanan yg menjadi hak orang miskin tetapi ia membawa makna yg umum, iaitu MENJAGA HAK-HAK SECARA KESELURUHAN. 

Maka, jika seseorang secara sengaja tidak mengalakkan dirinya dan orang lain utk menjaga HAK-HAK secara umum, MAKA CELAKALAH DIA WLPN DIA BERSOLAT! Ini adalah krn dia seolah-olah tidak yakin bhw kewujudan syurga/neraka adalah KEBENARAN, seolah-olah agama ini dusta, iaitu syurga/neraka hanyalah mitos. Kalau dia benar-benar yakin dgn kebenaran agama dan kewujudan api neraka yg dashyat, dia pasti tidak akan sengaja merampas hak orang lain. Maka apa guna dia bersolat sedangkan solatnya tidak dapat membuatnya rasa TERBAKAR pun! CELAKAlah dia yg bersolat! CELAKA SUNGGUH! Maka, berhati-hatilah dgn IDHOOFAH! 

TIDAK MUSTAHIL seorang Cina Muslim boleh sampai ke tahap menterjemahkan teks ar-Razi di atas dan memahami dan menggunakan idea ar-Razi spt yg saya telah buat diatas. Ini adalah krn silibus University Barat spt di Oxford dan London telah berjaya pada tahun ke3 ijazah pertama melahirkan pelajar yg mampu berbuat demikian. Pelajar2 ini bukan Muslim dan mrk baru belajar alif ba ta pada tahun pertama iaitu dua tahun yg lalu. Pelajar2 ini bakal menjadi ‘orientalis2’ bila graduate nanti. 

Saya lihat Cina Muslim yg belajar di Msia wlpn selepas 10 tahun mengikuti kelas fardhu ain masih struggle mengenal huruf Arab dan hukum hakam sekolah menengah. Kalau anda belajar di Oxford, anda dah sampai tahap mampu terjemah seluruh al-Qur’an dan kitab2 tafsirnya! Ini adalah masalah sistem dan budaya pendidikan kita di Msia. 

Maka saya cadangkan ngo2 Cina Muslim memberi perhatian yg serius terhadap sistem pendidikan barat yg efektif dan efisien. Dr Mohd Asri sendiri takjub ttg pencapaian ilmiah ttg Islam di Barat dan beliau telah memberi komen ttg ini di youtube. 

SAYA TIDAK SOKONG MEMBINA MASJID CINA RM100 JUTA TETAPI SAYA SOKONG JIKA KITA GUNA DUIT INI UTK HANTAR PELAJAR2 CINA MUSLIM UTK BELAJAR METOD PENDIDIKAN BARAT UTK DIBAWA BALIK KE MSIA.

XIFU NASER AL-MAJNUN
fb: xifu naser II
hp: 011-3310-2071

No comments: