Sunday 14 April 2013

2013: TAMAN RINTING, MASAI

Lokasi: Dewan JKKK Taman Rinting, Masai, Johor
Tarikh: 14 April 2013
Jarak perjalanan
Yayasan Jantung Malaysia ke T.S. Hotel, Masai, Johor : 342 km
Program Yayasan Jantung Malaysia dalam bulan April 2013 diteruskan dengan Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung pada 14 April 2013 bertempat di SJK (Cina) Masai, Johor. 
Seramai 85 penduduk Taman Rinting, Masai telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang program dijalankan selama sehari. 



SRJK (CINA) MASAI, JOHOR













Jururawat dari Klinik Kesihatan Masai turut membantu dalam program ini. 



MASAI
Masai adalah sebuah bandar terletak di timur Daerah Johor Bahru dan dianggap menjadi bahagian tertua Johor Bahru. Ia terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Masai terletak di jalan J10 yang menghala ke Kong Kong, satu perkampungan di sepanjang Sungai Johor.
Banyak bangunan-bangunan lama sebelum perang yang masih kukuh. Masai, seperti kebanyakan pekan di daerah Johor Bahru, mempunyai penduduk luar bandar, pekerja-pekerja, kaum petani dan peladang getah sepanjang awal dan pertengahan abad ke-20.
Masai terkenal ketika 70-an sebagai satu emporium yang murah, dengan barangan elektronik dan barang-barang pengguna. Kerana berhampiran dengan Pasir Gudang, kini kedainya dipernuhi oleh pembeli dari Pasir Gudang serta penduduk yang sedang membangun dengan pantas seperti dari kawasan perumahan berdekatan seperti Kota Masai, Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Taman Megah Ria, Nusa Damai, Taman Scientex, Kota Puteri dan Taman Bukit Dahlia.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Masai telah hilang alunan pembangunannya dan terus berubah menjadi bandar kecil iaitu satu daripada banyak bandar-bandar di Johor. Sekolah Rendah Cina Masai kini telah menerima lebih daripada 5000 orang murid. Pasar raya besar seperti Todays dan Tesco kini boleh dijumpai di Masai.
T.S. Hotel - kami menginap di hotel ini sepanjang program dijalankan. Terletak lebih kurang 3.7 km ke SJK (Cina) Masai. 




Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya di Pekan Masai ini. Ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia, ketika kapal berada di Malaysian Shipyard and Engineering di Pasir Gudang Johor, saya sering ke Bandar Masai ketika kelepasan. Pekan Masai banyak meninggalkan kenangan manis ketika dalam TLDM dulu. 


BERTEMU SAHABAT LAMA
Alhamdullillah semasa berada di Masai saya telah berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya satu intake dalam TLDM iaitu Samad yang kini menetap di Masai, Johor. Samad adalah bekas Jurulatih Jasmani dalam TLDM. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah tahun 1995 ketika bertugas di SKTLDM Kuantan. 
Zulheimy Bin Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
30.10.2013 - 1.04 am

No comments: