Wednesday, 12 September 1990

KD LEKIR : HONG KONG ,1990



HONG KONG 1990
Gambar di ambil dari KD Lekir





Hong Kong sebelum diserahkan kepada Republik Rakyat China pada 1 Julai 1997 adalah merupakan bekas tanah Jajahan British.Hong Kong terdiri dari Pulau Hong Kong, Kowloon dan New Territories. Diantara 236 pulau yang terdapat di Hong Kong, Pulau Lantau adalah yang terbesar sedangkan Pulau Hong Kong adalah yang kedua terbesar.Sebahagian besar penduduk Hong Kong beragama Buddha.

The main territory of Hong Kong consists of a peninsula bordered to the north by Guangdong province, an island to the south east of the peninsula, and a smaller island to the south. These areas are surrounded by numerous much smaller islands.









Pada September 1990, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah membuat lawatan operasi ke Hong Kong dan Korea Selatan. Pada awal program lawatan adalah ke Hong Kong dan Beijing China... namun disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan... lawatan ke China dibatalkan dan digantikan dengan Korea Selatan. Pengumuman pertukaran destinasi lawatan diberitahu oleh Pegawai Memerintah, Kdr Noor Azman Hj Othman semasa kapal berada di tengah laut dalam pelayaran ke destinasi berkenaan...
KD Lekir & KD Mahawangsa bertambat di jeti HMS Tamar iaitu Pengkalan Tentera Laut DI Raja British di Hong Kong. 
HMS Tamar adalah pengkalan Tentera Laut Di Raja British di Kepulauan Hong Kong sejak tahun 1897 sehinggalah Hong Kong diserahkan kepada Republik Rakyat China pada 1997.  Nama HMS Tamar diambil dari nama sebuah kapal perang British yang dijadikan pengkalan sementara sehingga Bangunan HMS Tamar siap dibina.
Namun bangunan Prince of Wales (gambar diatas) hanya siap dibina pada tahun 1978 dan ditauliahkan sebagai HMS Tamar. HMS Tamar dilucutkan tauliah pada 11 April 1997 setelah Hong Kong diserahkan sepenuhnya kepada Republik Rakyat China. 


Tsim Sha Tsui atau singkatannya TST, merupakan sebuah bandar yang sibuk terletak di Selatan Kowloon, Hong Kong. Kawasan ini bersempadan dengan Austin Road di Utara, dan Hong Chong Road di timur dan Jalan Cheong Wan.

Secara geografinya, Tsim Sha Tsui adalah merupakan sebuah tanjung yang terletak di hujung Semenanjung Kowloon menunjuk ke arah Pelabuhan Victoria.

Beberapa buah kampung telah wujud di daerah ini sebelum Kowloon diserahkan kepada Empayar British pada tahun 1860.

Kini Tsim Sha Tsui adalah merupakan hub pelancongan utama di Hong Kong dengan bandar yang semakin pesat membangun.

Yang menarik di Tsim Sha Tsui ini ialah bertemu dengan anak saudara ku LK1 PPP Abdul Halim dari kapal KD Mahawangsa. Dulu kami pernah bertugas satu kapal di KD Sri Negeri Sembilan pada tahun 1987.  


Masjid Kowloon & Pusat Islam Hong Kong adalah salah satu dari 4 masjid utama di Hong Kong. Terletak di antara Nathan Road and Haiphong Road, Masjid ini mampu menampung sehingga kira-kira 2000 orang jemaah.
Masjid ini dibina pada tahun 1896 untuk kemudahan solat bagi Tentera India Muslim yang berkhidmat dengan British Army. Tapak asal masjid ini adalah terletak di tapak Balai Polis Tsim Sha Tsui sekarang. Masjid yang ada sekarang siap dibina pada tahun 1984 di Nathan Road bagi menggantikan masjid yang lama yang mengalami kerosakan struktur yang agak teruk akibat pembinaan Mass Transit Railway. Masjid ini dibina semula hasil sumbangan umat Islam Hong Kong dan juga dari hasil dari wang pampasan yang dibayar oleh Mass Transit Railway Corporation kerana kerosakan Masjid asal berpunca dari pembinaan MRT di Hong Kong. 

ISLAM DI HONG KONG
Sejarah Islam di Hong Kong bermula sejak zaman Kerajaan British menguasai Hong Kong. Penghijrahan Muslim pertama berlaku apabila tentera Tentera British dari Briged India mula bertapak di Hong Kong. Kebanyakan mereka yang beragama Islam terus menetap di Hong Kong. 
Pada pertengahan kurun ke 19, lebih ramai orang Islam terdiri dari anggota tentera dan Ahli Perniagaan mula datang ke Hong Kong. Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, Kerajaan British di Hong Kong telah memperuntukan sebidang tanah untuk mereka untuk mereka membina komuniti, masjid dan perkuburan. Kerajaan British di Hong Kong amat menghormati hak-hak mereka sebagai sebagai orang Islam. 
Orang China Muslim pula mula berhijrah ke Hong Kong pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Kebanyakan mereka telah menubuhkan komuniti di daerah Wan Chai.
Sekarang ini terdapat 6 Masjid di Hong Kong. Masjid yang tertua di Hong Kong adalah Masjid Jamia yang dibina pada tahun 1840. 


Masjid Jamia, masjid yang pertama dibina di Hong Kong pada 1840.

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEMASA DI HONG KONG:





Di Hong Kong kami temui ramai gadis Filipina yang bekerja di Hong Kong









Teman: Kehidupan orang-orang seperti kita ini tidak dapat kita nafikan memangnya kaya dengan pelbagai pengalaman. Kadang-kala mengalah orang lain. Apa tidaknya, tanpa perbelanjaan yang banyak kita dapat jelajah ke negeri orang. Hari ini di sini, esok di sana dan lusa entah di mana-mana.



Zulheimy Maamor
18 September 2012


No comments: