Pengambilan 139 mengukir nama dalam sejarah TLDM sebagai kumpulan pertama menjalani latihan rekrut TLDM di KD Pelandok di Lumut , Perak. Sebelum ini latihan rekrut dijalankan di Sembawang, Singapura.
Banyak kenangan pahit manis sepanjang 6 bulan menjalani latihan rekrut di sana.... Pengkalan TLDM Lumut ketika itu masih lagi bertanah merah dan berdebu... belum banyak lagi jalan yang di tar.
Kami rasa bertuah kerana kami adalah antara orang yang dapat melihat perkembangan pengkalan TLDM terbesar di negara ini... yang kini sudah semakin banyak berubah dan semakin cantik, semakin canggih dan semakin moden....
Geng-geng Perlis..
SEJARAH PENGKALAN TLDM LUMUT
Oleh Hj ZUlheimy Maamor
3 September 2018
Sebelum pengkalan TLDM di Lumut beroperasi, pengkalan TLDM ketika itu ialah di Woodlands, Singapura.
Pada 1 November 1979, TLDM telah berpindah ke Pengkalan yang baru di Lumut, Perak.
Pengkalan yang mula dibina pada 5 Januari 1973 siap sepenuhnya pada 6 Februari 1983.
Lumut telah dipilih sebagai Pengkalan TLDM adalah dari cetusan idea Komodor Datuk K. Thanabalisingam, anak Malaysia pertama dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Laut (Panglima Tentera Laut) pada tahun 1967.
Beliau telah mencetuskan idea agar TLDM mempunyai pengkalan Tentera Laut di negara sendiri pada tahun 1969. Adalah tidak sesuai jika Pengkalan TLDM masih terletak di Singapura yang telah pun keluar dari Malaysia pada tahun 1965.
Serentak itu Kerajaan Malaysia telah memutuskan rancangan membina pengkalan TLDM yang baru di Malaysia. Dengan Kerjasama sebuah firma German F.H.KOCKS KG yang dilantik membuat kajian terperinci mencari sebuah lokasi yang sesuai untuk sebuah pengkalan TLDM. Akhirnya pada May 1972, Syarikat berkenaan telah memilih Lumut di Perak sebagai lokasi yang paling strategik untuk sebuah pengkalan TLDM.
Lumut dipilih sebagai lokasi pengkalan TLDM kerana tanah seluas 1,800 ekar itu sangat sesuai dari sudut geologi, pertahanan dan kedalaman laut yang sangat sesuai untuk sebuah pengkalan tentera laut.
Antara lokasi lain yang turut disenaraikan ketika itu adalah Kelang, namun dari kajian terperinci dan beberapa faktor yang mendapati Kelang tidak sesuai untuk dijadikan pengkalan TLDM.
"Naval Study Team" telah dibentuk terdiri dari 2 pegawai TLDM ketika itu iaitu Commander V. Ramachandran sebagai Ketua Operasi dan Perancangan dan Lt. Cdr. T.A. Scully sebagai Pegawai Kejuruteraan.
Kelulusan diberi oleh Kerajaan dan kerja-kerja pembinaan bermula pada Januari 1973.
Satu lagi firma German dilantik untuk kajian dan membina Limbugan Kapal TLDM di Lumut iaitu Thyssen Rheinstahl Technik yang akan berkerjasama dengan F.H. KOCKS KG.
Kumpulan pelatih muda pertama di latih di sini pada 14 Januari 1980 iaitu kumpulan Pelatih Muda TLDM pengambilan 139/80.
Kumpulan ini telah menamatkan latihan pada 26 Jun 1980 dan merupakan kumpulan pertama menamatkan latihan di Pengkalan TLDM Lumut.
MASJID AN NUR
JETI TLDM LUMUT KINI
Pengkalan TLDM Lumut masih belum siap sepenuhnya ketika itu (1980)
Pengkalan TLDM Lumut masih lagi bertanah merah...
Latihan ilmu Pelaut dijajankan dipersekitaran Pulau Pangkor untuk memahir pelatih dalam pengendalian kapal di laut dan prosedur apabila berada di lautan.
Padang Kawad ini hanya siap sepenuhnya 2 bulan sebelum kami tamat Latihan... jadi sebelum padang kawad siap, kami berkawad di atas tanah-tanah merah yang berdebu.
.jpg)
Padang kawad masih belum siap ketika kami memulakan latihan rekrut di sini...Kami ada kumpulan pertama merasmikan Padang Kawad di Lumut, Perak...

Padang Kawad Pengkalan TLDM Lumut masa kini.
TAMAT LATIHAN REKRUT PENGAMBILAN 139 - 26 JUNE 1980
.jpg)


Padang Kawad Pengkalan TLDM Lumut masa kini.
TAMAT LATIHAN REKRUT PENGAMBILAN 139 - 26 JUNE 1980
26 June 1980 - Tamat Latihan Rekrut pengambilan 139.. kumpulan pertama mengadakan perbarisan tamat latihan di Lumut,Perak.
Pegawai yang mengambil tabik hormat Perbarisan kalau tak silap saya ialah Kept. P.K. Nettur TLDM...
![]() |
Intake 139 akan tetap mengukir nama dalam sejarah TLDM sebagai kumpulan pertama menamatkan latihan di Lumut, Perak dan antara mereka yang turut menyaksikan perkembangan Pengkalan TLDM dari sebuah kawasan yang masih bertanah merah dan berdebu sehingga kini menjadi antara pengkalan yang tercanggih dan termoden di rantau sini.
Setelah 35 tahun berlalu (1980-2015).. akhirnya dengan izin Allah kami dipertemukan kembali dalam Reunion Pertama Intake 139/80 di Taman Melawati Kuala Lumpur pada 23 Mei 2015.
Catatan:
Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, Kuala Lumpur
8 Disember 2022 : 5.30 pm
2 comments:
SALAM TUAN...AYAH SAYA JUGA PESARA TENTERA LAUT...NOM TENTERANYA 809126 BM PPP MOHD NOR BIN YAHYA..SEKIRANYA TUAN MENGENALINYA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI 0197001094 (NIEZAM)
Terbaik tuan, tuan memblog dari tahun 80 sehingga sekarang hampir 40 tahun, 1 yg boleh dibanggakan & saya akan terus membaca blog tuan dari permulaan hingga terkini
Post a Comment