Monday, 27 November 2023

NOTA ALAM MELAYU : KEHEBATAN MELAYU DAN DUNIA MELAYU

NOTA SUSUNAN : HJ ZULHEIMY MAAMOR

  • A.J. Barnet Kempers : Keris adalah hasil daripada pengaruh kebudayaan Gendang Gangsa Dongson di utara Vietnam yang dipercayai bertarikh 2,500 S.M. 
  • A.H.Hill dalam bukunya 'The Keris and other Malay Weapons' menjelaskan bahawa orang Melayu bertempur menggunakan senjata api seperti Lela, Rentaka, Pemuras, Terakor serta Istinggar. 
  • Abu Dulaf al-Muhalhil > dalam Majmu'Fil Jughrafiyya menyatakan salah satu dari 8 pedang koleksi Rasulullah s.a.w. adalah berasal dari Kedah Tua iaitu Pedang Qala'i
  • Al-Idrisi (1099-1165M) pernah mencatat tentang kehadiran orang-orang Melayu dari Kerajaan Srivijaya di Timur Afrika. 
  • Al-Jahiz : beliau menyatakan "Jika pedang itu diperbuat daripada Qala'i (Kedah) , berhati-hatilah."
  • Al-Kindi : Dalam catatan Al-Kindi pada abad ke 9 M, pernah menyebutkan bahawa kualiti pedang yang terbaik diperbuat dari besi Yemen, Qalai (Kedah) dan Hindi. Kalah adalah Kedah Tua
  • Alfonso de Albuquerque : Dalam "Comentarios do Grande Afonso de Albuquerque" bahawa ada lebih kurang 3,000 senjata api dirampas oleh Portugis selepas tentera Melaka berundur. Ada catatan lain yang mengatakan 8,000 senjata api. 
  • Ananda Kumaraseri (Datuk Dr.) : New Straits Times (2012) > Bangsa Melayu merupakan etnik paling dominan di Malaysia  dikenal pasti berasal dari Tibet dan wilayah Yunan di Selatan China. 
  • Anthony Reid : Teori Pentas Sunda > Bangsa Nusantara adalah perintis kepada peradaban Maritim dan perdagangan Laut. 
  • Antonio Pigafetta:  Pengembara Itali yang mula-mula mengumpulkan kosa kata Bahasa Austronesia. Beliau adalah anak kapal yang mengikuti ekspedisi Magellan  pada 1519 - 1522. Beliau turut mencatatkan tentang seorang pemuda Melayu yang ikut serta dalam Pelayaran Magellah yang diberi nama Kristian "Enrique the Black" berasal dari Sumatera. Semasa beliau melawat Brunei pada 1521M, beliau melihat di istana Sultan Brunei terdapat 56 pucuk meriam tembaga dan 6 meriam besi. 
  • Arnold Henry Savaage Landon: "Across Unknown South America" > persamaan Bahasa Melayu dan Bahasa penduduk Asli Amerika, Bororo.  
  • Arthur E.Powell: dalam bukunya "The Solar System" bab 35 menyatakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan Malayan Brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar Atlantean. 
  • Aryso Santos (Professor): dari Brazil - dalam bukunya "Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitive Localization of Plato's Lost Civilization" (2005, beliau menyatakan bahawa Sundaland adalah benua Atlantis. 
  • Atlas Lopo Homem-Reines atau Atlas Miller dilukis oleh Pakar Kartografi bernama Lopo Homem, Peidro Reinel, Jorge Reinel dan Antonio de Holanda pada tahun 1519. Atlas Miller ini adalah atlas pertama menggambarkan kewujudan Jong Melayu
  • Batalhas e Combates Marinha Portuguesa: 1580-1603: Sumber Portugis menyebut "In the estuaries north and south of the city, about two thousand ships were burned, among them naus, galleys, junks, galliot, foists, lancharas, bantins, champanas and other lesser crafts !
    The king of Jor lost four thousand soldiers who have been killed in combat by the Portuguese and three thousand who have been killed during the withdrawal by ‘javos’ he carried."
  • Battle of Duyon River:  Rekod Portugis mengenai pertempuran di Sungai Duyong antara Portugis dengan Armada Kerajaan Acheh pada tahun 1629. Diakhir pertempuran sebuah kapal raksasa Acheh bernama Cakra Donya  telah ditawan dan dibawa ke Melaka. Portugis amat kagum dengan kehebatan kapal raksasa tersebut dan menggelarnya "Espanto del Mundo" bermaksud "Keajaiban Dunia."
  • Batu Bersurat Terengganu: ditemui pada tahun 1887 di Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kandungannya berisikan undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam. Pentarikhan yang diterima umum adalah 4 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303M.
  • Book of Jobs 28:16: Didalam Kitab Injil Hebrew King James Version menyebut tentang Mount Ophir yang merujuk kepada Gunung Ledang yang terkenal dengan emas. Para pedangang China yang menyusuri Selat Melaka menggelarkan gunung ini Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.
  • Buddha Cannon: Catatan Buddha Cannon "Kapal ini cepat dan dapat mengangkutdari 1,000 orang, selain kargo. Mereka juga dipanggil K'un-lun po. Kebanyakan mereka yang membentuk anak kapal dan tukang kapal-kapal ini adalah orang K'un-lun (Melayu) .
  • Buddha Theravada : menggelarkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud Tanah Emas
  • Charles Donald Cowan
    • dalam buku "Nineteenth Century Malaya - The Origins of British Political Control" (1961) > Orang Melayu adalah pelayar - pengembara yang jauh lebih hebat dari orang-orang Phonecia. 
    • Beliau berpendapat bahawa Shem yang merupakan anak lelaki kepada Nabi Nuh a.s. menetap di Mesopotamia selepas banjir besar yang merupakan bapa kepada orang-orang Semitic. Salah seorang dari keturunan Shem bernama Ophir telah datang dan menetap disuatu tempat yang paling jauh dikenali sebagai Kepulauan Melayu. 
  • Charles Truxillo : Dalam "Crusaders In The Far East: The Moro Wars In The Philippines In the Context of The Ibero-Islamic World War" > Masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu bertindak balas diatas pencerobohan orang-orang Iberia (Portugis) dengan mengadakan perikatan bersama umat Islam dan memohon kepada Sultan Uthmaniyyah untuk bantuan. "
  • Cladius Ptolamaeus :  Dalam "Geography" > Merekodkan kapal-kapal besar yang datang dari sebelah Timur India (Nusantara). 
  • Cyrus Thomas (Professor) : Daripada Bureau Ethnology, Washington, USA dalam Jurnal bertajuk "Mayan and Malay" - perkaitan antara tamadun Mayan dan Tamadun Melayu. 
  • D.G.E. Hall: bangsa Melayu ialah pengasas kepada kerajaan yang seusia dengan tamadun Yunani dan Rom. 
  • Damian De Goes : "The Chronicle of theMost Happy King Don Manuel of Glorious Memory" > Melaka dikenali sebagai Kota yang terkaya di dunia
  • De Silva (Prof. Dr. ) : Penyelidik Arkeologi dan Ahli Sejarah Sri Lanka > beliau telah menganalisis bahan arkeologi dan mendapati sudah wujud tamadun di Alam Melayu sejak 15,000 S.M. 
  • Dirk Van Hogendorp : Pegawai tentera Belanda yang terlibat dalam serangan Belanda di Kuala Selangor berkata bahawa pihak Belanda telah merampas 68 pucuk meriam di Kota dan Kubu di Kuala Selangor. 
  • Dom Paulo Lima de Pereira : Dalam Surat kepada Raja Philip bertarikh 18 November 1587 ada menyebut tentang kapal perang milik Kerajaan Johor yang berjaya ditewaskan oleh Portugis ketika cubaan Portugis menawan Johor Lama dan Kota Batu. Diantara kapal-kapal tersebut terdapat sejenis kapal besar yang dipanggil Galleons.
  • Dr. Barry Fell Ahli Arkeologi Barat menemui bukti kedatangan pelayar Melayu Islam dari Melaka di Amerika berdasarkan tulisan jawi / Arab ditemui terukir disebuah gua di daerah Corinto, El Salvador. 
  • Dr. Horst H. Liebner seorang Pengkaji Arkeologi Nusantara berasal dari Jerman ini menyatakan bahawa orang Melayu pada abad ke 10 sudah berupaya membina kapal yang berukuran 25 hingga 35 meter panjang dan 12 meter lebar. 
  • Dr. Isabella Desjeux pada tahun 2015, telah membuat sebuah dokumentari mengenai seorang Saintis Melayu dari Sarawak bernama Buang bin Muhammad Ali yang namanya telah hilang dalam lipatan sejarah tanahair. 
  • Dr. Joyce E. Chaplin sejahrawan dari University Harvard menyatakan orang yang pertama berjaya mengeliling dunia adalah seorang lelaki Islam berbangsa Melayu yang bernama Enrique de Malacca.  Beliau menulis buku 'Round About the Earth: Circumnavigation  from Magellan to Orbit.'
  • Duarte Barbosa pada tahun 1512, merekodkan kewujudan kapal besar milik orang Jawa yang mempunyai 4 tiang layar , kulit kapal *hull)  dilindungi 4 lapisan kayu jati. Dalam "The Book of Duarte Barbosa" beliau menyatakan bahawa Pelabuhan Melaka adalah Pelabuhan yang terkaya di dunia
  • Edward Tregear: "Notes on Mayan and Malay" >bukti linguistik mengaitkan Melayu dan Maya
  • Ernest Small : Dalam catatan China, bangsa India, Arab, Parsi dan Turki belajar tentang Ilmu Pelayaran dari orang-orang Melayu
  • F.D.K Bosch : pada tahun 1946 telah menegaskan bahawa pedagang-pedagang dari Kepulauan Melayu pernah sampai ke pelabuhan-pelabuhan di India. 
  • Fernao Lopes De Castanheda: sejarawan Portugis menyatakan bahawa semasa Portugis berperang dengan Melaka, tentera-tentera Kesultanan Melaka telah pun menggunakan senjata api. Beliau mencatatkan bahawa Sultan Melaka memiliki sebanyak 8,000 pucuk senjata api yang terdiri dari meriam dan senapang pelantak
  • Fernao Pires de Andrade: Pada 1513 : Jong Patih Unus dari Demak mempunyai antara 3 - 7 lapisan kulit kapal yang tidak dapat ditembusi peluru meriam. 
  • Fountain Magazine : Isu 58 (2007) > penemuan batu di gua di El-Salvador di Corinto. Dalam batu itu tertulis sebuah tulisan dipercayai tulisan Jawi yang bermaksud "Melaka Haji Malaya".Batu dipercayai berusia seawal abad ke 13 Masehi, zaman Kesultanan Melayu Melaka. 
  • Francois Valentijn (1666-1727):  pendeta dan ahli Sejarah Belanda telah menulis tentang sejarah Kepulauan Melayu dan kehebatan Bahasa Melayu.Beliau meletakkan bahasa Melayu pada abad ke-16 setaraf dengan bahasa Latin dan bahasa Perancis yang menjadi lingua franca di Eropah ketika itu. 
  • Gabriel Ferrend : dalam manuskrip "Sutra of the Twelve Stages of Buddha", ada menyebut tentang Kerajaan lama yang bernama Cho-Ye yang bermaksud Jaya atau Vijaya.
  • Gaspar Correia: Dalam "Lendas da India" > pencatit Portugis yang mencatatkan bahawa sewaktu armada Portugis bertembung dengan kapal Melayu dari Acheh, kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tidak ada sesiapa yang berani hendak memanjanya dari mana-mana kapal Portugis.
  • George Coedes: Ahli Sejarah Perancis menerbitkan memoir bertajuk "Le Royaume De Crivijaya" pada tahun 1918 mengenai Srivijaya. Dari memoir beliau inilah Srivijaya yang sebelumnya kurang dikenali mula mendapat perhatian ahli sejarah. 
  • George Murdock:  Seorang Professor dari Amerika pada 1959 melalui penelitianya mendapati bahawa beberapa tanaman yang didapati di Madagaskar seperti Kelapa, Ubi Jalar, Keladi, Padi Sawah dan Jagung adalah berasala dari Nusantara yang di bawa oleh Pelaut-pelaut Melayu. 
  • George Percy Badger : Seorang ilmuan Inggeris pada tahun 1863 yang mengulas pengembaraan Ludovico di Varthema di Mekah, turut mengulas mengenai Jemaah Haji dari Alam Melayu dengan cara pakaian mereka di Mekah. 
  • Georgio Bucallati :  dalam kajian mendapati cengkih telah digunakan di Syria sejak tahun 3,700 S.M. 
  • Gospels Hebrew King James Version:  Book of Job 28:16 > "It cannot be Valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire." Mount Ophir means Gunung Ledang of today.
  • H.D.Collings : "AN IRON AGE FIND NEAR KLANG" > This paper was produced in December 1949 about ancient iron work in Bukit Jati, Klang. P.W.D workers found 21 iron ages tools and part of its the kind which the Malays call Tulang Mawas. 
  • Han Shu : Buku Dinasti Han > karya Ban Gu , Rekod terawal mengenai "Nanhai Trade" antara China dengan Semenanjung Tanah Melayu sudah wujud sejak 140 SM. Nama 'Duyuan' dalam catatan ini ialah Duyung di Terengganu.
  • Heidi Roupp dalam 'Teaching World History: A Resource Book' bahawa pelayar-pelayar Melayu telah tiba ke Pantai Timur Afrika selewat-lewatnya pada abad pertama Sebelum Masihi.
  • Horst H. Liebner (Dr.) : Pengkaji Arkeologi Nusantara berasal dari Jerman ini menyatakan bahawa orang Melayu pada abad ke 10 sudah berupaya membina kapal yang berukuran 25 hingga 35 meter panjang dan 12 meter lebar. 
  • Huayi Tongyu  : Kamus China - Melayu terbitan tahun ke-9 Maharaja Guangxu (1883M).
  • Isabella Desjeux (Dr.) : pada tahun 2015 telah membuat dokumentari tentang Saintis Melayu Sarawak bernama Buang bin Muhammad Ali. Penemuan kehebatan Buang bermula apabila sebuah kotak besi yang tertanam dalam tapak pembinaan sekolah di Ternate di kesan. Kotak itu mengandungi catatan Buang mengenai Kajian-kajian Sains. 
  • Isabella L. Bird : Didalam buku "The Golden Chersonese and The Way Thither" Selepas kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis,Empayar Melayu Acheh telah cuba menawan kembali Kota Melaka dengan kapal-kapal perang berjumlah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari kapal-kapal yang pernah dibina di Eropah.
  • Ismail Husein & Amat Juhari (1996):  orang-orang Melayu di Nusantara mempunyai aksara tersendiri sebelum Aksara Palavi. Aksara ini dikenali dengan nama Huruf Rencong atau Rencung (Zain, 2000). 
  • J.A. Richardson : In his book "The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub, Pahang" > according to him in page 36 "People found that for every 'Dulang' of sand there was a handful (raub) of gold." 
  • J.C. van Leur's : 1960 : "Indonesian Trade and Society" Hlm 57 > Bahasa Melayu menjadi LIngua Franca bagi gugusan Kepulauan Nusantara dan disamping itu mereka semestinya bertanggungjawab dalam usaha penyebaran agama Islam."
  • Jacques Dumarcay : dalam bukunya "Cambodian Architecture: Eight to Thirteen" mengatakan bahawa senibina awal Khmer mempunyai banyak pengaruh dari Kerajaan Melayu Champa dan juga Jawa. 
  • Jim Siebold (2016) :  menyatakan bahawa Atlas Miller atau Atlas Lopo Homem-Reineis, atlas yang dilukis oleh pakar kartografi Portugis bernama Lopo Homem, Pedro Reinel, Jorge Reinel dan Antonio de Holanda pada tahun 1519 adalah atlas pertama yang menggambarkan kewujudan Jong Melayu. 
  • Joao de Barros : (1456-1570) mencatatkan tentera Pimpinan Alfonso de Albuquerque telah diserang jong dari Pasai. Portugis mengambil masa 2 hari untuk mengalah jong tersebut. 
  • John Crawfurd menulis didalam 'A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent countries.' bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan kompas sebelum orang Eropah
  • John D. Baldwin dalam 'Ancient America' (1871) : beliau mencatatkan 'Civilization was brought to America in Ancient times  by the Malays'The Malayan Empire was maritime and commercial, it had fleets of great ships, and there is evidence that its influence reached most of the Pacific islands. 
  • John Dessision Baldwin: "Ancient America in Notes on American Archaelogy" > ada menyebut bahawa bangsa Melayu meninggalkan jejak sejauh Easter Island dan Afrika Timur. 
  • John M. Miksic (Prof.) : dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dalam buku bertajuk "Singapore - The Silk Road of the Sea, 1300 - 1800." berdasarkan kajian J. Miksic terhadap 300,000 artifak yang berkaitan masyarakat Melayu. Artifak ini membuktikan masyarakat Melayu bukanlah pemalas seperti yang dimomokkan sesetengah pihak bahkan bangsa Melayu adalah pembina kota dan tamadun. 
  • John Tiffany dalam 'The Malay- A People of Fascinating Division' orang Melayu adalah peneroka dalam Ilmu Pelayaran sehingga mereka digelar The Viking of the Orient.  
  • John Van Wyhe & Gerrel M. Drawhorn: dalam sebuah artikel bertajuk "I am Ali Wallace The Malay Assistant of Alfred Russel Wallace" dalam JMBRAS Vo. 88 Part 1 (2015) menyebut tentang remaja Melayu Islam bernama Buang (Buang bin Muhammad Ali) sebagai pembantu Saintis Inggeris bernama Alfred Russel Wallace di Sarawak. 
  • Joyce E. Chaplin (Dr.) : dalam "Round about the Earth - Circumnavigation from Magellan to Orbit." > Sejarawan dari University Harvard menyatakan orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia ialah lelaki Islam berbangsa Melayu bernama Enrique de Malacca.
  • K.G. Tregonning : dalam bukunya "Malaysian Historical Sources" (Singapore, 1965, m2) dan "The Encyclopedia Americana" (Edisi 8,1963 m.164) menyatakan Semenanjung Tanah Melayu merupakan persinggahan terbaik perdagangan China-India.
  • Kang Tai pada 260 Masehi mencatat kewujudan Jong Melayu yang mempunyai 7 liang layar dipanggil Kun-lun Po (kapal Negeri Selatan) yang direkodkan belayar hingga ke Syria. Perkataan 'Po' dikatakan berasal dari perkataan Melayu "Perahu". 
  • Kaushik Roy : (2011) > War Culture and Society In Early Modern South Asia 1740-1849: Hlm.12) >Melaka mengimport Meriam dari Calicut, meriam terbesar yang dijumpai oleh Portugis di Melaka itu berasal dari Turki Uthmaniyyah
  • Kevin Reilly dalam bukunya 'The Human Journey: A Concise Introduction to World History' (2012) menyatakan orang-orang Melayu adalah pelayar pertama belayar di lautan luas
  • Kong Yuanzhi (Prof.) :  daripada University Peking menyatakan "Kamus Bahasa Melaka (Manlajia Guo Yiyu) bukan sahaja adalah kamus Bahasa Melayu - Cina yang pertama, bahkan adalah Kamus Bahasa Melayu yang pertama di dunia."
  • Kunlun (gelaran pelaut Melayu) dengan kapal gah Kunlunpo direkodkan telah belayar dan berdagang di Guangzhou malah jauh sehingga ke Utara dan Timur China seperti Fujian dan Zhejiang seawal 300 S.M. 
  • Kun-lun Po : Catatan China pada abad ke-3 Masihi menyatakan bahawa kapal-kapal Melayu yang disebut Kun-lun Po besarnya melebihi 50 meter panjang dan terapung di permukaan air setinggi 4-5 meter. Kapal-kapal ini membawa antara 600 - 700 orang anak kapal dan muatan sekitar 250 hingga 1,000 tan barangan. Kapal-kapal ini belayar dengan laju ketika angin kencang dan gelombang yang besar. (Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi)
  • Ludovico di Varthema dalam pelayaran ke Melaka pada 1505 mencatat mengenai sebuah kapal besar dari Borneo dengan nakhodanya seorang Melayu yang mahir ilmu laut. 
  • Luzano Pancho Canlas:  dalam bukunya bertajuk "Philippines 2 Millennium History" :
    • Melayu adalah pelaut-pelaut berani yang mengembara merentasi lautan Selatan Pasifik yang luas didalam perahu-perahu kecil dipanggil Balangay
    • Malaya dipanggil Tanah Melayu, dalam bahasa Tagalog bermaksud Jauh.
  • Lynda N. Shaffer dalam buku 'Maritime Southeast Asia to 1500' menyatakan bahawa pelaut Melayu merupakan pelaut-pelaut yang mempunyai kemahiran ilmu Laut yang sangat tinggi, belayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelaut Melayu telah belayar merentas Monson seawal sebelum 300 tahun Sebelum Masihi dan telah tiba di Timur Laut Afrika seawal abad pertama S.M. 
  • Lynda N. Shaffer : dalam penulisannya bertajuk "Southernization" dalam Journal of World History 5, Spring (1994) mengatakan bahawa pelaut Melayu telah pun belayar merentasi lautan ke India dan China seawal tahun 300 SM. 
    • “The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance overseas trade. The chine infact to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails. “
    • There is no doubt that the most intrepid sailors were the Malayss, people who lived in what is now Malaysia, Indonesia, the southeastern coast of Vietnam and the Philippines. 
    • Sometimes before 300 B.C.E , Malay sailors began to ride the Monsoon.
    • Malay sailors had reached the eastern coast of Africa at least by 1st century B.C.E. if not earlier.
    • Pelayar-pelayar Melayu bertanggung-jawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat tradisi Sa-Huynh Kalanay dan gendang Dongsan bertebaran keseluruh Asia Tenggara.
    • Indian traders and shippers and Malay sailors were also responsible for opening up an all-sea route to China
    • Pelaut Melayu seawall kurun pertama telah mahir dengan pelayaran-pelayaran jarak jauh, mereka mempunyai ilmu laut yang tinggi, belayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa menggunakan kompas atau carta, mengetahui kedudukan sebuah pulau dengan hanya melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dsb.
  • M. Klaproth dalam 'On The Name of China" > 
    • perkataan "China" berasal dari gelaran dan panggilan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Dinasti Qin.
    • Maharaja Tsin-che-Hwang-te telah mula berdagang dengan pelaut-pelaut Melayu sekitar kurun ke-3 S.M.  
  • Manuel Joaquim Pintado dalam "Portuguese Documents on Malacca (1509-1511) mencatatkan dinding Jong Melayu begitu tinggi sehinggakan askar Portugis tidak mampu memanjatnya, dan dinding Jong setebal 4 lapis tidak rosak sedikit pun oleh peluru meriam. 
  • Marco Polo : he went to Southeast Asia in the 11th century but never went to Fansur. He did mention in his account that the best camphor (Kapur Barus) originated from Fansur (Barus). 
  • Martin Ferdanadez de Navarette : tokoh sejarah Sepanyol yang menulis sebuah buku pada 1837, yang menyebut kebolehan Enrique de Malacca (Panglima Awang) bertutur fasih bahasa Negara itu. 
  • Michael Adas menulis dalam bukunya yang bertajuk 'Agricultural and Pastoral Societies in Ancient and Classical History' bahawa sejak 300 tahun Sebelum Masehi pelayar Melayu mula belayar menggunakan angin Monsoon ke China dan India. Mereka telah tiba ke Pantai Timur Afrika selewat-lewatnya pada abad pertama Sebelum Masihi. 
  • Michael W.Charney: di dalam bukunya "Southeast Asian Warfare: 1300-1900" menyatakan tentang kewujudan tempat pembuatan meriam di Alam Melayu. Malah Alfonso de Albuquerque sendiri kagum dengan pembuatan meriam di Melaka yang beliau sifatkan setanding dengan pembuatan meriam di Jerman. 
  • Mohd Hazmi Mohd Rusli (Dr.) : "The Unsung Malay History" > “The Malays were great seafarers who once dominated most parts of Southeast Asia. For centuries, they built great kingdoms, huge monuments and pioneered maritime technologies in strengthening their grip over a huge maritime area extending from Madagascar in the West to the Indonesian islands in the East.
  • Mpu Prapanca: ahli puisi diRaja Majapahit menulis puisi bertajuk Desawarnana atau lebih dikenali sebagai Negarakrtagama pada tahun 1365, menyenaraikan keseluruh Kepulauan Sumatra, Jambi, Palembang dan Minangkabau sebagai Tanah Melayu.
  • N.N. Miklukho-Maklai (1846-1888) :  Famous Russian scholar and traveller > made his field research in the Malay Peninsula and Java in the 1870s. His diary of his first travel in Malay Peninsula was published in 1941.
  • Nanhai Trade :  rekod terawal mengesahkan hubungan antara China dan Semenanjung Tanah Melayu sudah wujud sejak 140 SM seperti yang tercatat dalam Han Shu.  
  • Niccolo da Conti dalam perjalanan ke Asia dari 1419 hingga 1444 mencatat Jong yang dijumpainya lebih besar dari Kapal Eropah dan mempunyai 5 tiang layar. 
  • Nicholas Tarling: 
    • mencatatkan kejayaan Kerajaan Srivijaya adalah hasil dari kemahiran orang Melayu dalam bidang Pelayaran. 
    • "The Cambridge History of Southeast Asia: from Early times to 1800" > senapang-senapang Melayu purba setanding dengan Sepanang buatan German. 
  • Nicholas Thomas menyatakan bahawa bangsa Melayu telah belayar ke Lautan Pasifik seawal 3000 S.M. 
  • Nunes dos Santos (Professor): dalam bukunya "Atlantis: The Lost Continent Finally Found" mendapati bahawa banyak ciri Kota Atlantis menyamai kawasan kepulauan Nusantara khususnya Kepulauan Melayu dan Indonesia. 
  • O.C. Dahl Bangsa Melayu telah sampai ke Madagaskar sejak tahun 686 S.M.
  • O.W. Wolters: Dalam "Early Indonesian Commerce : The Origin of Srivijaya"  >
    • Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan orang-orang Yunani pada kurun pertama Masihi lagi
    • Sebuah teks Yunani “Periplus of the Erythrean Sea” dicatatkan bahawa Kapal yang belayar ke Chryse (Semenanjung Tanah Melayu) dan ke Gangga dikenali sebagai Colandia dan sangat besar.
    • Kerajaan Tambralinga pernah menghantar utusan ke China sekitar tahun 616M semasa Pemerintahan Dinasti Tang. 
  • Paul D. Buell (2009) > Maharaja Song melantik bangsa Melayu Champa menjadi Pegawai Maritim yang sekaligus menjadi Syahbandar di Fujian
  • Paul Johnstone dalam 'The Seacraft of Prehistory' (1980) pada kurun ke-3 S.M orang Cina mula belajar membuat layar jenis 'Batten Sail' dari Pelaut-pelaut Melayu (Kun-lun Po). 
  • Paul Pelliot : Berpendapat bahawa pusat Pemerintahan Srivijaya terletak di Jawa bersandarkan kepada rekod I-Tsing. 
  • Paul Wheatley: Buku "The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500" , University of Malaya Press 1966 > 
    • Masyarakat China telah menjalin hubungan dengan Masyarakat di Kepulauan Melayu seawal tahun 221 S.M lagi. 
    • Nama Kerajaan Kedah Tua terdapat dalam catatan China pada tahun 638 Masihi. Dalam Catatan Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke Istana China pada tahun 638 Masihi.
    • Pencatat Yunani bernama Martianus Heraclea didalam “Periplus of the Outer Sea” tentang kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) yang terletak antara Benua India dan China.
    • Catatan Abu Dulaf al-Muhalhil mengenai Kedah ketika beliau singgah di Kedah. 
  • Pei Xing (825 - 880 C.E) : the famous story of "The Kunlun Nu" which potrays a Malay security guard cum martial arts expert named Mo Le who is invulnerable, capable of flying and has other supernatural abilities. This story has been adapted into a movie "The Promise" (2005) with Mo Le's name changed to Kunlun. 
  • "Periplus of the Erythrean Sea" Sebuah Teks Yunani dicatatkan bahawa kapal yang belayar ke Chryse (Semenanjung Tanah Melayu) dan ke Gangga dikenali sebagai Colandia (Kolandiaphonta) dan sangat besar. 
  • Peta Mao Kun / Wubei Zhi: nama Kuala Pahang disebut dalam peta lama China sebagai "Penghang Gang" dan Pulau Tioman dicatit sebagai "Ningma Shan". 
  • Pierre Yves Manguis > 
    • 'Malay ships did use nails, but pegs and mortise for the plank joint of the ship's body. 
    • Menurut Sumber China dari abad ke 3 Masihi telah mencatatkan kehadiran kapal Melayu yang dinamakan Kunlun.
  • Portuguese Document on Malacca : 213 > "Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak memanjatnya. 
  • Prasasti Batu di Desa Dakuwu, Grabag,Magelang, Jawa Tengah, Indonesia adalah merupakan rekod terawal kemunculan keris di Alam Melayu pada abad ke-5 Masihi. 
  • Prasasti Budhagupta : ditemui di Seberang Prai, P. Pinang membuktikan bahawa Kerajaan Chih-tu benar wujud di Utara Malaysia sekitar abad ke 4-5 Masihi. Sejarawan J Laidlay pada tahun 1848 menterjemahkan teks prasasti itu yang ditulis dengan huruf Pallava (400-500M) dan bahasa Pali mengandungi ajaran Budha dan menyatakan kejayaan pelayaran oleh seorang nakhoda kapal bernama Budhagupta, seorang penduduk Negeri Tanah Merah (Chih-tu).
  • Prasasti Dong Yen Chau : ditemui di Teluk Tourane, Selatan Vietnam menggunakan tulisan Pallava >  rekod bertulis terawal Bahasa Melayu pada abad ke 4 Masihi melalui Tamadun Melayu Champa. 
  • Prasasti Kedukan Bukit: Bertarikh 685M ditemui oleh M. Batenburn pada tahun 1920. Ianya merupakan spesimen berbahasa Melayu yang paling lama pernah dijumpai. Ia menceritakan tentang kejayaan penguasa Kerajaan Srivijaya. 
  • Prasasti Keping Tembaga Laguna: bukti pengaruh Srivijaya sampai ke Filipina. 
  • Prasasti Telaga Batu: ditemui sekitar 1950an > mengandungi kisah pengembaraan Dapunta Hyang Sri Jayanasa, ditulis menggunakan tulisan Pali didalam bahasa Melayu Tua. 
  • Prof Dr. Stephen Chia yang telah menjalan kajian di Bukit Tengkorak di Semporna, Sabah mendapati telah wujudnya rangkaitan Perdagangan Maritim diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik sejak ribuan tahun dahulu. 
  • Prof. John M. Miksik dari National University of Singapore dalam buku bertajuk 'Singapore - The Silk Road of the Sea, 1300-1800' berdasarkan kajian beliau terhadap 300,000 artifak yang berkaitan dengan masyarakat Melayu, membuktikan bahawa orang Melayu bukanlah pemalas seperti yang dimomokkan sesetengah pihak bahkan bangsa Melayu adalah pembina kota dan tamadun
  • Ptolemy: Ahli Geografi, Astrologi dan Ahli Kaji Bintang Greek menyebut Tanah Melayu sebagai Aurea Chersonesus atau Golden Chersonese bermaksud Semenanjung Emas atau Tanah Emas
  • R.A. Fletcher dalam 'Worship and Their Stories(2004) menyatakan bahawa bangsa yang mula-mula menggunakan sayap (outriggers) bagi kanu-kanu dan sampan-sampan adalah orang Melayu
  • R. Braddel F.W. Douglas menyatakan bahawa seawal 4000 S.M pelaut-pelaut Sumeria / Akkadia sudah sampai ke Nusantara dari Mesopotamia.
  • Rafael Monleon (1840 -1900) dalam "Historia De La Navigacion" telah membuat ilustrasi dan dokumentasi tentang rekabentuk dan senibena kapal dari Alam Melayu. Ianya kini tersimpan dalam Muzium Ketenteraan Sepanyol, Barcelona. 
  • Raja Kalakaua : Raja Hawaii ketika bertemu dengan Raja Chulalongkorn dari Thailand mengatakan bahawa sesungguhnya beliau orang Polinesia yang berdarah Melayu. 
  • Ralph A. Olsen: "Book of Mormon, The Promised Land" & "The Malay Peninsula As The Setting for The Book of Mormon" > 
    • The Promised Land atau Tanah yang Dijanjikan oleh Yahudi ialah Semenanjung Tanah Melayu.
    • ibu segala keturunan Manasseh adalah orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Manasseh adalah salah seorang dari 2 anak Nabi Yusuf a.s.  iaitu Manasseh dan Ephraim .
  • Richard L. Smith: dalam bukunya "Premodern Trade in World History" - Di lautan, laluannya telah didominasi sekurangnya dari Alaf pertama BCE oleh orang Melayu.Terma “Melayu” merujuk khusus kepada penduduk Semenanjung Melayu, tetapi terma “Melayu” juga digunakan dalam skala besar, lebih umum untuk merujuk beberapa pelaut yang bertutur dalam bahasa Austronesia dan hidup di sebahagian tempat di Sumatera, Borneo dan Kepulauan lain termasuk Semenanjung Melayu. Pelayar Melayu adalah pedagang jarak jauh terawal di Negara-negara moden Malaysia dan Indonesia. Aktiviti belayar mereka termasuk di China Selatan dan di Timur Laut India. Mereka adalah pelaut berkemahiran tinggi, dengan teknologi canggih nautika (Ilmu Laut) mereka sendiri, dan berkemungkinan yang mencipta layar, terlebih dahulu dari pedagang Greek dan Roman yang masih baru dalam perdagangan laut. Orang Melayu mencipta hubungan komersial melangkaui dari Filipina dan New Guinea hingga ke Pantai Laut Afrika.,terlebih dahulu dari Greek dan Roman. 
  • Robert Heine van Geldern : orang yang mendaftarkan nama nenek moyang Melayu sebagai 'Melayu Deutro', dipinjam dari kitab Yahudi yg bertajuk Deuteronomy  (26:5-10) yang bermaksud penghijrah.
  • Rounsevelle Wildman : penulis terkenal Amerika Syarikat menemui sekeping logam di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dikeluarkan didapati mengandungi emas. 
  • Samuel L. Mitchill , Martin Harris : "A Nation Now Extinct" American Indian Origin Tehories as of 1820" dan "New York Theory" karangan Richard E. Bennett > Teori dan bukti kaitan orang Red Indian Amerika dan Orang Melayu. 
  • Sarah Zhang dalam 'Why Mandarin does not come from Chinese' - The Atlantic (2019) menyatakan perkataan 'Mandarin' berasal dari perkataan 'Menteri' oleh pelaut-pelaut Melayu yang bermaksud Pentadbir atau Penasihat. 
  • Sherard Osborn  : Naval officer in one of the British warship blockading Kedah in 1883, dalam "Like spaniels, the native of the whole sea-board of the Indian Peninsula lick the hand that chnatises them: not the Orang Malayau (Melayu) , and we Englishmen should be the first to honour a race who will not basely submit to abuse or tyranny." - Quedah or Stray Leaves from a Journal in Malayan waters, Longman, London, 1857. 
  • Stamford Raffles telah menulis dalam 'History of Java' bahawa pada tahun 1325M,meriam telah digunakan secara meluas di Jawa terutama oleh Kerajaan Majapahit. 
  • Stephen Chia (Prof.Dr.) : Kajian di Bukit Tengkorak,Semporna, Sabah mendapati wujudnya rangkaian perdagangan Maritim diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik sejak ribuan tahun dulu. 
  • Stephen Oppenheimer (Dr.) : dalam buku "Eden in the East, The Drowned Continent to Southeast Asia." (1999) :
    • Legenda purba Kota Atlantis yang tenggelam akibat banjir besar itu adalah tinggalan Benua Melayu Sunda
    • Penemuan DNA mendapati masyarakat di alam Melayu adalah tamadun kedua tertua di dunia mencecah 70,000 tahun selepas Afrika.
  • Sumio Fukami : He examinde the Chinese Shiji Text  and Hanshu Text says that camphor (Kapur Barus) from Southeast Asia already known in Guangzhou as early as 2nd century B.C. or even ealier. 
  • Tatiana M.Karafer: (2015) . Kajian DNA mendapati haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang yang berada di Nusantara sebelum tersebar ke seluruh dunia. Jelas bahawa ibu orang Melayu telah berada di Kepulauan Melayu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan bapa orang Melayu pula 40,000 tahun dahulu. 
  • Teori Wallace Line: Teori popular yang menentukan wilayah Alam Melayu hasil kajian Alfred Russil Wallace terhadap kepelbagaian spesis flora dan fauna di Nusantara. 
  • The London Quaterly Review jilid 86-87 (1850) : menyatakan mengenai emas di Gunung Ledang (Mount Ophir) . 
    "In truth, as Solomon’s ships, which brought back this gold,were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold" 
    Nama Mount Ophir (Gunung Ledang) disebut dalam kitab Injil Hebrew Versi Raja James (King James Version) Book of Job 28:16 : "It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire"
  • Thomas Bowrey : Wakil Syarikat French East India Company yang menulis tentang Kuala Perlis pada tahun 1670 : Send 5 or 6 more (men) to goe to Pullo Lada or Purles,which are place are belonging to this King (Of Kedah) where Tin and pepper may be bough at cheaper rates then here.
  • Thomas John Newbold : pegawai British di Melaka pernah mencatatkan dalam "Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca, Volume 2" bahawa ada banyak kilang milik bangsa Melayu yang menghasilkan senjata api seperti meriam. Terengganu menjadi hub di Semenanjung, manakala Gerisik di Jawa dan Minangkabau ialah hub untuk Sumatera. 
  • Timorthy P. Barnard: Seorang Sarjana yang menerbitkan hasil kajian tentang Asia Tenggara dan sejarahnya. 
    • Bahasa Melayu Proto sudah mula digunakan  paling kurang pada 2000 tahun yang lampau. 
    • Terdapat bukti dari Inskripsi-inskripsi  menggunakan bahasa Melayu  seperti Inskripsi Kedukan Bukit, Sabokingking, Talang Tuwo, Karang Brahi, Kota Kapur, Palas Pasemah dan Boom Baru. 
    • Rekod pertama penggunaan terma Melayu adalah sebuah dokumen dari China yang bertarikh seawal kurun ke 7 Masehi.
    • ** Ustaz Don Donial dalam ceramahnya apa yang ditulis Timorthy P.Barnard adalah tidak relavan dan tidak Sahih. Begitu juga Dr. Zaharah Sulaiman yang menyangkal apa yang diterbitkan oleh Timorthy dan dibentangkan di PWTC.
  • Valery Yakovlevish Bryusov : Russian poet in the "Malay Song" written in 1909 one can easily spot numerous references to islands of Malay Archipelago such as scent of Chempaka flowers, figs, bananas, pandan, coconuts, a paddy fields, tigers in the jungle and white waves in the sea.
  • Vayu Purana: kitab Hindu yang mengandungi 24,000 puisi (hyms) kepada dewa Vayu yang ditulis sekitar tahun 350 M kononnya ada menyebut tentang 'Malayadvipa" yang kaya dengan emas. Malayadvipa dikatakan merujuk kepada Kepulauan Melayu.  
  • W. Eliotscot  : dalam bukunya "The Story of Atlantis and The Lost Lemuria" > Lemuria wujud di wilayah Nusantara. 
  • W. Lloyd Warner :  Sejarawan Barat > mengakui bahawa orang Melayu telahpun memulakan perhubungan dengan kumpulan orang-orang Asli pesisir Australia di Arnhem Land dan berdagang dengan mereka sebelum kedatangan penjajah Eropah di benua ini pada kurun ke-16 Masihi. 
  • Wan Chen pada abad ke 3  - dalam 'Strange Things of the South' mencatatkan kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang dengan muatan sehingga 1000 tan. Beliau mencatat kapal ini datang Kun-lun yang bermaksud Negara Selatan. 
  • Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah pensyarah Fakulti Bahasa Melayu Moden, UPM membentangkan kertas Kerja bertajuk "MA 101 Kitab Tib dan Memory of the World: Warisan Ilmu Bedil Melayu." pada 2017 > Kepentingan Kitab Ilmu Bedil memberi manfaat dan panduan terhadap ilmu senjata api bedil dalam organisasi ketenteraan tamadun Islam Nusantara untuk panduan bidang ketenteraan kini.
  • Wang Dayuan :  Pengembara China zaman Dinasti Yuan dalam bukunya "Daoyi Zhilue Guangzheng Xia" ditulis pada tahun 1349M menggambarkan tentang kapal dari Asia Tenggara yang besar dan dibina tanpa menggunakan paku.
  • Wei Djao: dalam "Being Chinese - Voices from the Diaspora" (2003) > Kewujudan cengkerang dan tulang tapir dari Semenajung Tanah Melayu dijumpai di Makam Maharaja Wuding zaman Dinasti Shang (1328 - 1263 SM). 
  • Willem Pieter Groeneveldt (1876) : 'Notes on the Malay Archipelago and Malacca, Compiled from Chinese Sources." > Pelayar China Faxian (Fa-Hsien) dalam pelayaran pulang ke China dari India (413-414) menaiki kapal yang membawa 200 penumpang dan kelasi dari K'un-lun . 
  • William Ellis : "Polynesian Research" Volume 1 halaman 122 > penemuan tengkorak manusia di Kentucky danTenessee USA, sebahagian pengkaji berpendapat bahawa tulang itu adalah milik Orang Melayu serta Polynesia. 
  • William James Perry: dalam "The Children of the Sun" (1927) > The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilisation. "
  • William Linehan dalam kertaskerja bertajuk 'Some Discoveries on the Tembeling' beliau mencatatkan bahawa terdapat penemuan acuan-acuan purba untuk membuat meriam di Tebing Sungai Tembeling, Pahang yang berusia seawal kuran 13 atau 14M.
  • William Skeat : The Malay Magic,1900 > Mencatatkan berbagai jenis Pawang-pawang di Alam Melayu. 
  • Ye Tinggui: dalam catatan beliau pada 1151M yang bertajuk Nanfan xianglu (Treatise On Southeast Asia Aromathics) menyatakan bahawa setiap tahun Sriwijaya akan menghantar beberapa buah kapal besar yang berisi kemenyan ke Guangzhou dan Quanzhou. 
  • Yuan Shih : Catatan China yang menyatakan bahawa sekitar tahun 1295M, Maharaja Dinasti Yuan mengeluarkan satu 'Imperial Order' bagi mengarahkan Hsien (Siam) supaya tidak mengganggu Ma-Li-Yu-Erh (Melayu) serta perlu berpegang dengan janji mereka. 
  • Zhou Qufei :Pegawai Kastam Guangzhou pada tahun 1178 menulis dalam Lingwai Daida tentang kapal-kapal dari negara Selatan adalah seperti rumah gergasi (Joseph Needham,  1971) 
  • Catatan pendeta Buddha abad ke 8 Masihi bahawa 6 atau 7 kaki dari bahagian kapal-kapal Melayu di bawah air. Kapal-Kapal Melayu ini laju dan mampu membawa 1,000 orang. Kapal-kapal ini tidak menggunakan paku besi kerana mengelakkan kebakaran akibat pemanasan besi dan kapal-kapal ini boleh bergerak dengan tenaga manusia semata-mata. (Sumber: Prof. Madya. Dr. Ahmad Jelani Halimi : Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu).
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27/11/2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 6.51 pm

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum, Tuan Haji Zul. Saya kagum dengan nota reference mengenai ilmu pelayaran dan kemahiran binaan kapal Jong Melayu yang hebat. Harapan Saya suatu Hari dapat Bukit kukuh mengenai kapal Mendam Berahi nanti

zulheimymaamor.blogspot said...

Aamiin... In sya Allah