Monday, 28 March 2022
Baca Doa Ini Agar Dijauhkan Dari Hawa Nafsu Yang Buruk
Thursday, 24 March 2022
Bagaimana Memahami Surah Ad-Dhuha Mampu Mengubah Kehidupan Kita?
SUMBER: ISLAM ITU INDAH
by JIJONASRUN on DECEMBER 30, 2018
Kebanyakan daripada kita tahu dan hafal Surah Ad-Dhuha dan makna yang disampaikan agak mudah untuk difahami apabila berulang kali membacanya. Namun, adakah kita pernah sedar bahawa surah Ad-Dhuha sebenarnya telah memberi pendedahan berupa pengajaran dan kesannya dalam kehidupan seharian kita?
Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi.
Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun?
Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yang dipohon tidak akan dimakbulkan oleh Allah, segala solat yang dikerjakan terasa hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kesan yang positif dalam diri. Anggapan yang lebih dahsyat sebagai seorang manusia biasa bahawa Allah tidak lagi peduli apatah lagi untuk mengasihi kita.
Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dari situ juga, dengan keadaan kita sebagai manusia biasa yang sering dilanda kesusahan, depresi, dan hilang tempat pergantungan, Allah akan memberi jalan untuk kita percaya pada pergantungan Allah di samping hidup dengan tenang dan aman.
Jadi, apa yang dikatakan dalam surah tersebut? Kita perhatikan pada setiap ayat satu persatu.
1 – (وَالضُّحَىٰ ) – “Demi waktu Dhuha” (ketika matahari naik setinggi galah)
Perkara ini lah perkara pertama yang perlu kita dengar apabila kita mengalami tekanan – Bangun dan lihatlah cahaya matahari! Ingin diingatkan bahawa tiada keazaban dan kesuraman berlaku dalam hidup kita. Hanya perlu untuk bangun dan lihat cahaya sekitar kita.
2 – ( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى) – “Dan demi malam untuk menaungi kegelapan.”
Kenapa tiba-tiba pada ayat kedua, dinyatakan tentang kegelapan? Ia adalah bertujuan untuk memesan kepada kita bahawa malam dijadikan oleh Allah Taala untuk memberikan kita rehat dengan selesa.
Kebiasaannya, apabila kita dirundung dengan tekanan atau depresi, secara automatik, corak tidur kita akan mengalami perubahan seperti tersedar sepanjang malam atau tidur sepanjang hari.
Perkara seperti itu sebenarnya akan memberi kesan yang negatif kepada minda kita. Oleh hal yang demikian, ayat kedua dalam Surah Ad-Dhuha ini memberi peringatan bahawa Allah menjadikan malam untuk manusia dapat menenteramkan minda dan jiwa dari mengalami tekanan.
3 – (مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ) – “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu”
Ayat ketiga ini sungguh menakjubkan! Secara terangan Allah Taala telah memberi peringatan bahawa Dia tidak akan pernah melupakan, meninggalkan apatah lagi untuk membenci kita sebagai manusia yang lemah. Dia sentiasa ada untuk manusia yang beriman kepadaNya.
4 – (وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ) – “Sesungguhnya, Akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia”
Apabila kita mengalami stress dalam hidup, pasti banyak kali kita berfikir: Adakah pengakhiran hidupku ditakdirkan begini? Adakah tiada langsung perubahan yang baik dalam hidupku?
Apabila kita mempersoalkan tentang takdir hidup kita, ayat keempat dalam Surah Ad-Dhuha telah memberi jawapan yang terbaik.
Apabila kita mengalami kesedihan hingga menyebabkan depresi tentang hidup, Allah Taala telah menjelaskan dalam ayat empat tersebut iaitu kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tiada kehidupan yang lebih baik untuk ditandingi melainkan kehidupan di Akhirat yang kekal abadi.
Apabila kita percaya bahawa Akhirat itu wujud dan merupakan tempat tinggal yang kekal, ia akan membantu kita untuk optimis pandang ke hadapan mengejar Jannah.
Seiring dengan perkara itu, ia juga membantu kita untuk percaya bahawa segala masalah, ujian dan cubaan yang dialami di dunia hanyalah sementara dan ketentuan Allah Taala buat kita sebagai hambaNya. Jika kita berjaya hadapi ujian itu dengan penuh keimanan, Syurgalah tempat yang terbaik untuk kita.
5 – (وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ) – “Dan sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu (limpah kurniaNya) dan engkau tetap berpuas hati”
Ini merupakan janji Allah Taala kepada kita sebagai umat manusia bahawa Jannah merupakan ‘hadiah’ yang teragung jika kita melaksanakan perintahNya. Pastinya Allah akan membalas segala amalan kebaikan yang kita buat dengan membuatkan kita semua berasa gembira! Subhanallah!
Oleh itu, adakah perkara itu perkara yang terbaik untuk didengar setelah kamu dilanda kemurungan dan berasa tertekan dengan masalah yang dihadapi?
6 – (أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ) – “Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu”
Melalui ayat keenam ini, Allah Taala telah memberi alasan untuk kita percaya akan janjiNya yang telah dijelaskan pada separuh pertama ayat Ad-Dhuha ini. Apabila ayat keenam ini disuarakan, pasti ramai antara kita berfikir: Bagaimana ayat yang menjurus tentang anak yatim berkaitan dengan kita?
Cuba renungkan. Berapa banyak kali dalam hidup anda ketika ditimpa kesakitan atau berasa kesunyian, anda merasakan tiada sesiapa yang peduli tentang anda? Siapa pula yang satu-satunya ada untuk anda pada ketika itu? Jawapannya Allah! Dia yang sentiasa menjaga anda dan membimbing anda mengubah kehidupan dari kemungkaran ke arah kebaikan.
7 – (وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ)– “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang tiada pedoman lalu Dia memberi hidayah kepadamu”
Berapa ramai daripada kita telah menyimpang ke arah kesesatan dari Islam yang sebenar lalu telah menemui dirinya kembali? Walaupun hakikatnya kita dilahirkan sebagai seorang Muslim?
Sesungguhnya, pada ketika itu Allah jua lah yang telah memberi nur dan hidayah lalu membawa kita kembali ke jalan yang lurus lalu tunduk kepadaNya. Di samping itu, secara tidak langsung telah mempraktikkan kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah!
8 – (وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ)– “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang miskin, lalu Dia memberikan kekayaan”
Dalam kehidupan seharian, mungkin kebanyakan daripada kita pernah melalui tempoh kekurangan wang dan harta. Kini, apabila kita imbas kembali, barulah kita sedar bahawa dalam kesukaran kewangan yang ditakdirkan untuk kita hadapi, hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita dalam apa jua bentuk.
Jadi, apabila seseorang berada dalam tekanan, berinya contoh tentang bagaimana Allah Taala boleh membantunya menjadi lebih kental dalam mengharungi setiap dugaan yang datang dan percayalah janji Allah itu pasti.
9 – (فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ) – “Maka terhadap anak-anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya”
Ayat ini menunjukkan penawar terbaik kepada masalah tekanan!
Kebanyakan orang yang mengalami tekanan hidup, mereka merasakan hidup mereka tiada lagi gunanya dan merasakan juga tiada siapa yang lebih teruk berbanding hidupnya.
Ayat ini mengingatkan kita jika kita berasa tertekan dan hilang harapan untuk hidup, lihatlah kehidupan orang yang jauh lebih susah dari kita. Cuba lihat anak-anak yatim. Mereka tiada sesiapa apatah lagi insan-insan yang menyayangi dan menjaga mereka. Dibandingkan dengan kita yang ada keluarga, tempat tinggal dan makanan disediakan di atas meja, masih menganggap kehidupan kita tidak baik? Subhanallah!
10 – (وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ) – “Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya”
Satu lagi contoh ialah pengemis – Ia adalah satu pengajaran dan peringatan kepada kita tentang Allah Taala telah banyak menurunkan rezeki berupa kebendaan kepada kita – makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Berapa ramai antara kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Berapa ramai antara kita yang tiada pakaian untuk menutup tubuh? Berapa ramai lagi antara kita yang tiada rumah untuk dituju?
Contoh-contoh yang melibatkan anak-anak yatim dan pengemis ini adalah untuk mengajar kita supaya sentiasa bersyukur dengan keberkatan yang Allah Taala telah berikan kepada kita tanpa Dia meminta kembali.
Syukur ini juga sebenarnya satu cara untuk kita mengatasi masalah kemurungan yang melanda dalam diri kita. Dengan rasa syukur, hubungan kita dengan Allah kembali terjalin.
11 – (وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ)– “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur”
Ayat terakhir ini adalah mengenai cara untuk mengekalkan iman dan ikatan dengan Allah Taala iaitu melalui pemikiran, kemuliaan dan percakapan tentang keberkatan Allah!
Baik dari segi halaqah, perbincangan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan atau pun melalui dakwah. Selain daripada itu, untuk sentiasa dekatkan hati dengan Allah Taala, haruslah memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan menghadiri kuliah-kuliah agama lalu menghayatinya.
Jadi, seandainya suatu masa nanti anda merasakan iman anda goyah, dirundung kekecewaan dan kemurungan hingga terputusnya hubungan dengan Allah Taala, bacalah Surah Ad-Dhuha dan hayati seluruh maknanya. InshaAllah, ia akan memulihkan kepercayaan anda sekali gus meningkatkan keyakinan anda terhadap hebatnya kekuasaan Allah Taala.'
Copy and paste: 24/3/2022 > 21 Syaaban 1443H: 9.11 pm
Tuesday, 22 March 2022
Cara Allah SWT Kabulkan Doa-Doa Kita
Sunday, 20 March 2022
Perangi Was-Was Ketika Solat! 8 Pendekatan Islamik Mencengah Was-Was Di Dalam Solat
SUMBER: ISLAM ITU INDAH
by JIJONASRUN on OCTOBER 25, 2018
Ikuti 8 Tips Mengubati Masalah Waswas Dalam Menunaikan Ibadah | Saya selalu was-was. Kalau saya ambil wuduk, saya selalu rasa tidak puas. Saya selalu syak rasa macam wuduk saya batal.
Saya buat seperti diajar kepada saya agar saya mengurut kemaluan selepas membuang air kecil supaya pastikan habis air kencing.
Tapi sejak itu pula was-was datang. Saya selalu rasa macam ‘terkencing’ atau ‘keluar angin’ masa solat. Sehingga saya selalu risau apabila hendak beribadah. Saya selalu berulang wuduk dan cuba memastikan tiada air kencing di pakaian saya.Apakah penyelesaiannya. Faisal, Klang
Jawapan Dr Maza : Semoga Allah membaiki urusan saudara. Berikut beberapa perkara yang perlu saudara ambil perhatian;
1. Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa dari melayannya. Ini kerana melayannya bererti mengikut kehendak syaitan yang cuba menghilang fokus seseorang kepada ibadah dan cuba menjadikan seseorang itu akhirnya bosan, bimbang dan jemu dengan ibadah.
Para ulama seperti Ibn Jauzi (meninggal 597H), Ibn al-Qayyim (meninggal 751H) dan ramai lagi sejak dahulu menulis dalam berbagai karya untuk membenteras penyakit yang buruk ini.
2. Antara sebab utama berlakunya was-was; tidak memahami atau berpuas hati dengan praktikal Nabi SAW yang mudah dan senang dalam ibadah, terpengaruh dengan ajaran fekah yang suka menyusahkan orang ramai dengan berbagai petua yang membebankan, dan juga terlalu melayan gangguan perasaan.
Kata al-Imam Ibn al-Qaiyyim:
“Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya.
Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya.
Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah SAW”.
Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan, 134, Beirut: Dar Ibn Zaidun
3. Antara ajaran yang menyebabkan was-was ialah pendapat yang mewajib mengurut kemaluan selepas kencing.
Tiada nas yang sahih dalam perkara tersebut. Hanya yang diperintah agar kita membersihkan diri dari air kencing, bukan disyaratkan mesti mengurut kemaluan sehingga dipastikan segala yang ada dikeluarkan.
Anggapan bahawa jika tidak diurut sehingga habis tidak sah solat adalah tidak benar. Kata al-Syeikh Abd al-‘Aziz Ibn Baz RH:
“Adapun mengurut zakar agar keluar sesuatu adalah salah dan tidak wajar. Ia antara sebab berlakunya was-was dan tidak lawas. Hendaklah dihindari perkara ini. Sebaik sahaja terhenti kencing, maka berintinjak (cuci) dengan air…”
Ibn Baz, al-Fatawa al-Muta’allaqah bi al-Tibb wa Ahkam al-Marda, 35, Riyadh: Idarah al-Buhuth
4. Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran.
“Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”.
Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94
Riwayat Ahmad, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah dll. (Sekurang-kurang hasan kerana syawahid)
Nabi s.a.w melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita untuk mengelakkan was-was.
5. Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin bahawa betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatal wuduk dan solat.
Nabi SAW mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan berhenti sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut).”
Maksudnya, Nabi SAW mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira.
Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.
6. Was-was adalah berpunca dari kurang faham sifat Islam ini. Sebahagiannya datang ajaran sesetengah guru yang suka memayah-mayahkan cara ibadah. Sedang Nabi s.a.w memberitahu kita:
“Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” Riwayat al-Bukhari
Oleh itu, elakkan mempelajari fekah dari guru yang suka berfalsafah sendiri dan berteori tanpa berlandaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
7. Orang yang selalu merasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaannya yang sentiasa merasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri;
Untuk apa ia lakukan itu semua? Jika ia untuk Allah SWT, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu.
Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau ganggu emosi yang salah bukan mentaati Allah. Ikutilah arahan Allah s.w.t dan RasulNya tanpa melayan was-was. Was-was akan memalingkan seseorang dari mengikuti arahan Allah dan rasulNya secara betul.
8. Al-Quran menceritakan bahawa senjata was-was ini jugalah yang digunakan oleh Iblis sehingga membawa Adam melanggar arahan Allah. Firman Allah:
“Setelah itu maka syaitan telah mewas-waskan kepada Adam dengan berkata: “Wahai Adam, Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?
Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu dia tersalah jalan. Surah Taha: 120-121
Copy and paste: 20/3/2022 > 17 Syaaban 1443H: 5.02 pm
14 Alasan Jangan Tidur Selepas Solat Subuh
Tuesday, 15 March 2022
Ramai Yang Tak Tahu Apa Itu Fardhu, Dan Apa Itu Wajib. Baca Lebih Lanjut
SUMBER: ISLAM ITU INDAH
by JIJONASRUN on OCTOBER 30, 2018
Soalan:
Apakah terdapat perbezaan di antara lafaz wajib dan juga fardhu ?
Jawapan:
Para ulama terbahagi kepada beberapa pendapat di dalam isu ini. Sebahagian mereka tidak membezakan di antara takrif keduanya. Ini bererti fardhu dan wajib adalah suatu yang sama. Manakala sebahagian lain membezakannya dari sudut pentakrifan dengan meletakkan ciri-ciri tertentu di antara keduanya. Berikut kami jelaskan secara lebih terperinci berkenaan hal ini.
Definisi Wajib Di Sisi Jumhur
Jumhur fuqaha yang kami maksudkan di sini adalah al-Malikiyyah, al-Syafieyyah, dan al-Hanabilah. Di sisi mereka, wajib dan fardhu adalah merupakan perkara yang sama dan tidak ada beza di antara keduanya dari sudut hukum dan makna. Kedua-duanya membawa maksud: Sesuatu yang mesti untuk dilakukan dan akan dikenakan hukuman terhadap sesiapa yang meninggalkannya.
Imam al-Subki Rahimahullah ketika mendefinisikan wajib berkata: Wajib adalah suatu yang dituntut untuk melakukannya secara jazam. Lihat Al-Ibhaj Syarh al-Minhaj, Al-Subki (1/52).
Manakala Imam al-Baidhawi mentakrifkan wajib sebagai: Sesuatu yang menyebabkan orang yang meninggalkannya secara sengaja akan dicela oleh syarak. Rujuk Al-Ibhaj Syarah al-Minhaj, al-Subki (1/51).
Definisi Wajib Di Sisi Hanafiyyah
Para fuqaha bermazhab Hanafi mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendefinisikan wajib. Salah seorang tokoh besar dari kalangan mereka iaitu Imam al-Kamal bin Humam Rahimahullah berkata: Sekiranya sesuatu tuntutan yang jazam itu datang secara zhanni maka ianya adalah wajib.
Ibn Ami Haj al-Hanafi ketika mengulas kenyataan Ibn Humam ini berkata: Ataupun tuntutan yang jazam itu datang secara zhanni dalalahnya dari al-Quran atau zhanni dari sudut tsubutnya daripada Sunnah atau Ijma’ maka itu adalah wajib. Lihat Al-Taqrir wa Al-Tahbir Fi ‘Ilm Al-Usul (2/107).
Berdasarkan kenyataan ini, dapat kita fahami bahawa wajib di sisi hanafiyyah adalah apa-apa yang syarak lazimkan kepada kita untuk melakukannya dan perintah itu datang secara zhanni dalalahnya atau zhanni al-thubut ataupun zhanni kedua-duanya. Iaitu apa-apa yang menyebabkan orang yang meninggalkannya berhak mendapat celaan daripada syarak sekiranya dia meninggalkannya dengan sengaja pada setiap masa.
Perbezaan Wajib Di Sisi Jumhur dan Al-Hanafiyyah
Bagi golongan Hanafiyyah, mereka membezakan di antara fardhu dan juga wajib dengan melihat dari sudut dalil datangnya sesuatu perintah. Sebagai contohnya, golongan hanafiyyah mengatakan bahawa hukum sembelihan korban adalah wajib. Ini kerana, perintah melakukannya datang dalam bentuk khabar ahad yang merupakan dalil zhanni.
Manakala, sekiranya perintah melakukan sesuatu perbuatan itu datang dari dalil yang qath’ie, maka amalan tersebut merupakan suatu yang fardhu. Sebagai contohnya, perintah menunaikan solat datang secara qath’ie, maka ia adalah fardhu di sisi mereka.
Maka Hanafiyah meneliti kepada dalil yang melazimkan sesuatu perbuatan. Maka mereka pun membahagikan di antara wajib dan juga fardhu. Manakala Jumhur fuqaha meneliti kepada keadaan perbuatan itu yang merupakan suatu tuntutan lazim kepada mukallaf, tanpa melihat dari sudut dalilnya sama ada ia qath’ie ataupun zhanni.
Berdasarkan perbezaan ini, terdapat athar atau kesannya di sisi Hanafiyyah. Kami nyatakan seperti berikut:
Kesimpulan
Akhir kalam, kami berpandangan bahawa khilaf yang berlaku di antara Jumhur dan Al-Hanafiyyah dalam isu ini hanyalah khilaf dari sudut penamaan lafaz dan bukannya khilaf yang hakiki. Satu kaedah masyhur disebutkan oleh para ulama:
لَا مُشَاحَة فِي الِاصْطِلَاحِ
Maksudnya: Tidak perlu saling bercanggahan dalam penamaan sesuatu istilah.
Ini kerana, kedua-duanya iaitu jumhur dan hanafiyyah bersepakat bahawa wajib dan fardhu merupakan tuntutan melakukan sesuatu perbuatan secara jazam dan sesiapa yang meninggalkannya berhak mendapat hukuman dan seksaan.
Kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kemudahan kepada kita semua dalam memahami isu ini. Ameen.
Copy and paste: 15/3/2022 > 12 Syaaban 1443H: 7.11 pm
Monday, 7 March 2022
Maksud Surah Yasin Ayat Per Ayat. Banyak Fadhilat. Ayat 82 Tu Paling Penting
SUMBER: ISLAM ITU INDAH
by JIJONASRUN on NOVEMBER 18, 2018
Surah Yassin.
Pengertian setiap ayat:
Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 – Merupakan jantung Yaasiin – Rasulullah SAW berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT (harus sentiasa berada di hati – beramal dengannya).
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah SWT yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah SWT yang satu.
Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh AS naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak tiga kali.
Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri daripada fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 77 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 80 – “Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Copy and paste: 7/3/2022 > 4 Syaaban 1443H: 6.39 pm
Dr Perubatan Islam Dari Amerika Membuktikan Bacaan Al-Quran Boleh Menyembuhkan Penyakit
SUMBER : ISLAM ITU INDAH
by JIJONASRUN on NOVEMBER 18, 2018
Al Quran penyembuh penyakit.
Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Al-Qodhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berhasil membuktikan hanya dengan mendengarkan ayat suci Al Quran, baik mereka yang mengerti Bahasa Arab atau tidak, ternyata memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuk salah satunya dapat menangkal berbagai-bagai jenis penyakit.
Mengapa di dalam Islam, ketika kita mengaji disarankan untuk bersuara? Minima untuk diri sendiri @ terdengar oleh telinga kita.
Berikut penjelasannya :
Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit pada berbagai-bagai bahagian tubuh.
Sel-sel yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya.
Hal tersebut ertinya harus dengan suara. Maka munculah TERAPI SUARA yang ditemukan oleh Dr. Alfred Tomatis, seorang doktor di Perancis.
Penelitian berikutnya membuktikan sel kanser dapat hancur dengan menggunakan FREKUENSI SUARA saja.
Dan kembali terbukti bahawa, membaca Al Quran memiliki kesan hebat dalam proses penyembuhan penyakit kanser.
Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Quran dan di saat yang sama , sel-sel sihat menjadi aktif.
Dan yang lebih menguatkan supaya diri ini semakin rajin dan kerap membaca Al Quran adalah kerana menurut kajian:
Maka kesimpulannya adalah:
1. Bacalah Al Quran pada pagi hari dan malam hari sebelum tidur untuk mengembalikan sistem tubuh kembali normal.
3. Perbaiki baca Al Quran (baca dengan tartil, penuhi Hukum Tajwid), kerana kesan suara kita sendirilah yang paling dasyhat dalam penyembuhan.
Copy and paste:> 7/3/2022 > 4 Syaaban 1443H: 6.10 pm
Sunday, 6 March 2022
Perlukah membaca secara Kuat jika Solat sendirian? Ini penjelasan Mufti WP
SUMBER: SIAKAPKELI.MY
Solat merupakan asas kehidupan bagi seseorang yang beragama islam dan cukup syarak. Bagi seseorang yang tidak berkesempatan menunaikan solat secara berjemaah, mereka juga boleh menunaikan solat secara sendiri. Namun, menjadi persoalan apabila solat secara sendiri, perlukah membaca secara kuat bacaan-bacaan di dalam solat itu? Mari lihat penjelasan mufti wilayah persekutuan.
Soalan:
Perlukah seorang yang solat sendirian untuk menyaringkan atau menguatkan bacaan ketika solat jahar?
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Telah tsabit akan sunatnya hukum menyaringkan bacaan al-Fatihah dan surah pada tempatnya (sunat hai’ah), iaitu solat Subuh, dua rakaat pertama solat Maghrib dan Isya, solat Juma’at serta solat dua hari Raya. Adapun selain solat-solat ini, tidak disunatkan untuk menguatkan bacaan.
(Rujuk Fath al-Qarib al-Mujib fi Syarh Alfaz al-Taqrib, hlm. 1/81 dan Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj 1/493)
Maksud menyaringkan bacaan dan memperlahankannya ialah sepertimana yang ditakrifkan oleh para fuqaha’:
حَدُّ الْجَهْرِ أَنْ يُسْمِعَ مَنْ يَلِيهِ وَحَدُّ الْإِسْرَارِ أَنْ يُسْمِعَ نَفْسَهُ
Maksudnya: Had bacaan secara jahar (kuat) ialah dengan memperdengarkan bacaan kepada orang disebelahnya, dan had bacaan secara israr (perlahan) adalah dengan memperdengarkan bacaan kepada dirinya sendiri.
(Rujuk Ghayah al-Bayan Syarh Zubad ibn Ruslan 1/96; Tuhfah al-Habib ‘ala Syarh al-Khatib 2/219 dan Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib 2/64)
Perlukah membaca kuat jika solat sendirian?
Menurut Imam Muhyiddin al-Nawawi, disunatkan juga untuk menyaringkan atau menguatkan bacaan bagi seorang yang solat sendirian ketika solat-solat jahar menggunakan qaedah qiyas terhadap sunatnya untuk imam berbuat demikian. Menurut beliau inilah juga pandangan jumhur ulama. Beliau turut menukilkan pandangan al-‘Abdari bahawa ini pandangan seluruh mazhab kecuali Imam Abu Hanifah yang berpendapat hukumnya sama sahaja sama ada membaca dengan kuat atau perlahan ketika solat sendirian.
Hujah Imam al-Nawawi adalah seorang yang solat sendirian sama halnya seperti imam, di mana dia perlu membaca kuat untuk mentadabbur ayat-ayat yang dibaca.
أَنَّ الْمُنْفَرِدَ كَالْإِمَامِ فِي الْحَاجَةِ إلَى الْجَهْرِ لِلتَّدَبُّرِ
Maksudnya: Seorang yang solat sendirian itu sama seperti Imam dari sudut keperluannya untuk membaca secara kuat bagi membolehkannya untuk mentadabbur (ayat-ayat yang dibaca). (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 3/389-390. Rujuk juga Al-Ta’liqah li Qadhi Husain ‘ala Mukhtasar al-Muzani 2/796 dan Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj 1/493)
Kesimpulan
Tuntasnya, kami nyatakan bahawa pandangan mazhab Syafi’e dan jumhur ulama ialah disunatkan seorang yang solat sendirian untuk menyaringkan dan menguatkan bacaan ketika solat jahar, iaitu Subuh dan dua rakaat pertama bagi Maghrib dan Isya’.
Hal ini sepertimana sunatnya bagi imam hal tersebut, dan jika imam dan yang solat sendirian tidak menguatkan bacaan, ia tidak menjejaskan kesahihan solat.
Wallahu a’lam.
Sumber : Mufti WP