Saturday, 15 August 2020

Siapa bina pelabuhan Kedah?

Kredit: Mohd H Roslan - FB Kebangkitan Jawi (Nusantara)

Persoalan yang sering berlegar ialah kota di kuala kedah itu adalah pelabuhan. Ramai tak faham fungsi kota tersebut jadi depa anggap kota kuala kedah yang di bina oleh Hafez Sab atas jemputan Syeikh Jalil gurunya Sultan Muhammad Jiwa tidak ada ciri-ciri Melayu.
Meh nak explain. Kota tersebut fungsinya sebagai pusat pemeriksaan kastam, kubu pertahanan dan kota pemerintahan. Jadi ia adalah sebuah pejabat kerajaan yang berfungsi sebagai tempat isi borang, bayar cukai dan lain-lain.
Jadi di mana pelabuhan dan tempat kapal berlabuh?.
Berdasarkan rekod yang ada jawapannya di Tongkang Pecah dan Tanjung Charlie. Bukannya kapal besar gedabak masuk ke dalam sungai Kedah lepas tu parking kat sebelah istana balai besaq.. Adoi..malah dalam mana-mana rekod sejak zaman Belanda laporan hanya menyebut muatan yang di bawa masuk ke "dalam" sungai kedah tidak lebih 3 tan. Jadi kapal besar yang datang berlabuh jauh dan mereka pula menyewa kapal-kapal saiz kecil untuk angkut barang yang depa bawak, Sebab tulah dalam lukisan barat akan ada kapal melayu macam penjajap, perahu dan banyak lagi. Perahu tula amik upah angkut barang pedagang tu. Takkan tak pernah tengok filem Pirate of Karipole depa park kapal di mana?.
Pelabuhan Kuala Kedah mungkin wujud seawal 1300 M bagi menggantikan pelabuhan di Kuala Merbok dan Sungai Mas yang musnah akibat serangan Chola. Tapi yang pastinya ia wujud sebelum wujudnya Melaka lagi disebabkan sudah ada aktiviti perdagangan dan perkapalan dari Langkasuka. Apabila masuk ke zaman emas Melaka pelabuhan kuala kedah turut berkembang. Dalam banyak kajian mengenai Melaka mesti pengkaji akan sebut tentang barangan import dari Kedah ke Melaka iaitu gajah, lada hitam, rotan dan sebagainya.
Tapi kena ingat route pelayaran dulu bukanlah macam sekarang boleh terus dari sri lanka tanpa singgah tapi melalui banyak negara untuk sampai ke Melaka yang kemudiannya mewujudkan pelbagai port of call. Antaranya ialah pelabuhan setul dan Langkawi.
Jadi takda istilah pembina pelabuhan dalam mana-mana sejarah. Pembuka pelabuhan itu ada contohnya Sultan Mansur Shah Melaka mengarahkan agar sebuah pelabuhan di bina. Di bina tu dalam konteks infrastruktur. Jangan la bendul sangat bila bina tu semua benda sultan yang bina.
Gudang atau loji pula fungsinya sebagai tempat simpan barang. Malah tahun 1805 British turut membina lojinya 3km dari kota pelabuhan. Portugis juga membina gudang yang diperbuat dari buluh tapi mereka sendiri yang bakar.
Saya harap sebelum nak bercakap tolonglah kritis dan lihat topik dengan mata lalat bukan guna mata bewak. Haih.
Sejarah awak baca tu dari naratif kolonial sebab tu awak rasa Melayu ni lemah gemalai. Ish³
MHR
Copy and paste:15 August 2020 : 25 Zulhijjah 1441H : 10.29 am

No comments: