Sunday, 22 January 2017

FAHAMI & HAYATI ISLAM.

"Serulah kepada jalan TUHAN-mu dengan cara hikmah dan memberi nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya." 

(Surah An-Nah : 165)

"Sampaikanlah dari(ajaran)ku walaupun (hanya sekadar) sepotong ayat."

(Maksud Hadith Nabi)

ASAS TAUHID (Aqidah)
TAUHID RUBUBIYAH
Keyakinan bahawa Allah SWT sebagai PENCIPTA, PEMILIK dan PENTADBIR seuruh alam ini. MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA tanpa ada satu kuasapun yang dapat menandinginya
TAUHID ULUHIYYAH
Keyakinan bahawa hanya ALLAH YANG MAHA ESA, yang hanya layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Hanya ALLAH tempat memohon pertolongan, doa dan bertawakkal.
TAUHID ASMA' WA SIFAT
Keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama yang Indah dan Mulia (99 nama Allah@ Al-Asma Ul-Husna) dan mempunyai sifat-sifat yang sempurna (20 sifat wajib, 20 sifat Mustahil dan 1 sifat Harus).
AN-NUBUWAH
Perutusan para nabi dan rasul yang membawa risalah Allah untuk disampaikan kepada umat manusia.
AS-SAM'IYYAT
Perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia dan hanya diketahui melalui al-Quran dan Hadis seperti dosa pahala, syurga neraka, azab kubur dan sebagainya
PERKARA-PERKARA LUAR BIASA
MUKJIZAT
Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebanaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka

Contoh - Tongkat nabi Musa AS bertukar menjadi ular

KARAMAH
Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT

Contoh - Maryam dianugerahkan Allah SWT hidangan dai langit.

MA'UNAH
Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa perlu mempelajarinya

Contoh - Terlibat dalam kemalangan yang dahsyat, tetapi dirinya terselamat.

SIHIR
Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa dengan bantuan kuasa jahat seperti jin dan syaitan. Ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Ia juga dikenali sebagai ILMU HITAM

Contoh - Seorang yang kebal @ tidak lut senjata

IRHAS
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah sebagai rasul

Contoh - seperti awan yang melindungi Rasulullah SAW

ISTIDRAJ
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat dan derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi.

Contoh - Firaun yang mengaku Tuhan, lalu Allah telah sihatkannya sepanjang hayat - tidak pernah sakit atau orang kaya Allah tambah lg kaya tetapi semakin jauh dari Allah


PERBEZAAN DI ANTARA NABI DAN RASUL
Nabi - Diberikan wahyu untuk dirinya

Rasul - Diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada kaumnya
Nabi - Bilangannya terlalu ramai (ada pendapat yang mengatakan seramai 124,000 orang)
Rasul - Bilangannya 313 orang
Nabi - Seorang nabi tidak semestinya seorang rasul
Rasul - Seorang rasul adalah seorang nabi
Nabi - Tiada kitab diturunkan kepadanya
Rasul - Menerima kitab @ suhuf untuk disampaikan kepada kaumnya
Nabi - Tidak wajib mengetahui nama dan bilangannya
Rasul - WAJIB mengetahui nama dan bilangan 25 orang rasul

No comments: