Monday, 1 August 2016

APA ERTI TAUBAT?

Sebelum saya jawab, saya nak beritahu, apakah erti taubat?
Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!
1) Taubat maksudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut. Itulah 3 rukun taubat.RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.
2) Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Adakah kata-kata taubat kita itu hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri! Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir!
Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.
3) Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi.
Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!!
4) Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.
Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!
"Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”
Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.
Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!
Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.
“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Wallahua'lam.
Moga Allah ampunkan kita semua!
-Ustaz Adnin-
Sumber: Facebook : Tazkirah
1.8.2016

No comments: