Saturday, 15 August 2015

2 Cara Fikir Muslim dengan Ilmu Sejarah

Cara Fikir Muslim dengan Ilmu Sejarah

Assalamu'alaikum wbt

Mengapa penting bagi seorang Muslim untuk mendalami asas ilmu sejarah?


Sejarah meluaskan horizon perspektif pemikiran dan sunnatullah kehidupan.

Cara fikir Muslim melalui ilmu pengetahuan sejarah merupakan poin kedua dalam kitab Tsaqafah ad-Da'iyyah oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi.



Sejarah juga dapat membantu kita untuk menganalisis dan memahami realiti semasa.

Kita hanya akan tahu dan faham apa yang berlaku pada hari ini apabila kita
mengkaji dan mendalami apa yang berlaku semalam.

Perkara-perkara yang berlaku hari ini tidak lain tidak bukan melainkan ia merupakan titik-titik kejadian lepas yang berhubungan antara satu sama lain.

Kegagalan hari ini adalah disebabkan kepincangan yang berlaku pada hari-hari sebelumnya. Kejayaan hari ini adalah disebabkan oleh usaha keras yang dilakukan pada hari-hari yang lepas. Ia adalah sunnatullah kehidupan.

Bagaimana naik dan jatuhnya umat Islam hingga ke hari ini, pasti ada puncanya.

Pasti ada sebab yang menyebabkan kejatuhan tersebut. Dan perkara itulah yang perlu didalami oleh setiap Muslim agar dapat diambil pengajaran dalam kehidupan dan agar kita tidak jatuh ke dalam perangkap yang sama menjatuhkan umat Islam suatu ketika dahulu.



Untuk membawa kembali umat Islam kepada kegemilangan juga perlu kepada sejarah.

Seorang Muslim perlu mendalami dan muhasabah akan apa yang berlaku pada zaman kegemilangan Islam untuk membawa kembali Islam kepada kegemilangan.

=========================

Sejarah juga merupakan satu bukti universal yang diterima oleh setiap tahap manusia. Ia juga merupakan sesuatu yang diterima oleh orang-orang yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan (golongan atheist).

Untuk membuktikan kebenaran agama, seorang Muslim boleh menggunakan bukti dari sejarah bagi menguatkan lagi hujah atas kebenaran agama Islam.

Allah berfirman dalam al-Quran berulang kali agar kita bermusafir di muka bumi dan melihat apa yang telah Allah lakukan terhadap umat-umat terdahulu agar dapat dijadikan pengajaran buat umat Islam.



Perkara ini melibatkan sejarah, kerana kita perlu melihat dan mengkaji apa dan mengapa perkara tersebut berlaku kepada umat-umat tersebut hingga mereka dimusnahkan dan bagaimana mereka dimusnahkan.

Kewujudan monumen bekas peninggalan sejarah mereka membuktikan kewujudan mereka. Kehancuran mereka membuktikan kebenaran sejarah yang membawa kita untuk mengenal Tuhan.

Perkara ini akan membawa kita untuk sedar akan berlakunya perkara tersebut kerana kederhakaan umat terdahulu kepada Allah.



=========================

Sejarah juga merupakan aspek penting untuk memahami pemikiran, aliran, mazhab, ideologi dan falsafah.

Perkataan "-isme" seperti sosialisme, kapitalisme feminisme dan lain-lain isme merupakan ideologi yang wujud atas sebab-sebab tersendiri.

Kita perlu merujuk kepada sejarah untuk mengetahui mengapa perkara ini berlaku, akar umbinya agar kecacatan ideologi yang wujud dapat kita halangi daripada menular dalam masyarakat.

=========================

Adakah artikel ini bermanfaat bagi anda?
Jika ya, sila balas "Ya"

Jazakumullahu khairan.
Sumber: www.akademisinergi.com/seminarmuslim2015

15.8.2015

No comments: