Saturday, 29 December 2012

2012 - PAHANG (BENTONG, KUALA LIPIS & HULU DONG)

SEK.MEN.KEB. BENTONG, PAHANG
25 APRIL 2012

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Bentong adalah sejauh 62.5 km dan mengambil masa lebih kurang 54 minit sahaja. 
SMK Bentong adalah sekolah Menengah harian berasrama yang terletak di Kg. Benus,  Bentong , Pahang. Ianya terletak kira –kira 5 km dari pusat Bandar Bentong.
SMK Bentong mengambil sempena nama Bandar Bentong. Menurut masyarakat tempatan, Bentong berasal daripada nama sejenis pokok buluh iaitu Buluh Betung yang banyak terdapat di kawasan ini. Sekolah ini dahulunya dikenali dengan Sekolah Menengah Aneka Jurusan. Ianya ditubuhkan pada 1 Januari 1965.
Guru Besar pertama SMK Bentong ialah En. Mohd Nor bin Hj Osman. Kebanyakan pelajar sekolah ini datang dari Kg. Benus, Felda Lurah Bilut, Felda Mempaga, Sertik dan Simpang Pelangai. 




BENTONG , PAHANG
Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Bentong akan mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi. Sejarah nama Bentong adalah daripada "banyak untung" kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi "Bentong"








Gambar ini diambil pada 12 April 2012 ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di PKD Bentong.

Dalam perjalanan ke Bentong, kami singgah makan di Perhentian Rehat Genting Sempah.


KUALA LIPIS, PAHANG

12 OKTOBER 2012

Perjalanan melalui Kuala Lipis, Pahang ini ialah ketika saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia dalam perjalanan ke Ketereh, Kelantan untuk program kesihatan di sana. Jalan yang bengkang bengkok ini menguji kesabaran kami ketika memandu, namun keindahan alam ciptaan Allah sedikit sebanyak menenangkan hati kami dan rasa terhibur juga walaupun agak letih. 







Kuala Lipis adalah sebuah bandar di daerah Lipis, Pahang. Kuala Lipis adalah ibu Negeri Pahang dari 1898 sehingga 1955. Kuala Lipis dahulunya adalah Pusat Perlombongan Emas sebelum ketibaan British pada 1887. 
Kuala Lipis terletak 163 km dari Kuala Lipis. 


HULU DONG, RAUB, PAHANG
14 OKTOBER 2012


Dalam perjalanan pulang dari Ketereh, Kelantan ke Kuala Lumpur, kami singgah makan di Hulu Dong, Raub , Pahang. 

Rujukan: Kempen Go Red for Women - Ketereh, Kelantan

Pekan Hulu Dong mengingatkan aku pada arwah Bapa Saudara ku Allahyarham Win Bin Yasin yang pernah mengajar di SMK Dong Raub Pahang sekitar tahun 70'an dan aku pernah bersama keluarga bermalam di rumah beliau pada ketika itu. 

Dong merupakan sebuah mukim di daerah Raub, Pahang, Malaysia. Pada 1993, negara ini dikejutkan kes Mona Fandey, suaminya serta pembantunya telah membunuh seorang wakil rakyat Pahang di sebuah rumah tidak bernombor di sekitar mukim ini.
Dalam kes ini beliau bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. 

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jamaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. 



Mona Fandey.jpg
MONA FANDEY




Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, KL
7.2.2015

No comments: