Monday, 31 December 2007

1997 - 2007 : PAHANG

KUANTAN, PAHANG
1987
KUALA LUMPUR TO KUANTAN

Negeri Pahang memang tidak asing bagi ku, kerana aku pernah 2 kali bertugas di Pahang ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia. Kali pertama ketika bertugas dengan KD Panah (14th Squadron Patrol Craft) berpengkalan di Pengkalan TLDM Tg. Gelang, Kuantan, Pahang. 
Kali kedua ialah ketika berkhidmat dengan Stesen Komunikasi TLDM Kuantan dari 1992 hingga 1995.








KD Panah adalah kapal peronda TLDM jenis patrol craft kelas Kris yang dibawa balik dari U.K sekitar tahun 60án. Saya bertugas di KD Panah dari 30 Mac 1987 hingga 11 Oktober 1987. KD Panah ketika itu adalah dari Sekuadron ke 14 Kapal Peronda (14th Squadron Patrol Craft) berpengkalan di Kuantan, Pahang. Sepanjang 7 bulan di KD Panah saya sempat bertugas dengan 2 Pegawai Memerintah iaitu Lt Kdr Zainal Murad dan kemudian Lt Zainal Rashid (Pegawai Penyelam).
Sebagai sebuah kapal ronda yang berpengkalan di Kuantan Pahang, tugas rondaan KD Panah lebih banyak tertumpu di kawasan persekitaran Laut Cina Selatan meliputi kawasan Zon Ekslusif Ekonomi (ZEE). Ini termasuk mengawal pencerobohan Nelayan asing terutama dari Thailand yang menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram di Perairan Malaysia. 


KUANTAN, PAHANG
1992 - 1995


SKTLDM Kuantan ditubuhkan pada 4 Dis 83 dan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Kanan Stesen Komunikasi TLDM yang berpangkalan di Markas Armada. Pada 1 Apr 89, SKTLDM Kuantan diletakkan di bawah pemerintahan Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) bersama unit-unit lain yang telah sedia ada di MAWILLA 1. Tugas dan fungsi utama yang diamanahkan adalah untuk menyediakan saluran komunikasi kepada kapal-kapal yang berada di perairan pantai timur semenanjung Malaysia dan kapal-kapal di bawah pemerintahan PANGWILLA 1 serta unit-unit di bawah naungan. Selain daripada itu, SKTLDM Kuantan ditubuhkan untuk bertindak sebagai penyalur sekunder (back-up) jaringan komunikasi TLDM sekiranya jaringan komunikasi utama TLDM di Pangkalan TLDM Lumut (SKTLDM Lumut, SKTLDM Parit dan SKTLDM Sitiawan). Ianya lebih kepada jaringan strategik komunikasi TLDM.
Pegawai Memerintah pertama SKTLDM Kuantan ialah Lt Kdr Mohd Sharif bin Kalam TLDM N/400329. 




Masjid Sultan Ahmad Shah terletak di Jalan Mahkota,  Kuantan, ibu negeri Pahang. 
Masjid Negeri Sultan Ahmad I terletak di Bandar Kuantan. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi.
Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.


Kompleks Teruntum di Kuantan Pahang, disini aku selalu lepak ketika zaman bujang

HUTAN LIPUR LENTANG / SELESA HILL HOMES
JULY 1998
KUALA LUMPUR TO HUTAN LIPUR LENTANG


Kenangan ketika bercuti bersama staff CJ Management Consultants di Selesa Hill Homes pada Julai 1998. 
Dalam perjalanan ke Selesa Hill Homes, kami singgah berkelah di Hutan Lipur Lentang. 
Hutan Lipur Lentang adalah sebuah hutan simpanan  di Bukit Tinggi di Lebuhraya Karak kira-kira 12 km dari Bentong, Pahang. 

Selesa Hill Homes
Bukit Tinggi
28750 Bentong
Pahang
Tel:09-233 0039  / 09-233 0042
Faks: 09-233 0066
Web: http://www.selesa.com.my











Selesa Hill Homes & Golf Resort terletak di Bukit Tinggi, Pahang lebih kurang 35 minit memandu dari Kuala Lumpur. Tempat ini sesuai untuk keluarga bersantai di hari cuti untuk melarikan dari hiruk pikuk kehidupan di bandaraya. 
Ia juga sesuai untuk lokasi bagi menjalanakan aktiviti riadah dan kursus motivasi untuk pekerja.

GENTING HIGHLAND
KUALA LUMPUR TO GENTING HIGHLANDS

Semasa bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia di Petaling Jaya, saya telah beberapa kali menginap di Genting Highland ketika menghadiri mesyuarat dan Latihan. 
Genting Highland ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. 
Genting Highland Berhad ditubuhkan oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 27 April 1965 bersama Allahyarham Tan Sri Haji Mohammed Noah bin Omar. 
Pada 31 Mac 1969, YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas pembinaan hotel perdana Genting Highland. 



Genting View Resort terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur atau 1 jam dari Kuala Lumpur International Airport.
Dengan suhu pada 20 darjah celcius hingga 24 darjah celcius, pada ketinggian 1000 meter, dengan flora dan fauna hutan tropika dengan air terjun dan sungai semula jadi serta pemandangan yang indah, ia adalah tempat yang amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. 

Hubungi:
Sime Darby GVR Management Sdn Bhd
10 km, Genting Highlands
69000 Pahang
Tel: 03-6100 2260/68
Faks: 03-6100 1016


IEM ISO Training untuk Setaf The Institution of Engineers, Malaysia diadakan di Awana Golf and Country Resort pada 25 - 27 Mei 2002.






Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
1.2.2015 : 11.40 am

No comments: