Friday, 21 June 2013

Kenali Allahyarhamah Maryam Mohammad Yousif Farhat

Pada 17 Mac 2013 , Ribuan warga Palestina mengiringi jenazah Maryam Farhat yang dipanggil Allah Subhanahu Wata’ala di usia 64 tahun setelah menderita sakit.

Perdana Menteri Palestina Ismail Haniyah dan Wakil Ketua Pertama Dewan Legislatif Ahmad Bahar juga turut bersama mengiringi jenazah Farhat, di samping menteri menteri Palestina , anggota parlimen, pemimpin faksi dan ribuan warga.

Perdana Menteri Ismail Haniyah dalam pidato yang disampaikannya di Masjid Umari Kota Gaza berjanji untuk mengikut segala teladan Maryam Farhat dalam jalan perjuangannya sehinggalah Palestin bebas dari pendudukan Zionis-Israel .

Haniyah mengingatkan semua supaya mencontohi pengorbanan Maryam Farhat dan ketabahannya yang sungguh agung. Menurut Haniyah juga Maryam Farhat adalah hadiah dari Syurga kepada orang-orang di bumi dan menggambarkan beliau sebagai seorang wanita yang luar biasa.

Setelah perjalanan panjang dalam jihad, dakwah, dan perjuangan, Maryam Farhat atau yang diakrab dipanggil Ummu Nidhal Farhat dan lebih dikenal dengan julukan “Khansa Palestina” ini akhirnya dijemput Allah Taala .

Kisah wanita kelahiran 24 Desember 1949 cukup layak menjadi contoh teladan . Beliau datang dari keluarga sederhana dari Gaza. Wanita terkenal berprestasi tinggi dalam pelajaran ini berkahwin di awal usia remaja dengan Fathi Farhat (Abu Nidhal). Saat ujian umum SMU Az-Zahra, beliau telah melahirkan anak pertamanya.

Khansa Palestina ini adalah seorang janda bagi enam anak lelaki dan empat anak perempuan. Semua anaknya bergabung dalam barisan mujahidin Brigade Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam. Tiga di antara anak lelakinya itu; Nidhal, Muhammad dan Rawwad gugur syahid.

Nama Ummu Nidhal melekat kuat dalam hati rakyat Palestina. Hal itu bermula ketika awal tahun 2002, Ummu Nidhal pernah muncul dalam rakaman video yang melepaskan kepergian anaknya Asy-Syahid Al-Qassam Muhammad untuk melakukan operasi serangan syahid di daerah Atzimona. Operasi ini telah menewaskan dan mencederakan sejumlah pasukan Zionos. Rakaman ini kemudian menjadi pelepasan rasmi pertama dalam operasi syahid yang didokumentarikan.

Perjalanan Ummu Nidhal Farhat bukan hanya di sini. Di tahun 1992, Ummu Nidhal telah melindungi rumah komando Al-Qassam Emad Aqel yang disebut penjajah Zionis sebagai “Manusia Bernyawa Tujuh”. Sang pejuang ini akhirnya menemui syahid di rumah Ummu Nidhal pada 24 November 1993 setelah terjadinya pentempuran sengit di antara Aqel dan 200 tentera Zionis yang sebelum itu telah memecah masuk rumah persembunyiannya.

Perjalanan pengorbanan berlanjut. Pasukan Zionis membunuh anaknya bernama Nadhal di tahun 2003. Nadhal adalah salah satu diantara pimpinan senior di lapangan brigade Al-Qassam iaitu salah satu dari roket Al-Qassam yang pertama .

Selepas itu, pesawat tempur penjajah di tahun 2005 telah membunuh anaknya seorang lagi iaitu Asy-Syahid Rawwad setelah kenderaan yang ditumpanginya disasar roket pesawat F16 Zionis di Bandar Gaza .

KELUARGA PEJUANG .

Keluarga Farhat dikenal atas perjuangannya melawan penjajah Zionis-Israel. Salah satu menantunya juga syuhada ‘Imad ‘Aqil, seorang pemimpin terkenal Brigade al Qassam yang tewas dalam pertempuran dengan tentera Zionis yang mengepung tempat persembunyiannya di kota Gaza pada 1993.

Selain menantu dan tiga anaknya—Nidal, Rawad dan Muhammad-- yang juga syahid dalam tugas berjuang melawan penjajah Zionis, anak mereka yang lainnya, Wisam ditangkap dan di penjara Zionis selama 11 tahun.
Sedang anak keempat mereka, Mu’min terluka saat melawan tentera Zionis di wilayah Syuja’iyyah dua tahun lalu.

Anaknya Muhammad dikenang masyarakat ketika tahun 2002 kerana telah berjaya menyusup masuk ke benteng daerah Atzmona .

Dia menyerang batolian tersebut dan terlibat dalam pertempuran sengit . Dia menggunakan senapang Kalashkinov miliknya selama satu jam dan menyerang tentera Zionis. Dia cuma menggunakan sembilan peluru dan enam granat tangan untuk menyerang batolian itu hingga menewaskan tujuh tentera Zionis dan mencederakan 22 tentera lainnya. Namun dia terbunuh dalam serangan itu. Darahnya bercampur dengan pasir di atas tanah air tercintanya.

Ketika tahun 2005 kawasan Atzmona telah dimerdekakan bersama seluruh kawasan daerah lain di Jalur Gaza, Palestinian Information Center (PIC) telah mewawancara Ummu Nidal setelah beliau menlihat lokasi syahidnya Muhammad.

Ummu Nidal berkata :: “Saat kaki saya melangkah di atas bekas wilayah daerah Atzmona dan melihat tempat Muhammad gugur, ada perasaan aneh yang menguasai saya. Saya menangis deras, lebih dari ketika dia tewas dulu. Ini adalah hari yang tidak akan saya lupakan. Peristiwa ini setara dengan setengah hidup saya.”

Ibu yang wafat dalam usia 64 tahun ini dalam wawancara itu turut mengatakan, Puteranya telah menyerang benteng daerah Atzmona itu dalam keadaan yang sulit.

Beliau berkata “Orang yang mendengar tentang penyerangan itu tidak akan tahu bagaimana rasanya kesulitan tersebut berbanding dengan orang yang melihat kejadian itu. Kami biasa mendengar tentang operasi syahadah di dalam daerah Yahudi. Namun hanya orang yang melaksanakan operasi itu yang benar-benar mengerti bagaimana menyusup ke benteng daerah Yahudi itu. Ketika saya melihat lubang yang dibuat anak saya pada pagar untuk menyusup ke daerah itu, saya baru sedar penyerangannya di daerah Yahudi itu sebenarnya seperti sebuah operasi yang amat mustahil,”

Umm Nidhal Farhat juga mengatakan, dirinya akan selalu merasa mantan daerah Yahudi Atzmona itu sebagai hal yang besar. Beliau merasakan wilayah itu menjadi sebahagian dari jiwanya kerana darah anaknya telah tumpah di atas daerah itu.

“Ini adalah mimpi yang besar. Sebelum ini saya tidak pernah berfikir hari (merdekanya Gaza) ini akan tiba. Yaitu hari di mana saya masuk ke Atzmona dan melihat langsung pasir yang tercampur dengan darah Muhammad. Saya merasa sedih ketika menyusuri jejak kaki putera saya yang berjuang melawan penjajah. Dan saya menangis ketika hari anak saya gugur syahid.”

Beliau masih ingat kalimat terakhir yang diucapkan Muhammad di telefon. Muhammad mengatakan, “Selamat tinggal, Ibu.” “Waktu itu jam 16.30 dan Muhammad tengah mempersiapkan serangannya ke daerah itu.”

“Saya merasa bangga karena saya juga turut berperananan dalam mengalahkan penjajah di Jalur Gaza dan memaksa mereka ke luar,” tegasnya.

Almarhumah semasa hidupnya juga meyakini, Allah Taala akan membalas pada siapa pun yang mengorbankan hartanya yang paling berharga untuk mempertahankan tanah mereka, membela para wanita, anak-anak dan kaum yang lemah di antara mereka. Dengan wajah yang bahagia, beliau juga mengatakan bahawa darah seorang syuhada tidak akan sia-sia.

“Kami, para wanita Palestin tentu saja memiliki perasaan seperti para ibu lainnya di seluruh dunia. Tapi kami menggunakan perasaan dan emosi ini untuk membuktikan keimanan kami. Kami siap mengorbankan segalanya demi Allah, termasuk nyawa kami dan anak-anak kami,” ujarnya.

Beliau melanjutkan, “Kami tidak berharap mati atau ingin anak-anak kami mati, tapi saat ini kami berada di bawah penjajahan terburuk yang pernah ada. Dan kami tidak memiliki pilihan selain mengorbankan diri kami dan anak-anak jika itu adalah jalan satu-satunya untuk menyingkirkan penjajahan. Kami ingin hidup damai di tanah kami seperti bangsa-bangsa yang lain.”

Rumah Ummu Nidhal Farhat telah mengalami kehancuran sebanyak empat kali. Namun itu tidak pernah menghalangnya dan memajukankan langkahnya dalam perjuangan jihad dan pengorbanan melawan penjajah Zionis. Kini Khansa Palestina itu telah gugur. Rahimahallah.*

Semoga Allah Taala merahmati Ibu Para Syuhada Palestin ini dan menempatkan beliau bersama anak anaknya di dalam Syurga .


Sumber: Facebook - Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus
Copied: 21 June 2013

No comments: