Saturday, 24 December 2005

2005 - KOREA SELATAN

Korea Selatan terletak di Utara Timur Benua Asia bersempadan dengan Sungai Amnok (Yalu River) di bahagian Barat Laut yang memisahkan Korea dan China dan Sungai Duman (Tumen River) bahagian timur laut yg memisahkan Korea dengan China dan Rusia.

Semenanjung Korea adalah kira-kira 1030 km (612 batu) panjang dan 175 km (105 batu) lebar pada titik sempit. Jumlah keluasan tanah Korea adalah 100.033 km persegi, dan ia mempunyai penduduk seramai 49800000 orang (2011).

Saya bersama dengan setaf Institusi Jurutera Malaysia telah berpeluang untuk mengunjungi Korea Selatan pada Disember 2005. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke bumi Korea, kali pertama adalah pada tahun 1990 sewaktu saya berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia bersama dengan kapal KD Lekir ketika itu.

KOREA SELATAN / KOREA UTARA
Orang Malaysia kita ketahui ramai yang taksub dengan drama-drama dari Korea Selatan dan antara yang saya ingat cukup popular suatu ketika dulu ialah “Winter Sonata” dan “Jewel In the Crown” dan banyak lagi yang saya tidak ketahui tajuknya kerana saya bukanlah peminat tegar drama-drama Korea ni…
Tapi itu tidak bermakna saya tak minat filem-filem Korea, ada beberapa buah filem Korea yang yang saya pernah tonton terutama filem-filem bercorak sejarah (filem cinta saya tak minat)… seperti filem “The Last Princess”, “Operation Chromite” , “Tae Guk Gi” , “Wolmido” dan banyak lagi…
Pengalaman 2 kali mengunjungi Korea Selatan iaitu pada tahun 1990 dengan Kapal KD Lekir dan sekali lagi pada tahun 2005 memberi peluang bagi untuk mempelajari lebih dekat akan budaya dan adat orang-orang Korea ni. Disamping berpeluang mengunjungi 2 tempat penggambaran filem iaitu “Winter Sonata” dan “Jewel in the Crown” (kedua drama ini saya tak pernah tonton pun)..
Namun tahukah anda bahawa orang Korea sendiri jarang memanggil Negara mereka sebagai “KOREA” kerana Korea itu sebenarnya berasal dari cara orang Eropah menyebut “GORYEO / KORYO” .
Orang Korea Selatan memanggil Negara mereka “HANGUK / HANKUK” manakala orang Korea Utara memanggil Negara mereka “JOSEON / CHOSON”.
Korea Utara & Selatan ini asalnya adalah satu Negara dibawah pemerintahan Dinasti Goryeo/Koryo (918-1392) dan kemudian Dinasti Joseon / Choson (1392-1910). Pada 1910 Korea dijajah oleh Jepun.
Korea kemudian berpisah menjadi Korea Utara (Democratic People’s Republic of Korea) berideologi Komunis atau ringkasnya DPRK dan Korea Selatan (Republic of Korea) yang berideologi Kapitalis atau ringkasnya ROK.

KUALA LUMPUR TO SEOUL, SOUTH KOREA

Rujukan : 
KD LEKIR DI KOREA SELATAN 1990
Kunjungan kali pertama ke Korea Selatan pada 1990


Kunjungan kali kedua ke Korea, 2005
Sebaik tiba di Inchon International Airport kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah Restoran (tidak ingat nama Restoran itu) untuk makan tengahari. Oleh kerana sukar mendapatkan makanan halal di sini.. kami hanya makan di kedai Vegetarian, makan nasi dan sup sayur-sayuran.


INCHON KOREA

Bandar Incheon adalah bandar yang terkenal sebagai tapak dimana General Douglas MacArthur pernah mendarat semasa Perang Korea. Operasi Tentera Amerika yang dikenali sebaga Operasi Chromite melibatkan pendaratan 75,000 tentera dan 261 kapal Tentera Laut. Anggota Tentera Amerika adalah terdiri daripada unit 5th Marine Division mendarat di Incheon pada 15 September 1950.
Di bandar ini juga Lapangan Terbang Antarabangsa Korea dibina yang terletak di Pulau Yeongjong. 


MacArthur in khaki trousers and open necked shirt with five-star-rank badges on the collar. He is wearing his field marshal's cap and smoking a corncob pipe.
Gen.Douglas MacArthur



Pantai Pohang sekarang

NAMISEOM ISLAND – WINTER SONATA



Bagi yang meminati drama Korea tentu ingat drama “Winter Sonata” yang cukup popular di Malaysia. Namun saya bukanlah peminat drama-drama Korea dan tak pernah tonton pun. Namun saya pernah dengar nama tajuk drama itu sahaja. Walaupun saya tak pernah menonton”drama “Winter Sonata”, namun saya berpeluang menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran drama tersebut yang terletak di Pulau Namiseom.
Pulau Namiseom adalah sebuah pulau yang tertubuh akibat dari pembinaan Empangan Cheongpyeong berbentuk bulan setengah. Di sini terletaknya kubur General Nami, pemimpin tentera Korea yang berjaya menewaskan pemberontakan terhadap Raja Sejo, Raja ke 7 dari Dinasti Joseon yang memerintah dari tahun 1455 hingga 1468. Pulau Namiseom terletak 63 km dari bandar Seoul ke arah Chuncheon.

TOMB OF GENERAL NAMI
NAMISEOM ISLAND












DAEJANGGEUM - JEWEL IN THE PALACE
MBC STUDIO


Drama Miniseries Korea "Jewel in the Palace" ini juga telah pernah ditayangkan di Malaysia. Kami juga berkesempatan untuk melawat tapak penggambaran drama tersebut.
Pada hari ini, lokasi penggambaran utama drama tersebut terletak di Pulau Jeju, di Kampung Rakyat Korea, Naganeupseong, Suwon Hwaseong Haenggung Palace dan Changdeokgung Palace sentiasa penuh sesak dengan pelancong tempatan dan pelancong luar.

 





SEORAKSAN NATIONAL PARK


Seoraksan National Park yang disenaraikan oleh kerajaan Korea Selatan dengan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Terletak di sebelah timur semenanjung Korea, tanah rizab ini  meliputi Injegun, Yanyanggun, dan Sokchosi. Ia adalah salah satu tarikan pelancongan yang paling popular bagi peminat alam semula jadi di Korea. Rizab alam semulajadi ini termasuk kawasan seluas 163,6 kilometer persegi (63,2 batu persegi) dan mengandungi banyak puncak yang tinggi berukuran lebih 1,200 meter di atas paras laut termasuk puncak tertinggi Soraksan, Daecheongbong, yang mempunyai ketinggian 1708 meter (5604 kaki).


SHINHEUNG TEMPLE
Di Seoraksan National Park juga terdapat Kuil Shinheung yang telah dibina pada tahun 652 AD dan dianggap kuil Zen yang tertua di dunia. Sebuah patung Buddha yang besar terletak dalam kuil tersebut.





SKI RESORT
Di Ski Resort inilah kami menginap untuk satu malam. Saya tidak dapat mengingati nama ski Resort tempat kami menginap ini sebab ada banyak Ski Resort di Seoul. Gambar ini saya ambil dari bilik saya kerana pemandangannya yang sangat cantik. 



Pengalaman musim Salji memang agak asing bagi kita orang Malaysia... cuma yang pernah merasainya akan tahu bagaimana susahnya hidup dalam negara yang ada bermacam-macam musim. Untungnya kita di Malaysia kita cuma ada satu musim sahaja... tapi di Korea ada 4 musim... tiap-tiap musim kena sediakan pakaian khas untuk musim tersebut....
Setelah merasai musim salji.. saya rasa serik dan kalau boleh tak mau lagi pergi ke Negara luar ketika musim salji. Saya tak boleh tahan sejuknya sehingga terasa pedih jari-jemari walaupun menggunakan glove. Hidung juga terasa pedih dan mata sentiasa berair...  jari kaki terasa dah macam nak putus walaupun menggunakan stokin tebal...  cukuplah pengalaman itu bagi saya... 


KOREAN WAR MUSEUM


Muzium Memorial Peperangan Korea dibina sebagai memperingati anggota-anggota tentera Korea dan juga mangsa-mangsa peperangan Korea yang terkorban. Memorial Perang ini siap dibina pada bulan Disember, 1993 dan dibuka secara rasmi pada JUN 10, 1994 yang menjadi mercu tanda Muzium Memorial Peperangan terbesar di dunia.
Muzium ini mempamirkan 13,000 item dibawah tema yang berbeza. Antara yang dipamirkan ada Pesawat-pesawat pejuang, kereta-kereta kebal dan senjata-senjata yang digunakan semasa perang Korea.








DONGDAEMUN MARKET


Dongdaemun Market atau Tongdaemun (singkatan DDM) adalah  daerah komersial terbesar yang terdiri daripada pasaran tradisional dan pusat-pusat membeli-belah di Jongno-gu, Seoul, Korea Selatan. Satu destinasi membeli-belah dan pelancongan yang amat popular di Korea, ia telah ditetapkan sebagai  Zon Pelancongan Khas sejak 2002.
Dongdaemun Market dibuka pada bulan Julai 1905 di Yeji-dong.  Dongdaemun Market terletak berhampiran dengan Dongdaemun mengambil sempena namanya. Pasar ini menjual berbagai jenis barangan seperti sutera dan kain, pakaian, kasut dan barangan kulit, barangan sukan, elektronik, peralatan pejabat dan bermacam-macam lagi. 


EVERLAND RESORT


Everland Resort adalah sebuah taman tema di Yongin, sebuah bandar di wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan. Ia adalah merupakan taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Dengan 6.6 juta pelawat, Everland diletakkan ditangga ke 13 di dunia kerana jumlah kehadiran pelancong yang ramai ke taman hiburan ini pada tahun 2011. Antara  tarikan utamanya Everland adalah zoo dan taman air yang dikenali sebagai Caribbean Bay. Everland dikendalikan oleh Samsung Everland, yang merupakan anak syarikat Kumpulan Samsung.



LOTTE WORLD



Lotte World adalah sebuah kompleks rekreasi utama di Seoul, Korea Selatan. Ia adalah sebuah taman tema tertutup yang terbesar di dunia mengikut Guinness Book of World Record. Antara yang terdapat di sini ialah Taman Hiburan Luaran yang di panggil “Magic Island”, sebuah pulau buatan manusia yang dihubungkan dengan monorel, pusat membeli belah, hotel mewah, kemudahan sukan dan berbagai-bagai lagi.
Ia dibuka pada 12 Julai 1989, menerima lebih dari 8 juta pengunjung setiap tahun dan diiktiraf sebagai Taman Tema bertaraf dunia di Asia.

2002 FIFA WORLD CUP STADIUM AND MUSEUM


SEOUL WORLD CUP STADIUM
Pada tahun 1996, Jepun dan Korea telah dipilih oleh FIFA untuk menjadi tuan rumah sukan Bolasepak Piala Dunia 2002. Kerajaan  Korea telah meluluskan peruntukan untuk membina sebuah stadium bolasepak yang boleh menampung acara terbesar Bolasepak Piala Dunia.
Pembinaan stadium ini mengambil masa  3 tahun untuk disiapkan dengan kos perbelanjaan melebihi 200 juta dolar.
Selepas World Cup 2002, berbagai kemudahan telah dibangunkan semual didalam stadium ini  seperti sebuah muzium, pusat membeli belah, Pusat Sukan dan lain-lain kemudah yang lebih komersial.
Pengunjung boleh mengambil kesempatan untuk melawat ke Seoul World Cup Stadium dan juga Muzium FIFA 2002 yang terletak berhampiran dengan stadium. Didalam muzium kita boleh menyaksikan berbagai pameran mengenai Piala Dunia yang turut dipamerkan. 







Bersama Tourist Guide kami, seorang bekas Tentera Korea Selatan yang pernah terlibat dalam Perang Korea. Tengok pada empunya diri rasa tak percaya yang beliau berusia 70 tahun

JEONJU HANOK VILLAGE
Di Jeonju Hanok Village ini kita dapat menyelami keindahan tradisional dan kejiranan bersejarah yang mempamerkan rumah tradisi Korea. Teringat suasa perkampungan di Malaysia di era 60 an dan 70 dulu. 




GYEONGBOKGUNG PALACE
Gyeongbokgung Palace adalah merupkan istana pertama dan terbesar yang dibina di zaman Dinasti Joseon pada sekitar 1395. Terletak ditengah-tengah ibukota Seoul, ia adalah istana utama Dinasti Joseon. 




JAMBATAN MALAYSIA DI KOREA SELATAN?
Sesiapa yang pernah pergi Korea tahukah anda di sebuah daerah di Paju Korea Selatan terdapat sebuah jambatan bernama 'Maleishiagyo' (Malaysian Bridge)...
Mungkin ramai yang tidak tahu malah ada yang pernah menjejakkan kaki ke Korea Selatan pun tidak tahu wujudnya jambatan ini yang merupakan sumbangan dari Kerajaan Malaysia kepada Korea Selatan, jambatan ini dibina pada tahun 1966. Korea yang ketika itu masih terkesan dari Perang Korea dan berada di tahap kemiskinan.. namun sekarang Korea Selatan yang pernah miskin suatu ketika dulu kini adalah antara yang terkaya dan termaju di Asia....namun ada beberapa generasi lama Korea tak pernah lupa jasa Malaysia yang pernah bantu ketika mereka berada dalam kemiskinan dulu....
*Malaysia Bridge in Korea*
There was the celebration for the construction of Malaysia Bridge in 1966.
Malaysian government sponsored poor Korea for the construction of this bridge in commemoration of setting up diplomatic relations between two countries. Now this bridge has become the symbol of friendship between Korea and Malaysia. We can hear the name 'Malaysiagyo(Malaysia Bridge)' as an announcement in buses running between Seoul and Paju.
Saksikan youtube dibawah dimana ada ucapan terima kasih dari seorang warga tua Korea kepada Rakyat Malaysia yang pernah bantu mereka suatu ketika dulu...





작별 KOREA
Itulah antara beberapa tempat-tempat menarik yang kami kunjungi sepajang berada di Korea Selatan pada tahun 2005. Ia adalah suatu kenangan yang sukar untuk kami lupakan. Terima kasih kepada Institusi Jurutera Malaysia yang memberi kesempatan kepada kami untuk mengunjungi bumi Korea.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL

Update:
31 July 2023 > 13 Muharram 1445H: 11.52 am

No comments: