Tuesday, 22 July 2025

NOTA - YAHUDI (JEWS)

Susunan: Hj Zulheimy Maamor
20 Julai 2025

  1. 12 Suku Bani Israel: The 12 Tribes of Israel > Reuben, Simeon, Levi,Yehuda, Dan, Naftali, Gad, Asher, Isakhar, Zebulon, Yusuf dan Benjamin. Mereka adalah keturunan dari 12 anak laki-laki Nabi Yaakub (Israel). Kini yang tinggal 2 suku sahaja iaitu Yehuda dan Benjamin. 
  2. Alhambra Decree: dikeluarkan pada 31 Mac 1492 oleh pemerintah Katolik Sepanyol, Isabel I dari Castilla dan Fernando II. Dekri ini memerintahkan pengusiran orang Yahudi dari Sepanyol dan wilayah-wilayahnya. Dekri ini dimansuhkan secara rasmi pada 16 Disember 1968,selepas Majlis Vatican kedua. 
  3. Ashkhenazi: Orang Yahudi dari Eropah Timur dan bahasa rasmi mereka adalah bahasa Yiddish. Yahudi yang menyokong Zionisme adalah kebanyakannya berketurunan Yahudi Ashkhenazi. Mereka bukan keturunan Bani Israel (Nabi Yaakub a.s), mereka bangsa Khazar dari Rusia yang memeluk agama Yahudi. 
  4. Bani IsraelKaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Sham'un, Lawi, Yahuza, Zabulun, Yasakar, Dan, Jad, 'Ashir, Naftali, Yusuf, dan Bunyamin. Kini Suku Bani Israel asalnya ada 12 suku hanya tinggal 2 iaitu Yehuda dan Benyamin, manakalan 10 lagi dianggap sebagai Bani Israel yang hilang. Istilah Bani Israel disebut sebanyak 41 kali pada 16 surah Al Quran.  
  5. Bar Mitzvah: Undang-undang Yahudi menyatakan bahawa kanak-kanak berusia 13 tahun sudah memasuki alam dewasa. Mereka diarahkan untuk membaca Taurat buat kali pertama. 
  6. Bene Ephraim: Yahudi Telugu > datang ke timur Andhra Pradesh sekitar tahun 1981. 
  7. Bene Israel: Kelompok Yahudi yang tiba di Maharshtra, India kira-kira 2,100 tahun lampau. 
  8. Bnei Menashe: Kelompok Yahudi suku Miza dan Kuki di Manipur dan Mizoram, India. Mereka mendakwa mereka keturunan Menasseh, salah satu daripada 10 suku Yahudi yang hilang. 
  9. Bris : berkhatan > kanak-kanak lelaki Yahudi akan dikhatan pada hari kelapan selepas dilahirkan sebagai tanda memperingti kesetiaan Nabi Ibrahim a.s kepada Allah. Kanak-kanak itu akan diberi nama pada hari tersebut. 
  10. Deklarasi Balfour 1917: diadakan pada 2 November 1917, kenyataan rasmi dasar Kerajaan British yang menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. 
  11. Der Judenstaat: bermaksud 'Negara Yahudi' karya Theodor Herzl menyeru ke arah pembentukan negara Yahudi, diterbitkan pada tahun 1896. 
  12. Freemason: sebuah organisasi Yahudi yang didirikan sejak lebih kurang 900 S.M.
  13. Gemara: merupakan Mishnah yang disajikan dalam bahasa Aramaic dan Ibrani (Hebrew). 
  14. Ghoyyim: semua bangsa yang bukan Yahudi disebut sebagai Ghoyyim atau Gentile yang disedarjatkan dengan Keldai. 
  15. Haikal Sulaiman: Solomon Temple > pihak Zionis meyakini Haikal Sulaiman merupakan pusat bagi seluruh kepercayaan dan pemerintahan segala bangsa. Mereka berusaha untuk membina semula Solomon Temple yang telah dihancurkan oleh pasukan Romawi yang menyerang Jerusalem. 
  16. Hanukkah: perayaan ini disambut selama 8 hari. Penganut Judaisme akan menyalakan lilin setiap malam. Pada malam kelapan, mereka akan menambah satu lilin yang digelar 'Shammash'. Perayaan ini sambut bagi memperingati tentera Israel Purba, yang diketuai Judah Maccabae ketika menentang tentera Syria-Greek pada tahun 165 S.M. yang membawa kepaa penubuhan Haikal kedua. 
  17. Haskalah: gerakan intelektual pencerahan Yahudi, dipelopori oleh Moses Mandelssohn. Tujuan utama ialah penyesuaian antara kehidupan Yahudi dengan dunia moden daripada pembebasan politik dan sosial untuk umat Yahudi. 
  18. Hebrew: Didalam bahasa Arab ianya dikenali dengan perkataan 'Ibrani' yang bermaksud 'menyeberang'. Secara ringkas, Hebrew merujuk kepada Bahasa kuno yang pernah dituturkan di Israel dan Yudea (sekitar 1200 hingga 586 S.M)
  19. Hesronot: Manuskrip bahan kesusasteraan Yahudi. 
  20. Israel: gelaran kepada Nabi Allah Ya'aqub a.s. Israel berasal dari kalimah Ibrani (Hebrew) yang bermaksud 'Kamu mengalahkan Tuhan'. 
  21. Judaisme: agama bangsa Yahudi. Judaisme menyatakan agama mereka merupakan agama pertama yang menyembah Tuhan yang satu (monotisme). Bagi mereka bangsa Yahudi merupakan 'bangsa terpilih' seperti yang terkandung dalam perjanjian antara Allah dengan Nabi Ibrahim a.s. 
  22. Kabbalah : falsafah agama yang bersifat rahsia dan dipegang teguh oleh pendeta Yahudi. Ia juga adalah suatu amalan mistik atau kerohanian yang diamalkan oleh masyarakat Yahudi di dalam Judais. 
  23. Ketuvim: Kitab Penulis > disusun daripada ayat-ayat keagamaan dan kata-kata hikmah yang terdiri daripada Psalms, Proverbs, Job (Nabi Ayub a.s), Song of Songs, Ecclesiastes, Ruth, Esther, Lamentations, Daniel (Nabi Danial a.s.) Ezra (Nabi Uzair a.s.) Nehemiah dan Chrocnicles. 
  24. Kosher: atau Kashrut bermaksud 'makanan suci'. Menurut kepercayaan Yahudi, makanan dianggap suci jika persediaannya mengikut cara-cara yang diajar dalam kitab Taurat. Ianya lebih kurang sama dengan konsep 'Halal' dalam Islam.
  25. Labor Zionism: Zionis Sosialis > berasal dari Eropah Timur. Fahaman yang paling terkenal sebelum tahun 1977 dimana pada tahun ini Parti Buruh Israel dikalahkan. 
  26. Liberal Zionism: Fahaman Zionis Liberal > ideologi dominan bermula pada Kongres Zionis pertama pada tahun 1897. Fahaman ini mengasaskan pemikiran prinsip pasaran bebas, demokrasi dan keadilan sejagat. parti Kadima merupakan parti yang menganut fahaman ini. 
  27. Melkisedek: atau Raja Sadek yang bermaksud ' Raja Kebenaran', adalah Raja Salem (Jerusalem). Menurut kitab Kejadian, Raja Sadek ini merupakan Imam Allah yang paling tinggi
  28. Mishnah : Bahagian dari Talmud, merupakan hukum-hukum lisan Yahudi dari Mazhab Farisi yang dibahaskan dalam Tanakh sekitar 70 - 200 SM. 
  29. Mossad: Ha-Mossad le-Modi'in ule'Tafjudun Neyuhadim > Agensi perisik Israel, ditubuhkan pada 13 Disember 1940. 
  30. Nationalist Zionism: Zionis Kebangsaan > diketuai oleh Revisionis Zionis, Jabotinsky. Tujuan penubuhannya adalah supaya Israel digeruni oleh bangsa dari negara Arab. 
  31. Neturie Karta: Sebuah organisasi Yahudi Ortodoks yang anti Zionis
  32. Nevi'im : Kitab Nabi-Nabi > terdiri daripada Joshua (Yusha'), Judges (Hakim-hakim), Samuel (dua buah), Kings (Raja-raja, 2 buah)Isaiah, Ezekiel (Nabi Zulkifli a.s), Jeremiah, Hosea, Joel, Amos, Obadiah, Jonah, Micah, Nahum, Habakkuk, Zephaniah, Haggai, Zechariah (Nabi Zakaria a.s.) dan Malachi. 
  33. Old Testament: atau Kitab Perjanjian Lama ialah kitab suci kaum Yahudi dan Kristian. Ia terkandung dalam Bible bahagian pertama. 
  34. Parti Kadima: ditubuhkan pada 24 Novmeber 2005, diasaskan oleh Ariel Sharon. 'Kadima' adalah bahasa Ibrani bermaksuk 'Kehadapan'. 
  35. Parti Likud: diasaskan oleh Menachem Begin pada tahun 1973, sebuah parti politik berhaluan kanan Israel. 
  36. Passover: perayaan selama 8 hari bagi memperingati pembebasan Israel daripada kepungan Mesir. 
  37. Pentateuch: Kitab syariah > dikenali sebagai Kitab Nabi Musa a.s. yang lima. Juga dinamakan sebagai Taurat (Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy). 
  38. Purim: perayaan ini disambut bagi memperingti kejayaan Yahudi menggagalkan plot pembunuhan oleh penasihat Raja Parsi, Raja Ahasuerus sekitar abad ke 5. 
  39. Rabbi Yehuda Hanasi : Putera Judah > Rabbi Yahudi abad ke-2 Masehi. Menurut Kitab Talmud, beliau merupakan keturunan Nabi Daud a.s. 
  40. Religious Zionism: Zionis Keagamaan > diwujudkan oleh Rabbi Abraham Isaac, ketua Rabbi Pertama Palestine dan anaknya Rabbi Zevi Judah Kook pada 1920an. Fahaman ini berperanan sebagai penghubung antara Yahudi Konservatif (Ortodoks) dan Yahudi Sekular. 
  41. Rosh Hashanah: Sambutan Tahun Baru Yahudi > orang Yahudi akan bercuti dan perayaan dimulai dengan tiupan tanduk biri-biri jantan pada permulaan 10 hari dan berakhir semasa Yom Kippur. 
  42. Sabbath: merupakan penghulu segala hari bagi penganut Judaisme dan berlaku pada hari Sabtu. Mereka tidak akan melakukan sebarang aktiviti pada hari tersebut. 
  43. Sephardi : orang Yahudi yang berasal dari Semenanjung Iberia (kini Portugal dan Sepanyol). 
  44. Shavout: Perayaan yang disambut selamat 2 hari. Penganut Judaisme akan bercuti pada hari tersebut denga pengisian serta perbincangan mengenai permasalahan agama. Perayaan ini turut dirakam bagi memperingati penganugerah Taurat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s di Bukit Tursina (Sinai). 
  45. Simchat Torah: disambut sehari selepas perayaan Sukkot tamat. Ia merupakan satu ritual yang dilakukan setelah menamatkan pengajian Taurat. 
  46. Sukkot: perayaan yang dirayakan selama 8 hari. Mereka akan membina binaan pondok (sukkah) yang menyerupai binaan kaum Yahudi semasa saat dibuang di Padang Pasir Sinai selama 40 tahun. 
  47. Tabut:bermaksud kotak, peti atau keranda. Disebut juga dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 248. Tabut adalah kotak yang terpelihara terkandung didalamnya kitab Taurat. 
  48. Talmud: diturunkan melalui hafalan seperti hadis Nabi, tetapi tidak dinasabkan kepada Nabi Musa a.s. Terdapat 2 edisi Talmud iaitu Talmud Yerushalmi (Jerusalem) dan Talmud Balvi (Babylon). 
  49. Tanakh: Kitab Suci Agama Yahudi. Perkataan 'Tanakh' diambil daripada huruf awal nama tiga kitab suci Yahudi iaitu Taurat, Nevi'im dan Ketuvim
  50. Taurat : wahyu samawi bertulis yang diterima Nabi Musa a.s. daripada Allah s.w.t. 
  51. The Thirteen Tribe: Buku sejarah Yahudi yang ditulis oleh Arthur Koestler. Buku ini dikecam oleh bangsa Yahudi dan dianggap sebagai hoax (bohong). 
  52. Treifah: Penyediaan makanan yang tidak mengikut hukum Yahudi, merujuk kepada binatang yang disembelih dengan cara yang salah. 
  53. Western Wall: Tembok Meratap atau Tembok Barat Yahudi > dianggap suci oleh kaum Yahudi. Ia adalah sisa tinggalan dinding Haikal Sulaiman yang dibangunkan oleh Raja Solomon yang terletak di tengah-tengah di antara Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Sakrah (Dome of the Rock)
  54. Yahudi : dikenali juga dengan Suku Israel dan Bani Israel merujuk kepada anak-anak lelaki Yaa'kub a.s, bapa bangsa Israel, juga cucu kepada Ibrahim a.s. Manakala Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bernama Yahouza (Yehuda). Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s.
  55. Yahudi Baghdadi: Kelompok Yahudi yang tiba di Mumbai, India dari Iraq, Iran, Afghanistan dan negara-negara Arab sekitar 250 tahun lampau. 
  56. Yahudi Cochin: Tiba di India sekitar 562.S.M. tinggal di Cochin, Kerala sebagai pedagang. Apabila Jerusalem dihancurkan oleh tentera Romawi pada 70 Masehi, bilangan pendatang Yahudi bertambah di Cochin, India.
  57. Yahudi Diaspora: merujuk kepada orang Yahudi yang merantau dan meninggalkan tempat asal mereka. 
  58. Yahudi Hasidic: atau Hasidisme adalah satu cabang Yahudi Ortodoks yang mengangkat aspek kerohanian melalui popularisasi dan penghayatan kebatinan Yahudi sebagai aspek asas agama. Diasaskan oleh Rabbi Israel Baal Shem Tov. 
  59. Yahudi Hebrew: berpegang kepada 24 sifr (kitab) yang mereka yakin ianya diwahyukan. 
  60. Yahudi Helenis: kaum Yahudi yang berasimilasi dengan budaya Yunani sehingga ajaran agamanya juga bercampur. 
  61. Yahudi Maccabean: Yahudi Makabi - merupakan kelompok pemberontak Yahudi yang mengambilalih daerah Judah serta berjaya meluaskan wilayah Tanah Israel (Eretz Yisrael) serta mengurangkan pengaruh Helenisme. Pemberontakan berlaku sekitar 167 - 160 SM. 
  62. Yahudi Samiri: mempunyai Taurat yang khusus yang dikenali sebagai 'Taurat Samiri'. Sebahagiannya pula 2 lagi Kitab iaitu Kitab Yusha' (Joshua) dan Kitab Hakim-Hakim. 
  63. Yahudi Taurat: penganut yang berpegang teguh dengan Judaisme (agama Yahudi) berpandukan Taurat dan Perintah Tuhan. Mereka menentang kekejaman yang dilakukan oleh puak Zionis kerana tindakan Zionis bertentangan dengan ajaran Taurat. Yahudi Taurat tidak mengiktiraf puak Zionis.
  64. Yahudi Zealots: Yahudi ekstremis yang melakukan pemberontakan Yahudi pertama pada tahun 66 M. 
  65. Yom Kippur: Hari paling suci dalam kalendar Yahudi dan disebut sebagai 'Hari Penebusan Dosa'. Pada hari penganut Judaisme akan bercuti dan berpuasa sepanjang hari. 
  66. Z Street: ditubuhkan oleh 2 orang Yahudi Zionis iaitu Lori Lowenthal Marcus dan Allyson Rowen Tayler. Ia merupakan kumpulan Yahudi yang menggelarkan diri mereka penyokong kuat kepada penubuhan dan kedaulatan Israel yang dijanjikan. 
  67. Zionisme: berasal daripada perkataan 'Bukit Zion', iaitu tapak paling suci dalam agama Yahudi. Dipercayai Bukit Zion adalah tapak Haikal Sulaiman (Solomon Temple). Ditubuhkan oleh Theodor Herzl pada 1897 di Basel, Switzerland. 
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
Updated: 22 Julai 2025: 12.05 a.m

No comments: