Sunday, 20 July 2025

NOTA - MENGENAI KEFAHAMAN AGAMA / SYAITAN DAN GERAKAN SYAITAN

Disusun oleh: Hj Zulheimy Maamor
19 Julai 2025

  1. Agama Samawi: atau Agama Abrahamik > kelompok agama yang mengikut ajaran dan menyembah Tuhan Ibrahim seperti Islam, Kristian dan Yahudi. 
  2. All Halloween Eve: Pesta seks dan ritual berdarah Satanisme dengan mengorbankan haiwan dan manusia. 
  3. Animism: Animisme (dari bahasa Latin: anima bermaksud 'nafas, roh, kehidupan') ialah kepercayaan bahawa objek, tempat, dan makhluk semuanya mempunyai intipati rohani yang berbeza. Animisme digunakan dalam antropologi agama sebagai istilah untuk sistem kepercayaan ramai orang Asli.
  4. Anno Satanas: tahun pertama didalam kalender Syaitan yang diisytiharkan oleh Anton La Vey pada 1966. 
  5. Ash-Shaytan: Syaitan dalam bahasa Arab bermaksud 'penentang'
  6. Asmodai: dalam Kitab Talmud Yahudi, Asmodai ialah salah satu di antara tujuh putera iblis. Dia adalah putera nafsu dan raja kedua selepas Lucifer. Tugasnya adalah menggoda nafsu manusia ke arah kehendak seksual. 
  7. Asura: Karakter kuasa jahat paling terkenal dalam Hindusime. Sifatnya sama seperti Syaitan. 
  8. Baal Davar : Syaitan atau Ha-Satan yang dirujuk oleh golongan Yahudi Chasidic pada abad ke 18. 
  9. Bahaisme: Agama Bahai > dalam agama ini syaitan tidak wujud. Bahaisme percaya kepada penyatuan pelbagai agama di seluruh dunia
  10. Baphomet: Dewa Romani Kuno > lambang bagi pemuja syaitan, sosok manusia yang berkepala kambing. 
  11. Black Mass: diasaskan oleh Mathurin Picard di Paris. Dalam ajarannya dia menggalakkan para rahib perempuan mengadakan hubungan seks dengan sebuah patung syaitan. 
  12. Black Metal: salah satu kumpulan ajaran syaitan memakai pakaian berwarna hitam dan melakukan upacara ritual mereka pada waktu malam. 
  13. Book of Revelation: kitab terakhir dalam Perjanjian Lama yang menggambarkan ular dan naga sebagai jelmaan syaitan yang mendapatkan julukan penipu atau pendusta yang suka memperdayakan manusia. 
  14. Branch Davidians: adalah sebuah mazhab agama yang diasaskan pada tahun 1955 oleh Benjamin Roden. Mereka menganggap diri mereka sebagai kesinambungan Persatuan Umum Adventist Hari Ketujuh David, yang ditubuhkan oleh Victor Houteff pada tahun 1935.
  15. Candlemass: pengambilan ahli baru Satanisme serta mengorbankan haiwan dan manusia. 
  16. Church of Satan: berpusat di San Francisco Amerika, gereja mereka dicat dengan warna hitam, yang melambangkan kegelapan, kejahatan, kesedihan dan kerosakan. Ditubuhkan oleh Anton Szandar La Vay pada 30 April 1966. 
  17. Corpus Christ : Jamuan yang diadakan untuk menghina Jesus Christ. 
  18. Damballah: Para pengamal Voodoo percaya alam ini dicipta daripada seekor ular besar yang dipanggil Damballah yang mempunyai 7,000 lingkaran yang membentuk bukit-bukit dan lembah. 
  19. Demon: Daemon atau Daimon > berasal dari bahasa Greek bermaksud 'makhluk ghaib dan sakti' yang secara umumnya diterangkan sebagai semangat jahat. 
  20. Demon of the Abyss: atau iblis Choronzon iaitu 'Syaitan Neraka Jahanam' yang mencetuskan ketakukan secara psikologi tetapi juga dianggap sebagai satu fenomena yang berlaku pada dunia nyata. 
  21. Dionysus: tuhan bertanduk yang mempunyai badan separuh manusia dan separuh kambing. 
  22. English Church of Satan: diasaskan oleh John Kilminster pada 1995. Sebuah gereja yang melakukan ritual penyembahan syaitan. 
  23. Gilles de Rais: Unsur pemujaan syaitan dalam lagenda kesatria Peranchis. Beliau adalah pengawal peribadi Joan of Arc. Selepas Joan of Arc dibakar hingga mati, beliau telah mengambil harta kekayaannya dan berpindah ke Britain. Dia mengumpulkan kumpulan satanik dan mengamalkan sihir. Beliau dan pengikutnya telah membunuh lebih 800 kanak-kanak atas nama syaitan. 
  24. Halloween: perayaan hantu dan mempunyai signifikasi kultus. 
  25. Ha-Satan: Syaitan dalam bahasa Hebrew bermaksud 'penuduh' atau 'pendakwa. 
  26. Hasidik: salah satu cabang dari Yahudi Ortodoks yang mempromosikan semangat dan keseronokan melalui mistik-mistik Yahudi sebagai aspek asas keyakinan terhadap agama Yahudi. 
  27. Henotheisme :  pemujaan kepada tuhan tunggal, tertinggi yang tidak menafikan kewujudan atau kemungkinan kewujudan dewa-dewa lain yang boleh disembah.
  28. Huitzilopochtli: Tuhan Perang masyarakat Aztec, salah satu tamadun yang paling 'dahagakan darah'.Seramai 20,000 orang telah dikorbankan kepada Tuhan Perang di kuil Agung Tenochtitlan di Ibu Kota Aztec. 
  29. Jainisme : adalah salah satu agama tertua di dunia, yang berasal dari India sekurang-kurangnya 2,500 tahun yang lalu. Matlamat rohani Jainisme adalah untuk dibebaskan daripada kitaran kelahiran semula yang tidak berkesudahan dan untuk mencapai keadaan serba tahu yang dipanggil moksha.
  30. Judeo-Kristian: kelompok penganut Kristian yang mengamalkan kepercayaan-kepercayaan Yahudi
  31. Kabbalistik: Fahaman yang digunakan bagi menyingkap pengertian-pengertian mistik di dalam Kitab Tanakh Yahudi atau Mistitisme Yahudi. 
  32. Knight Templar: Kumpulan Tentera Kristian yang diasaskan pada tahun 1118 Masehi. Ditubuhkan selepas Perang Salib Pertama dengan matlamat utama melindungi para jemaah Kristian yang melakukan perjalanan ke Tanah Suci di Jerusalem. Pada 1307, ramai anggota Knight Templar ditangkap, diseksa dan dihukum mati atas tuduhan sesat. Akhirnya Paus Clement V membubarkan Knight Templar pada tahun 1312. 
  33. La Voisin: Nama sebenar Catherine Deshayes yang mengetuai upacara penyembahan syaitan di Paris. 
  34. Lammas Day: mengorbankan haiwan dan manusia dalam Satanisme. 
  35. Leviathan: Seekor ular dalam kepercayaan Kristian dimana Syaitan adalah malaikat yang memberontak dan melawan tuah. Ia bercakap melalui Leviathan dan menghasut Eve atau Hawa supaya melanggar perintah Tuhan. Syaitan sentiasa digambarkan sebagai seekor ular. 
  36. Lilith: Ratu Syaitan dalam Mitologi Yahudi atau Ibu Ahriman yang digambarkan mempunyai kepak dan rambut yang panjang mengurai. 
  37. Lucifer: berasal dari perkataan Latin 'lucern ferre' bermaksud 'pembawa cahaya'. secara umum ia merujuk kepada syaitan yang dibuang dari syurga. Kumpulan Freemason dikatakan memuja Lucifer dan menganggapnya sebagai Tuhan
  38. Mara: syaitan dalam ajaran Buddha yang wujud dalam bentuk patung. Ia menjelma sebagai wanita cantik dan menggoda Gautama Buddha. 
  39. Mictantecaulzi: Tuhan neraka orang Mexico yang menyerupai tuhan-tuhan orang Mesir silam seperti Apepi dan Tiawath. 
    Monolatry: adalah kepercayaan tentang kewujudan banyak tuhan, tetapi dengan penyembahan yang konsisten hanya kepada satu dewa.
  40. Monotheism: kepercayaan bahawa satu Tuhan adalah satu-satunya, atau sekurang-kurangnya dewa yang dominan.
  41. Neo Paganisme: dikenali juga dengan Modern Paganism > agama-agama Pagan dan ilmu sihir sering dikaitkan dengan pengaruh syaitan. Kebanyak agama pagan menyembah matahari, batu atau apa-apa kejadian alam yang dipercayai dapat memberi kelansungan kepada hidup manusia. 
  42. Ordo Templi Orientis: diasaskan di Jerman pada 1904, doktrin kult ini adalah satu gabungan mengelirukan antara falsafah oriental dan tantrisme Eropah. 
  43. Osiris: Tuhan dunia bawah tanah pada zaman Mesir Purba yang menentukan roh mana yang boleh pergi ke syurga. Kebanyakan pengikutnya adalah orang perempuan kerana Osiris dipercayai adalah seorang lelaki perkasa. 
  44. Pantheism : Panteisme boleh merujuk kepada beberapa kepercayaan falsafah dan agama, seperti kepercayaan bahawa alam semesta adalah Tuhan atau Panentheisme. Idea terdahulu datang dari ahli teologi Kristian yang, dalam menyerang bentuk panteisme yang terakhir, menggambarkan panteisme sebagai kepercayaan bahawa Tuhan adalah alam semesta material itu sendiri.
  45. Pentagram: Lambang Satanis > bintang bersegi lima di dalam lingkaran.
  46. Polytheism : Politeisme ialah kepercayaan atau penyembahan kepada lebih daripada satu tuhan.
  47. Ritual The Da Muer: melibatkan aktiviti seks dan mengorbankan manusia. 
  48. Roman Mithras: Kult yang berkaitan dengan pemujaan syaitan, iaitu agama silam orang Parsi, Zoroatrianisme yang melibatkan penyembahan tuhan cahaya, Ahura Mazda, Mithras adalah orang gajinya. Sangat terkenal dikalangan askar-askar Rom. 
  49. Sabbath: Menurut Kitab Keluaran, hari Sabat adalah hari perhentian pada hari ketujuh yang diperintahkan oleh Yahweh untuk dipelihara sebagai hari perhentian kudus sebagaimana Tuhan berehat dalam naratif penciptaan Kejadian. Pemeliharaan Shabbat diperintahkan dalam Sepuluh Perintah: "Ingatlah hari Sabat, untuk menguduskannya".
  50. Satanic Bible: ditulis oleh Anton Szandor LaVey, Lucifer dikatakan sebagai salah satu 'Four Crown Princes of Hell' > Satan (Api), Belial (Bumi), Lucifer (Udara) dan Leviathan (Air). 
  51. Satanisme: kepercayaan terhadap syaitan sebagai Tuhan yang mempunyai kuasa keatas manusia dan dunia. 
  52. Se'irim: Dalam Kitab Hebrew, Se'irim digambarkan sebagai makhluk berbulu yang menyerupai kambing dan menari dalam keadaan liar. 
  53. Septuagint  :  bermaksud 70 > istilah Yunani bagi terjemahan kitab-kitab Tanakh atau Alkitab Ibrani. Ianya boleh diterjemahkan oleh 70 orang pendeta Yahudi atas arahan Raja Mesir ketika itu. KOINE pula adalah salah satu dialek dalam bahasa Yunani. 
  54. Shabriri: Syaitan dalam mitologi Hebrew yang boleh menyebabkan buta dan duduk di atas permukaan air yang tidak bertutup pada waktu malam. Sesiapa yang meminum air itu akan menjadi buta. 
  55. Shaman: satu kepercayaan terhadap dunia ghaib. Setiap pengikut Shaman mempercayai diri mereka sebagai utusan atau perantara dunia ghaib dan dunia nyata. 
  56. Shedim: Dalam Kitab Hebrew > terdiri dari 2 golongan iaitu Shedim yang jahat dan Shedim yang baik. Shedim yang baik disembah dalam upacara Kabbalistik manakala Shedim yang jahat seperti Mazikin pula suka merasuk dan membawa kerosakan. 
  57. Shedu: Tujuh dewa jahat dalam mitologi Chaldean atau 'Syaitan Ribut'. Digambarkan dalam bentuk kerbau bersayap digunakan sebagai pelindung dalam istana-istana Raja.  
  58. St Eichatadt Day: Upacara memberi penghormatan kepada manusia dan mendapatkan kekuatan melalui darah manusia. 
  59. St John Eve: Pesta liar yang mengorbankan haiwan dan manusia. 
  60. St Winebald Day: Ritual berdarah yang mengorbankan haiwan dan manusia. 
  61. Summer Solstice: Ritual yang mengorbankan haiwan dan manusia dalam Satanisme. 
  62. Syaitan : Makhluk yang dicipta daripada api dan telah bersumpah akan merosakkan anak Adam sehingga ke akhir zaman.
  63. Tantrisme: ritual ibadah berkaitan spiritual yang terdapat dalam hinduisme dan buddhisme, bertujuan membebaskan diri dari kebodohan dan kelahiran kembali. 
  64. Theistic Satanisme : disebut sebagai Setanisme agama, Setanisme spiritual, atau Setanisme tradisional, adalah istilah umum untuk kelompok-kelompok agama yang menganggap Setan sebagai dewa, makhluk gaib, atau kekuatan yang ada secara objektif yang layak disembah dan didoakan, dimana tiap individu dapat berkomunikasi, bertemu, dan menghamba kepada Setan.
  65. The Order of the Silver Star: ditubuhkan pada tahun 1907 oleh Aleister Crowley, ahli esoterik Barat dan George Cecil Jones. Ahli-ahlinya berdedikasi untuk memajukan umat manusia dengan kesempurnaan individu pada setiap bidang melalui satu siri peringkat permulaan universal. Inisiasinya adalah sinkretik, menyatukan intipati Buddhisme Theravada dengan yoga Vedantik dan sihir upacara.
  66. The Peoples Temple: Organisasi agama baru wujud antara 1954 dan 1978, yang diasaskan oleh Jim Jones. Agama ini menggabungkan unsur-unsur Kristian dengan ideologi komunis dan sosialis, dengan penekanan kepada persamaan kaum. Pada 18 November 1978 di Guyana 909 orang mati dalam satu pembunuhan besar-besaran dan pembunuhan beramai-ramai di penempatan terpencil bernama 'Jonestown'.
  67. The Sigil of Lucifer: sejenis lambang yang digunakan oleh pengikut Syaitan sebagai cap mohor sihir mereka. 
  68. The Temple of Baal: mengiktirafkan kumpulannya sebagai organisasi kebatinan yang dedikasi terhadap dominasi, kekuasaan, pembunuhan dan perhambaan. 
  69. The Warlods of Satan: mempunyai matlamat memesongkan manusia ke lembah kezaliman.+-
  70. Thuggee: Thuggee ialah rangkaian jenayah terancang di British Raj India pada abad ke-19 kumpulan samseng yang melintasi benua kecil India membunuh dan merompak orang. Seorang ahli Thugee dirujuk sebagai Samseng. Samseng itu dikatakan telah membunuh  Mejar-jeneral Sir William Henry Sleeman KCB (8 Ogos 1788 – 10 Februari 1856) ialah seorang askar dan pentadbir British di British India. Dia terkenal dengan kerjanya dari tahun 1830-an dalam menindas kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai Thuggee.mangsa mereka dengan mencekik menggunakan bandana sebagai alat.
  71. Triple Goddess: kepercayaan agama neo-pagan. Ia terdiri daripada anak dara, ibu dan orang tua. Tripple Goddess juga disimbolkan sebagai dua anak bulan dan satu bulan penuh. 
  72. Urban Grandier: seorang paderi jahat dari Perancis tahun 1633. Beliau telah menghasul para rahib perempuan supaya menyembah syaitan. Mereka kemudian menganjurkan pesta liar dalam gereja bagi menghormati tuhan orang Parsi iaitu Asmodeus. 
  73. Unification Church: Fahaman sesat berasal dari Korea. Diasaskan oleh Sun Myung Moon di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1953.
  74. Voodoo: diamalkan oleh penduduk di kepulauan Carribean. Ia adalah gabungan beberapa agama dan kepercayaan penduduk peribumidi Afrika Barat. Ia adalah amalan sihir menggunakan anak patung. 
  75. Walpurgisnacht : perayaan yang disambut oleh para pengikut satanisme kerana ia menandakan pembentukan dan penubuhan Church of Satan pada tahun 1966 . Gereja ini dikenali sebagai Gereja Hitam atau Annos Satanos
  76. Wicca: rujukan kepada satu agama Neo-Pagan, satu bentuk sihir moden. Sering dirujuk sebagai Witchcraft atau The Craft oleh para pengikutnya yang dikenali sebagai wiccan atau wiches. Dipopularkanoleh Gerard Gardner pada tahun 1950 an 
  77. Yazidisme: serpihan ajaran Timur Tengah Indo-Eropah yang telah wujud sebelum kedatangan Islam dan diasaskan oleh Sheikh Adii. Yazidisme adalah penyembah syaitan kerana nama lain bagi Malek Taus ialah 'Syaitan'. Malek Taus ialah Malaikat yang melakukan kesalahan dan bertaubat. 
  78. Yuletide: Sambutan hari kelahiran Matahari sebagai bayi kecil sepada Dewi Agung. 
  79. Zoroastiannisme  : Agama Majusi > salah satu agama paling tua di dunia diasaskan oleh Zarathustra yang dianggap sebagai nabi oleh masyarakat Iran. Mereka menyembah 6 dewa dan Azhura Mazda adalah tuhan yang utama. 
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
Updated: 20 Julai 2025: 11.34 a.m

No comments: