SUMBER: WARISAN JOHOR
Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini.
Setiap pengkaji juga mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.
Antara banyak teori yang diperkatakan, Admin menyusuri teori Melayu ada pertalian dengan Yahudi .
Mengapa yahudi bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura? Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis? Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura? Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi? Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?
Memang banyak persoalan yang bermain di fikiran kita. Namun ntuk artikel kali ni, Admin nak sentuh sambungan dunia mistik persamaan melayu dan yahudi bahagian 2.
Terdapat beberapa kisah yang jarang kita ketahui mengenai kisah dongeng masyarakat Yahudi. Sepertimana kisah dongeng masyarakat Melayu, kisah dongeng Yahudi sering diselang-selikan dengan mistik dan keajaiban. Kisah dongeng Yahudi sering diungkap oleh ilmuwan-ilmuwan Islam zaman silam sebagai kisah-kisah Israiliyyat.
Terdapat beberapa persamaan antara dongeng Melayu dan dogeng Yahudi sepertimana kisah Badang dalam kisah dogeng Melayu dan kisah Samson dalam kisah dongeng Yahudi. Sepertimana kisah Badang, kisah Samson juga menggambarkan seorang lelaki yang gagah perkasa sehingga mampu menumbangkan sebuah bangunan yang kukuh dengan satu tolakan sahaja. Kisah Samson ada diceritakan di dalam kitab suci masyarakat Bani Israel iaitu Torah(Taurat) atau Old Tastement.
Kewujudan kaum gergasi
Masyarakat Yahudi sangat percaya kepada kewujudan kaum gergasi pada zaman silam. Mereka mengelarnya dengan gelaran Nephilim. Masyarakat Yahudi percaya bahawa Nephilim hidup di bumi sebelum Banjir Nabi Nuh dan selepas Banjir Nabi Nuh. Ia bermaksud bahawa ketika sebelum Banjir Nabi Nuh, kaum Nephilim sangat ramai tetapi ketika berlakunya banjir besar tersebut, mereka gagal menyelamatkan diri dan terus dihapuskan daripada muka bumi. Walaubagaimanapun, bukan semua yang dihapuskan. Terdapat tiga kaum sahaja yang masih hidup itupun dalam jumlah yang amat sedikit. Mereka terdiri daripada Kaum Emites, Anakites dan Rephites.
Dipercayai bahawa Goliath(Jalut) yang ditewaskan oleh David (Nabi Daud as) adalah gergasi berketurunan Anakites. Ketinggian Goliath menurut Kitab Taurat adalah 2.75 meter manakala dalam buku ahli sejarahwan keturunan Yahudi yang hidup sezaman Nabi Isa as, Josephus mengatakan bahawa Goliath adalah setinggi 2.00 meter.
Kaum Rephites pula pernah diceritakan dalam Kitab Taurat yang mana Joshua (Nabi Yusha’ as) telah memerangi satu kaum yang rajanya bersaiz gergasi iaitu Og, King of Bashan. Direkodkan bahawa katil Og,King of Bashan melebihi 13 kaki panjang. Og, King of Bashan adalah pewaris terakhir Kaum gergasi Rephites menurut kepercayaan Yahudi.
Orang Melayu mempunyai kisah gergasi yang pelbagai versi, antaranya Sang Kelembai. Dipercayai Gergasi ini mempunyai kuasa sakti, boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Terdapat beberapa pandangan tentang kewujudan Sang Kelembai.
Contohnya di Perak kawasan Perak Tengah yang dikatakan bahawa Sang Kelembai juga berada disana. Menurut cerita orang tua-tua, Pekan Batu Gajah Perak mengambil nama daripada sekumpulan gajah yang disumpah ketika berada di kawasan tepi sungai Perak. Kononnya pada waktu itu Sang Kelembai sedang tidur dan terus menyumpah kawanan gajah itu kerana membuat bising.
Begitu juga dengan Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak yang mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kisahnya juga dikatakan sama. Kewujudan batu berbentuk gajah di situ kerana gajah yang banyak itu telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut telah bertukar menjadi batu.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment