Friday, 27 June 2025

Dunia Mistik Alam Melayu Ada persamaan dengan Dunia mistik Yahudi? (Bahagian Satu)

SUMBER : WARISAN JOHOR

Admin nak sentuh tajuk yang dipandang sepi oleh sebilangan dikalangan kita. Bukan tujuan admin nak menggalakan yang bercanggahan dengan Syariat, apatah lagi ilmu syirik dan tahyul. Admin cuba nak sentuh beberapa perkara bagi membuka mata anda sahaja. insyaAllah.
Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara mungkar, tergolongan dalam golongan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Tajuk ni mungkin agak panjang untuk dikupas, jadi admin akan buat beberapa posting yang di fikirkan perlu. Anggaplah posting kali ni sebagai mukadimah awal sahaja. Sebarang komen dialu-alukan. Jika anda juga ada pengalaman boleh lah dikongsikan.
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Begitu menurut Ibnu Athir seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu menurut beliau ialah Bani Jawi iaitu keturunan Ibrahim a.s. dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.
Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan Himalaya yang mana di dalam bahasa Sanskrit ia bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.
Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus belayar ke timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sungai Mus Punya.
Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu melahirkan tiga keturunan yang besar. Pertama ialah bangsa Arab dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s. dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.
Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Melayu telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari'at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, Kristian dan Islam.
Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun.
Asal usul setengah-setengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari kerajaan Sri Vijaya Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya termasuklah bidang persilatan.
Kedatangan Islam menerusi saudagar - saudagar dari Hadramaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu- ilmu mistik bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik bagi memeluk Islam. Pernah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa dan berakhir dengan kematian Sami tersebut.
Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk - habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik. Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara ghaib dikaitkan dengan Wali Sembilan walaupun sebenarnya mungkin ilmu tersebut berasal dari ajaran Hindu atau Buddha.
Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan budaya Hindu, Buddha, Islam dan budaya Arab, Israel, Rom dan Khurasan.
Bangsa Yahudi adalah bangsa yang bersifat mistik,suka kepada hal-hal ghaib,sihir dan persoalan ketuhanan sebenarnya dan pada asasnya bolehlah dikatakan mereka tergolong dalam kategori bangsa spiritual di mana bangsa Melayu juga tergolong dalam kelompok ini dan ini adalah kes yang penuh misteri dan amat panjang kronologi konspirasinya.
Dari bangsa Yahudilah orang-orang Eropah yang menganut fahaman pagan dan animisme pada Era Kegelapan mempelajari pelbagai pengetahuan mistik yang bagi mereka amat istimewa dan lebih advance berbanding dewa hutan,tuhan petir,dewa matahari dan lain-lain fahaman pagan bangsa Eropah ketika itu.
Pentagram,Magic Number,Sacred Geometry , astrology dan sebagainya adalah berasal dari fahaman sesat Kabbalah Yahudi.Sebenarnya bangsa Yahudi telah melalui pelbagai pengalaman dan sejarah yang panjang dengan bangsa-bangsa yang menakluk mereka seperti Assyria,Babylon,Mesir,Parsi,Rom termasuk Arab (Era Islam).
Keistimewaan mereka untuk terus hidup (survive) dan tidak pupus dalam keganasan penaklukan demi penaklukan adalah disebabkan asas tradisi budaya mereka yang amat kuat dan kuasa intuisi mereka yang istimewa dan ciri ini juga dikesan pada bangsa Melayu yang misteri ini di mana Melayu dapat berjuang kekal di peta dunia walaupun dikuasai oleh pelbagai kuasa imperialis sama ada ketika mereka di kawasan-kawasan Asia Jauh sehingga mereka menetap di Kepulauan Melayu.
Jadi semasa hidup berjuang ditengah-tengah bangsa-bangsa yang menakluk mereka,bangsa Yahudi telah berasimilasi dan menyesuaikan diri.Dalam pada ini mereka telah mengambil aspek-aspek mistik dalam bangsa-bangsa 'Tuan' mereka itu. Inilah sifat bangsa Yahudi. Mereka telah mempelajari pelbagai sihir, pengetahuan rahsia dan ajaran suci yang dipunyai oleh bangsa-bangsa yang berbeza, menggabungkan semua pengetahuan ini, mengubahsuai dan mencantumkan dengan kepercayaan mereka sendiri dan akhirnya disesuaikan dengan ajaran Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang diangkat dari kalangan mereka.
Bersambung.

Copy and paste:
27 Jun 2025: 10.23 p.m

No comments: