Sunday, 27 July 2014

Bagaimana Media Sosial dan ANDA membantu GAZA??

Dikala bukan sahaja umat Islam seluruh dunia membenci perang Zionis laknatullah di bumi Palastine, satu perang yang dimenangi penyokong Gaza, adalah perang di media sosial.
Kita sedia tahu media sosial sering digunakan untuk bersosial, menjalankan perniagaan, menyampaikan berita. Tidak kurang juga menjadi medan bertempur politik negara yang lantang, tempat orang menipu dan tertipu, punca keretakan rumah tangga, dan banyak lagi.
Tetapi, baru-baru ini menyaksikan media sosial menyatukan suara sedunia dalam mempertahankan Gaza.
Di barat, pihak Zionist berkuasa dalam media seperti TV, akhbar dan radio. Sehingga kisah sebenar apa yang terjadi disembunyikan dari umum. Rangkaian berita seperti CNN dan BBC di bawah kuasa Zionist bertahun-tahun selama ini berjaya menyorokkan apa yang mereka tidak mahu satu dunia ketahui.
Kini, perang media sosial menyokong Gaza dimenangi melalui media sosial. Satu dunia kini dapat lihat dan tahu apa yang terjadi sebenarnya pada setiap detik melalui Media Sosial. Gambar-gambar yang menyayat hati pembunuhan kanak-kanak tersebar luas menambahkan lagi kemarahan orang ramai terhadap Zionis. Kejayaan pertama bagi kita.
Perkara ini bukan tidak diketahui oleh Zionis. Malah, mereka akui kekalahan mereka buat masa ini di media sosial. Sehingga baru-baru ini mereka terpaksa mengupah orang mereka untuk menyebarkan kisah mereka pula di Media Sosial. Ada juga cadangan untuk memberi geran kepada pelajar-pelajar Israel supaya turut sama membantu agenda mereka dengan menyebarkan mesej menyokong kelakuan kejam mereka. Antara mereka juga berusaha untuk menutup laman-laman yang menyokong Gaza- ada juga yang telah berjaya.
Tetapi, itulah bezanya. Media sosial tersebar dengan kebenaran. Zionis perlu mengupah orang ramai. Perjuangan kebenaran kita di media sosial tidak memerlukan upah, bayaran, geran atau apa sahaja. Memadai melihat satu dunia ketahui tentang kekejaman Zionis di tanah Gaza. Mudahan memberi tekanan lebih dasyat kepada mereka.
Impaknya adalah, berbagai-bagai gerakan dilakukan di badaraya-bandaraya utama di dunia dengan protes yang disertai oleh berjuta orang di serata dunia. Lihat sahaja di YouTube, bukan sahaja di sertai oleh orang Islam, tetapi semua agama.
Inilah yang dikatakan suara Gaza. Mungkin tidak dapat didengar akibat letupan bom, dentuman machine gun, deruman enjin kereta kebal Zionis, tetapi dapat didengar serata dunia melalui Media Sosial.
Mungkin sejak kebelakangan ini banyak perkara negatif dikaitkan dengan media sosial, tetapi, kini jelas, media sosial memainkan peranan yang amat hebat dalam peperangan bumi palestin. Walaupun tidak berperang di sana, tetapi tetap menyampaikan suara mereka melalui media sosial. Sekurang-kurangnya menjadi satu harapan buat rakyat Palestine untuk suara mereka didengarkan.
Dalam menyambut Syawal dan Hari Raya pada hari esok, jangan lupakan penderitaan yang dilalui oleh mereka jauh di sana. Di sini kita bergembira dengan pakaian serba baru, hidangan yang sungguh lazat, keluarga yang bahagia, mereka di sana mungkin berpakaian berlumuran darah, makanan tiada rasa dan keluarga entah ke mana.
Doakan mereka ketika solat, dan teruskan menyampaikan suara mereka melalui media sosial. Kerana suara Gaza adalah ANDA...
-Irfan Khairi, Kuala Lumpur.
“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada penghalang di antara dia dengan Allah”.
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Sumber: Facebook

No comments: