Saturday, 3 May 2014

2014 : KG BESTARI JAYA, BESTARI JAYA, SELANGOR & KUALA SELANGOR

Tarikh: 3 Mei 2014
Lokasi: Dewan Kg.Bestari Jaya, Bestari Jaya, Selangor

Program Kesedaran Penyakit Jantung peringkat Komuniti berlansung di Kampung Bestari Jaya, Bestari Jaya, Selangor dengan kerjasama Encik Hanis bin Jaafar, Penghulu Mukim Bestari Jaya. Turut membantu dalam program ini adalah jururawat-jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor. 
Seramai 78 orang penduduk kampung telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang bermula jam 9 pagi sehingga 1 tengahari. 



Bestari Jaya atau nama asalnya Batang Berjuntai adalah merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Selangor terletak di daerah Kuala Selangor. 
Pada tahun 2007 Kerajaan Selangor secara rasminya telah menukarkan nama lama dari Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya bagi menjaga nama tempat tersebut supaya tidak disalahertikan dengan tanggapan yang tidak senonoh. 







Sebahagian daripada penduduk Kg Bestari Jaya yang hadir untuk ujian Saringan Kesihatan. 









KUALA SELANGOR
Semasa program kami telah bermalam di Kuala Selangor kerana kesukaran mendapatkan tempat penginapan di Bestari Jaya. 
Kami juga telah mengambil kesempatan apabila berada di Kuala Selangor untuk melawat tempat bersejarah di Bukit Malawati, Kuala Selangor


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor adalah sejauh 66.9 km





Sun Inns Hotel Kuala Selangor
G-32, Jalan Bendahara 1A
Taman Bendahara
45000 Kuala Selangor
Selangor
Tel: 03-3289 5678

Bersolat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.


Zulheimy Maamor

Yayasan Jantung Malaysia

16.5.2014

No comments: