Selepas 35 tahun kapal terbang yang membawa penumpang seramai 92
orang hilang di ruangan angkasa dan tidak dapat dikesan oleh sebarang radar dan
elektronik, ia akhirnya mendarat di Porto Alegre, Brazil dengan keadaan
penumpang yang kurus kering !
Ia
hilang pada 4 September 1945 dan mendarat pada 12 oktober 1980.
Teori menyatakan bahawa pesawat ini telah sesat
di dimesi keempat dan ada kemungkinan telah jauh "tersimpan di Black
Hole" selama 35 tahun. Para penumpang yang pulang seolah-olah tidak mampu
mengingat kembali "moment" mereka ketika hilang dan tidak mempu untuk
bercerita pengalaman mereka selama "disana."
Kapal
terbang muncul selepas 55 tahun hilang
Penerbangan DC-3 dari Rio de Janeiro ke Havana
itu telah hilang, dan hanya muncul 55 tahun selepas itu, mendarat di lapangan
terbang Bogota, Colombia, pada disember 1994. Kapal terbang tersebut membuat
pendaratan tanpa menghubungi pusat kawalan trafik udara dan hampir bertembung
dengan sebuah kapal terbang yang lain.
Pihak keselamatan bergegas ke lokasi, dan telah
menemui sesuatu yang menakjubkan, dimana terdapat 36 rangka manusia didalamnya.
Bagaimana sebuah kapal terbang yang hilang pada tahun 1939 dan muncul pada
tahun 1994, membuat pendaratan selamat, dan hanya rangka manusia didalamnya?
Memetik laporan daripada Herman Guevara yang
merupakan salah seorang daripada 100 orang pakar penerbangan yang menyiasat
fenomena ini:
"Misteri yang sangat hebat, sejak
kehilangan kapal terbang DC-3 pada tahun 1939, mereka mendarat, dan menemui 36
rangka manusia, kopi yang masih panas, dan jenama rokok Old Gold yang sudah
lama tidak wujud. Salah seorang penumpang mempunyai surat khabar bertarikh
16/04/1939, tetapi telah kekuningan serta masih berbau cetakkan.
"Saya berharap agar dapat memberi
penjelasan kepada fenomena ini, tetapi saya juga seperti mereka yang lain,
tidak dapat merungkai perkara sebenar disebalik kejadian ini."
Selain dari mereka yang mendakwa kapal terbang
tersebut telah merentasi masa, separuh dari pakar tersebut juga mempercayai
bahawa fenomena ini mempunyai kaitan dengan makhluk asing (Alien), dimana
secara logiknya pendaratan secara automatic adalah mustahil, dan hanya boleh
dilakukan dengan menggunakan satu alat kawalan jauh yang besar untuk
mendaratkannya.
Pesawat
Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang
Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir
selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk
orang awam dan tentera. Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat
perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui
semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut
adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan
Dennis Copping. Pesawat tersebut
berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut
diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.
Semasa
di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan
kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya
ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik
oleh sesiapa.
Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan
selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan
juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba
untuk menghubungi pengkalan.
Kapal
hilang dari radar
Pada
awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai
Afrika.Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara
kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana
menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang
udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang
masalah. Namun, kru kapal dan 315
penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.
Perkara itu diberitahu oleh patugas
di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak
percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang
masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana
mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan
membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka
semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.
MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MAS
Semalam negara dikejutkan dengan kehilangan Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Namun misteri ini masih belum terjawab kerana setakat ini tiada bangkai pesawat ditemui atau tanda-tanda yang membolehkan pesawat ini ditemui kecuali tumpuhan minyak yg dikesan di perairan Vietnam. Maha besar kekuasaan Allah berdasarkan cerita-cerita di atas sukar mempercayai adanya misteri kehilangan pesawat yang akhirnya berjaya ditemui selepas berpuluh-puluh tahun.
Semuanya berlaku atas takdir ALLAH, hanya DIA
yang mengetahuiNYA. Berdoa saja atas pelbagai kemungkinan yang berlaku.
p/s: Mengharapkan keajaiban atas kejadian ini.
No comments:
Post a Comment