Monday, 28 March 1988

KD SRI NEGRI SEMBILAN 1987-88

KD SRI NEGRI SEMBILAN
12TH SQUADRON PATROL CRAFT
LUMUT BASE JETTY, LUMUT, PERAK
12.10.1987 - 28.3.1988


KD Sri Negri Sembilan ketika dalam pelayaran pulang dari United Kingdom

KD Sri Negri Sembilan adalah kapal ronda dari Skuadron ke 12 yang berpengkalan di Lumut, Perak. Dari Jenis kapal Ronda kelas SRI SABAH, dibina di Vosper Ltd, Portsmouth, England dan ditauliahkan pada 28 September 1964. 
Pegawai Memerintah pertama kapal ini ialah Lt Kdr Mohd Zain bin Mohd Salleh (dilantik Panglima Tentera Laut pada 1 Januari 1977). 

Saya bertugas dikapal ini hanya 5 bulan sahaja, dimana silapnya pihak PPA-LLP di Kementerian Pertahanan telah menugaskan saya yang ketika itu adalah berpangkat Laskar Kanan di Kapal PC ini. Anggota semboyan di Kapal PC TLDM sepatutnya berpangkat Laskar Kelas 1 sahaja. Laskar Kanan hanya ditempatkan di kapal Senior Squadron.  Selepas 5 bulan di kapal ini saya telah bertukar tugas ke SKTLDM Kuala Lumpur. 

Semasa dengan kapal ini saya sempat melawat ke Belawan, Indonesia. Pegawai Memerintah ketika itu ialah Lt Mior Rosdi bin Mior Mohd Jaafar. 





Pulau Bidong
Salah satu kawasan operasi kami ketika itu ialah di Pulau Bidong yang terletak 45 km diluar pantai Terengganu dan Marang di Laut Cina Selatan. 
Pada 8 Ogos1978 pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Sejak itu sehingga 1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Bot yang melarikan diri daripada pemerintahan Komunis dari Vietnam.

Menjelang Januari 1979, terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidung dan menjelang Jun 1979 pulau ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam.[1]

Selain daripada pelarian Vietnam, ia turut menempatkan pelarian Kemboja pada akhir 70-an, yang lari daripada regim Khmer Rouge.

Laluan mereka daripada Vietnam dipenuhi ancaman dan bahaya kerana bot pelarian adalah kecil, sesak, dan sering menjadi sasaran lanun. Mereka menjadi mangsa rompakan, diperkosa, dicacatkan, dan dibunuh. Beribu-ribu pelarin mati di laut sebelum sampai ke pantai Bidong.

Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelum diterima kebanyakannya oleh Amerika SyarikatKanadaAustralia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam.




LAWATAN KE MEDAN, INDONESIA
Pada Bulan November 1987, KD Sri Negri Sembilan bersama KD Serampang terlibat dalam latihan Operational Sea Training Exercise (OSTEX) di perairan Selat Melaka.

Selesai latihan kapal merapat di Pelabuhan Belawan yang terletak di Kota Medan, Sumatera Utara,Indonesia. Jarak Belawan ke Kota Medan adalah lebih kurang 24 km. 

Kota Medan adalah ibu kota daerah Sumatera UtaraIndonesia. Ia adalah bandar terbesar di Sumatera, sekaligus terbesar ke-3 di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Medan bersempadan dengan Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, timur, dan selatan dan dengan Selat Melaka di sebelah utara.
Penduduk asal bandar ini adalah orang Melayu, tetapi kini bandar ini merupakan bandar pelbagai kaum yang menarik. Majoriti penduduk bandar Medan sekarang adalah Suku Mandailing dan suku Jawa, namun terdapat juga kaum India dan Cina. Kaum Cina di Medan cukup besar.
Semasa berada di Medan kami berpeluang melawat ke suatu tempat yang agak terkenal di seluruh dunia iaitu Danau Toba. Danau bererti 'Tasik' yang terbesar di Indonesia. Majoriti penduduk di Danau Toba ialah suku kaum Batak. 
Ketika berada di Danau Toba ini telah berlaku satu insiden yang tidak diingini dimana seorang anak kapal KD Serampang telah dirasuk dan berkelakuan seperti Khinzir di pasar Danau Toba. Dikatakan dia bermulut agak celupar ketika tawar menawar dengan peniaga di situ, disebabkan sakit hati dengan tingkah lakunya peniaga itu dikatakan telah mengenakan ilmu Sihir kepada anak kapal. 
Crew KD Serampang itu akhirnya berjaya dipulihkan semula setelah beberapa pegawai TLDM berunding dengan ketua Suku disana dan dengan dibantu oleh seorang bomoh Batak dan beberapa penduduk tempatan, beliau akhirnya berjaya dipulihkan. 
Itulah satu pengajaran buat kita agar menjaga tingkahlaku dan tuturbahasa kita bila berada di negeri orang. Kita pun tahukan disana memang kuat amalan ilmu hitam sejak dahulu lagi. 
Bagaimanapun kejadian tersebut tidaklah menjejaskan hubungan baik 2 negara iaitu Indonesia dan Malaysia... 





KD SRI NEGRI SEMBILAN DILUCUTKAN TAULIAH
KD Sri Negri dilucutkan tauliah pada tahun 2006 dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dinamakan KM Nyireh. 
Pada 30 Mac 2017 KM Nyireh telah diserahkan kepada Jabatan Taman Laut Malaysia dan kemudian ditenggelamkan di Tapak Pemuliharaan Biodiversiti Taman Laut Pulau Payar, Kedah pada 20 April 2017. 



No comments: