Dari FB The Patriots Studios
Oleh: Ammar Akmal
Semalam dilaporkan badan Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO mengiktiraf Gua Niah sebagai tapak yang penting. Ini bermakna Gua Niah dah duduk sama level penting macam Melaka dan juga tapak Mesir Purba. Tapi tu lah, apa benda yang buat Gua Niah ni penting gila sampai kena iktiraf macam tu?
Gua Niah ni secara tersiratnya antara punca wujudnya Teori Evolusi oleh Charles Darwin. Antara saintis terawal yang teroka gua ini ialah Alfred Wallace, kenalan kepada Darwin. Melalui dapatan beliau di gua ini, data dan kajiannya dikongsikan kenapa Thomas Huxley, saintis dan juga kawan rapat Darwin.
Tapi, penemuan paling penting di Gua Niah ni ialah penemuan Deep Skull. Benda ni penting sebab waktu ni, kita tak jumpa mana mana fosil manusia Homo sapien yang sama tua dengan di Gua Niah. Paling paling pun 20,000 ribu tahun yang lepas. Tapi Deep Skull, dah berusia 40,000 tahun yang lalu. Waktu 40,000 tahun yang lepas, Sundaland masih wujud. Asia Tenggara masih lagi bercantum menjadi satu tanah yang besar.
Tengkorak manusia Deep Skull ni kecil je. Tapi disebabkan ini, saintis berpendapat mereka ni nenek moyang orang Iban. Jadi benda ni dikira groundbreaking sebab orang Austronesia, nenek moyang orang Iban dan Melayu baru tiba di Asia Tenggara sekitar 3000 tahun yang lalu! Dah tu, ni tengkorang rumpun mana? Arkeologis kita masih lagi berdebat pasal status rumpun tengkorak ini.
Deep Skull ni rapuh. Kiranya dia masih merupakan tengkorak tulang berbanding fosil batu macam fosil dinosaur. Tengkorak ni dah rosak sikit jadi yang tinggal cuma bahagian ubun ubun kepala, sebahagian rongga rahang dan juga dua gigi geraham. Di tempat yang sama, mereka juga menemukan cengkerang perhiasan, batu penghancur, alatan tulanng dan sisa makanan. Tulang anak harimau pun dijumpa sekali. Saintis mendapati selepas komuniti Deep Skull, manusia berterusan duduk di gua tu sebab mereka jumpa kubur orang Neolitik yang berusia 5000 ke 2500 tahun yang lalu. Benda benda ni yang buat UNESCO iktiraf Gua Niah sebab dia macam missing puzzle untuk sejarah manusia di Asia Tenggara dulu.
Sehingga sekarang, arkeologis di seluruh dunia termasuk Malaysia masih lagi meneroka sisa sisa penempatan manusia di situ. Setakat ni kita ada bukti penempatan sejak zaman purba lagi. Namun, mengikut firasat saya, saya percaya kita boleh jumpa lagi bukti penempatan baru, terutamanya mereka yang menyokong Man. United dan Chelsea yang dah tahap haprak.
....
Pengkajian Gua Niah ni penting untuk dunia biologi. Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang beli buku BIOLOGIA! Link pembelian: https://s.shopee.com.my/20auUrdD66
Copy and paste:
22.11.2024: 10.21 a.m
No comments:
Post a Comment