Monday 3 June 2024

Sejarah Jalan Imbi : Namanya bersempena seorang Warden Penjara ?

Oleh : Nizam Ali
PERISTIWA N' SEJARAH

Jalan Imbi adalah diantara jalan utama yang popular di Kuala Lumpur, malah namanya sinonim dengan Plaza IMBI yang cukup terkenal dengan perniagaan perkakasan komputer dengan tawaran harga berpatutan. Bagaimanakah jalan ini mendapat namanya tidak berapa jelas, namun dalam sebuah naskah berjudul 'Untukmu Malaysia Sempena 50 Tahun Merdeka 25000 kilometer : Menjejaki Warisan Kita' ada menyebut bahawasanya jalan ini adalah bersempena dengan nama penguasa penjara melayu yang pertama.
Carian dalam keratan akhbar-akhbar kebelakangan gagal menemui pegawai British atau tokoh inggeris yang bernama 'Imbi'. Dengan andaian Penguasa Penjara itu adalah Ketua Jabatan Penjara, didapati Tan Sri Murad Ahmad adalah orang melayu pertama yang menjawat jawatan terebut, jadi 'Penguasa' yang dimaksudkan itu bukan merujuk kepada jawatan Ketua Jabatan Penjara.
Namun apa yang ditemui ialah keratan berita mengenai seorang warden penjara di 'Pudu Gaol' atau lebih dikenali sebagai penjara Pudu pada tahun 1903, beliau bernama Imbi bin Daud. Namun tidak dapat dipastikan adakah warden bernama Imbi bin Daud ini adalah 'Penguasa' yang dimaksudkan dalam naskah tersebut.
Kisah Imbi bin Daud
Terdapat tiga keratan akhbar berkaitan warden Penjara Pudu yang bernama Imbi bin Daud, ianya berkaitan pertuduhan kes bunuh seorang warden penjara bernama Dollah, Imbi bin Daud dan seorang lagi warden, Ramasamy telah ditahan bagi membantu siasatan. Beliau kemudiannya telah dibebaskan dari sebarang pertuduhan setelah mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.
Rujukan : Alleged Murder ( 4 Ogos 1903), The Straits Times. Native Warder Murdered ( 14 Ogos 1903), The Straits Times. The Warder Murder Case ( 14 Ogos 1903), The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. Mohd Bakri Jaffar dan Azmy Morsidi. (2007) Untukmu Malaysia Sempena 50 Tahun Merdeka 25000 kilometer : Menjejaki Warisan Kita. Shah Alam,Selangor : Azmy Morsidi / Mohd Bakri Jaffar.
Harith Faruqi Sidek
Copy and paste:
3 June 2024 >26 Zulkaedah 1445H: 11.05 p.m

No comments: