Sunday 30 June 2024

BERLAMBAK BUKTI DI MALAYSIA DAN SUMATERA LELUHUR MELAYU BERAGAMA HANIF KETIKA KURUN KE 7 MASIHI

Oleh : Prof. Dr. Solehah Yaacob

Bukit Choras ketika 800 AD atau 1200 tahun dahulu adalah sebuah pulau kerana ketinggian nya sekarang lebih kurang 70 meter dari paras laut. Ia terletak di daerah Yan, daerah ini merupakan kawasan paling rendah sekitar 4 meter dari paras laut. Ini bermakna bukit Choras itu sebuah pulau suatu ketika dahulu dengan kata mudah ia terletak di luar tanah besar Kedah.
Justeru penemuan patung Buddha baru-baru ini adalah milik pedagang-pedagang atau bisku-bisku dari China yang menuntut agama Buddha di India. Ketika itu Maharaja China amat menggalakkan rakyatnya belajar agama Buddha di India. Maka Alam melayu merupakan laluan utama dari China ke India, mereka sentiasa berulang alik melalui Kedah. Namun ada juga yang melalui Palembang dan Jambi iaitu Selatan Sumatera apabila mereka berurusan di Pulau Jawa.
Penemuan patung tersebut amat tidak wajar untuk mengaitkan dengan kepercayaan leluhur melayu dan Raja-raja Melayu terutama di Kedah. Ini kerana bukti-bukti kewujudan Islam lebih awal tercatat di atas batu-batu nesan yg boleh mewakili prasasti-prasasti Islami apabila tertulis padanya tarikh-tarikh kewafatan Ahli al Bait yang datang ke tempat-tempat seperti Barus, Perlak, Acheh, Pattani, Terengganu, Kelantan, Champa dan Kedah itu sendiri.
Antaranya ditemui sebuah nesan di Langgar, Kedah yang berinskripsikan nama Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah/Alam dan tarikhnya 291H bersamaan 903M
Tarikh ini 100 tahun lewat dari tarikh patung bukit choras, bukan bermakna islam tiada sebelum itu, kerana ini tarikh meninggal bukan tarikh hidup, maknanya Syeikh ini hidup ketika 800+ AD. Hakikatnya banyak lagi bukti-bukti prasasti nesan ditemui di utara Sumatera seperti Barus terdapat nesan anak kepada Muaz bin Jabal iaitu Syeikh Mahmud Qaddasallahusirruh Al-Yaman Bin Abdurrahman Bin Muadz Bin Jabal bertarikh 672 Masihi bersamaan kurun ke 7 masehi. Sebenarnya kedudukan utara Sumatera dan Kedah adalah bersebelahan ini bukti kukuh anutan agama Hanif atau Islam adalah amalan penduduk setempat apatahlagi anutan agama pemerintah iaitu Raja-raja. Mereka itu orang Islam sentiasa berdekatan dengan para ulama sebagai penasihat utama. Tambahan pula penemuan duit syiling fulus timah yg bertarikh 118 hijrah bersamaan tahun 736 masihi tertulis 'Belanja Kedah Darul Aman' adalah bukti kukuh sudah ada penguasa yg beragama Islam yg memerintah Kedah ketika itu. https://youtu.be/w7wtPynLN8M?si=IIH7PMwYV12hB1cY
Koin Dinar dan Dirham dari Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah yang ditemui di Kawasan Sumatra yang Geografinya bersebelahan dengan Tanah Besar Kedah bukti kukuh Islam menerajui bumi Kedah dinaungi oleh Raja-raja Kedah Pattani Kelantan Terengganu yang bersyariatkan agama Islam. Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 masihi bertulisan jawi yang amat sempurna paleografi nya itu hanyalah berlaku waktu penulisan itu ditulis. Hakikatnya abjad Arab dalam lenggokan lidah Melayu ini sudah lama digunakan kerana penulisan di atas batu bersurat itu sendiri telah melambangkan sistem agama Islam sudah lama tercatat dengan berwasilahkan tulisan jawi, ia sudah lama digunakan ini berkemungkinan sekitar 300 atau 400 tahun ke belakang sistem undang-undang Islam telah diguna pakai sekiranya telahan ini benar maka penulisan Jawi berabjad Arab ini telah muncul sekitar 800 AD-900 AD ini berdasarkan kajian simbol Arab di zaman tabi` tabiein. Ini terbukti apabila gaya penulisan yang sungguh matang terkandung di dalam batu bersurat tersebut menunjukkan masyarakatnya sudah ada sistem anutan bersyariat tinggi.
Bukti-bukti di atas telah mematahkan dakwaan leluhur melayu itu Budha dan Hindu, hakikatnya penganut Buddha dan Hindu/Indus itu hanyalah pengembara, pedagang dan bisku-bisku yang sentiasa melalui kawasan alam melayu ini. Adapun penemuan patung Buddha di bukit Choras itu ternyata bukan bukti kukuh untuk mendakwa agama anutan leluhur Melayu kerana dapatan ini tidak dapat menyanggah bukti duit syiling Fulus Timah Belanja Kedah Darul Aman bertarikh 118 Hijrah bersamaan 736 Masihi. Duit syiling timah ini ditulis dalam abjad Arab dan bunyian Melayu iaitu `Belian` dari perkataan beli, penambahan berimbuhan `an` di belakang bukti masyarakatnya terpelajar dalam membentuk suku kata perkataan. Ini menunjukkan ia dicipta oleh sebuah kerajaan yang berdaulat dan mempunyai penguasa yang rasmi kerana pemerintah sahaja yang dapat mencipta duit dan bukannya orang perseorangan atau swasta! https://www.facebook.com/share/p/JeW9RmaMLiWQUcPF/?mibextid=oFDknk
Selain itu bukti kukuh yang lain iaitu penemuan duit syiling kerajaan Umayyah dan Abbasiyah berlambak telah dijumpai di Sumatera. https://www.facebook.com/share/p/LmiyY6yNYvjNmW8X/?mibextid=oFDknk .
Saya amat yakin banyak lagi bukti-bukti yang bakal terbongkar membuktikan leluhur alam Melayu itu bersyariat Hanifa atau Islam.

Copy and paste:
30 Jun 2024 > 23 Zulhijjah 1445H: 9.30 a.m

No comments: