Posted by: Habidah Hj Nordin
PERISTIWA N' SEJARAH
Ambil tahukah kalian ..
Namun, selepas itu ia diamanahkan pula kepada Qusai Bin Kilab Bin Murrah Bin Kaab, yakni moyang kepada Junjungan Besar Nabi kita, Muhammad Ibn Abdullah Ibn Abdul Mutalib Ibn Hashim Ibn Abdul Manaf Ibn Qusai Ibn Kilab Ibn Murrah Ibn Kaab Ibn Luaiy Ibn Ghalib Ibn Fihir Ibn Malik Ibn Nadhar Ibn Kinanah Ibn Khuzaimah Ibn Mudrikah Ibn Ilyas Ibn Mudhar Ibn Nizar Ibn Ma'ad Ibn Adnan Ibn Addi Ibn 'Adad Ibn Hamyasa Ibn Salaman Ibn Binta Ibn Sahail Ibn Jamal Ibn Haidar Bin Ismail Alaihisalam.
Qusai memiliki 3 orang putera, iaitu Abd al-Dar ( yakni moyang kepada Bani Syaibah Bin Hashim ), Abd Uzza dan Abdul Manaf.Sebelum kewafatannya, Qusai telah menyerahkan segala hak dan kuasanya, ini termasuk sebagai penjaga Kaabah kepada Abd al-Dar selaku putera sulungnya.
Sejak dari itu, penjaga Kaabah menjadi tugas dan amanah turun-temurun kepada setiap anak lelaki paling tua.Dan, sampailah ia kepada Uthman Bin Talhah.
Apabila berlakunya Peristiwa Fathul Makkah, pada tahun ke-8 hijrah.Uthman, sewaktu itu masih lagi seorang Musyirikin, telah menyembunyikan diri.
Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, kemudiannya memerintahkan Saidina Ali untuk mencari Uthman kerana baginda nabi ingin menunaikan solat di dalam Kaabah.
Ali Radhiallahu 'anh, kemudiannya berjumpa Uthman dan merampas kunci Kaabah darinya.Nabi Sallallahu 'Alauhi Wasallam pun masuk ke dalam Kaabah dan menunaikan solat sunat 2 rakaat.
Selepas itu, turunlah ayat suci Al-Qur'an yang mengandungi teguran Allah kepada Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ..
Mafhum firman Allah, yang berbunyi ;
" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya ) ... "
( Surah An-Nisa, Ayat 58 )
Baginda Nabipun, kemudiannya mengarahkan Saidina Ali untuk menyerahkan kembali kunci Kaabah kepada Uthman dan memohon maaf kepadanya.Saidina Ali juga menerangkan tentang ayat suci yang turun itu kepada Uthman, berkaitan amanah kepada ahlinya yang berhak.
Saat itu, Uthman terkejut kerana baru mengetahui Saidina Ali mengembalikan kunci tersebut disebabkan atas perintah Rasulullah dan teguran Allah.
Seandainya, Uthman tahu bahawa yang meminta kunci itu adalah Rasulullah, tentu dirinya tidak akan menolak untuk menyerahkan kepada Ali.Akhirnya, kunci Kaabah kembali ke tangan Uthman Bin Thalhah.
Uthman kemudiannya, memeluk Islam dan keturunannya sampailah ke hari ini menjadi pemegang kunci Kaabah.
Kini, pemegang kunci Kaabah adalah Dr.Saleh Bin Zain al-Abidin al-Syaibi yang juga merupakan Ketua Jabatan Dakwah Dan Asas Agama Universiti Umm Al-Qura, Arab Saudi.
Sumber : Sejarah Kota Suci Mekah Dan Baitullahil Haram.
No comments:
Post a Comment