Wednesday 9 November 2022

Peta China Awal Abad ke 15 Tentang Asia Tenggara

By : Megat Hisemudin Megat Kasim > Tamadun Melayu Sungai Batu 788SM

Saya Google terjumpa peta ini yang diyakini dilukis di awal abad ke 15 semasa Dinasti Ming 明朝, ia sebenarnya meliputi satu kawasan yang agak luas tetapi saya crop menjadikan Indochina dan Semenanjung Tanah Melayu saja.
Ramai ahli sejarah Asia Tenggara bertelagah tentang dua isu iaitu kedudukan Pan Pan dan Kantoli.
Sebelum dibicarakan tentang Pan Pan dan Kantoli, kita lihat apa yang dilakarkan dalam peta ini.
Dalam bulatan berwarna kuning ialah 真臘 Chenla yang merupakan sebahagian daripada Kemboja sekarang. Di timur dalam bulatan biru ialah 占城 Champa.
Saya tidak pasti siapa yang melabelkan huruf A - I. Mungkin mereka yang upload peta ini agaknya.
A - 馬大邦 ma da bang (ma ta pang)
B - 大泥 da ni (ta ni)
C - 彭亨 Pahang
D - 丙東 bing dong (ping tong)
E - 三佛齐 San for qi (Sriwijaya)
F - 盤盤 Pan Pan
G - 暹羅 Siam
H - 甘波牙 Gan po ya (Kan po ya)
Kita agak berminat untuk mengetahui nama Matapang itu. Adakah ia merujuk kerajaan Beruas atau Gangga Negara yang dahulunya dimusnahkan oleh Raja Suran dari India.
Ini kerana Ia berada di barat Pahang iaitu di negeri Perak. Di selatan Pahang ialah 大泥 Tani. Setahu kita di selatan tanah air terdapat kerajaan Buddha yang kita sebut Kota Gelanggi di Kota Tinggi, Johor
Tidak diketahui apakah 丙東 Pingtong itu nerujuk kerajaan di Terengganu yang mengikut kronologi di hujung abad ke 14 ia berada di bawah kekuasaan Majapahit.
Yang bertanda E ialah 三佛齐 Sanforqi atau Sriwajaya. Ketika abad ke 9 lagi Sriwijaya telah meluaskan jajahan takluknya ke Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke selatan Indochina.
Ketika itu Kedah Tua adalah adalah salah satu daripada tiga ibu kota Sriwijaya. Sebuah di Pulau Jawa, sebuah lagi di Palembang atau Jambi di Sumatera.
Maka dengan itu 三佛齐 Sanforqi ditakrifkan sebagai tiga Buddha yang mewakili tiga ibu kota Sriwijaya.
Di sebelah huruf 三佛齐 Sanforqi terdapat satu nota yang bertulis 即古干陀利 yang bermakna asal Kantoli.
Memang dalam catatan China, Sriwajaya ditulis 室利佛逝 (Seliforshi). Sriwijaya diasaskan di Palembang dari nama Kantoli.
Namun disebabkan nota pada peta ini ditulis bersebelahan dengan huruf Sanforqi yang ditakrifkan sebagai Kedah Tua, maka terdapat segelintir pengkaji tempatan mengatakan nama lama Kedah Tua sebagai Kantoli.
Sebenarnya Kantoli adalah merujuk kepada huruf Sanforqi dan bukannya merujuk kepada Kedah Tua yang menjadi jajahan takluk Seriwijaya.
Ke utara Sanforqi (Sriwijaya yakni Kedah Tua) ialah Pan Pan yang bertanda F. Setengah buku sejarah mengatakan kedudukan Pan Pan ialah di Pahang atau Kelantan sekarang.
Namun pendapat ramai ahli sejarah mengatakan Pan Pan terletak di selatan Thailand sekarang yakni ke utara Ligor.
Tempat yang bertanda G ialah Siam. Ke utara Siam ialah Chenla.
Tidak dipastikan nama-nama tempat bagi label H - 甘波牙 Ganboya dan label I di Indochina.

Copy and paste:
9/11/2022 > 15 Rabiulakhir 1444H: 8.16 pm

No comments: