Thursday 3 November 2022

BELAJAR DARI KEGAGALAN

OLEH : MAZIDAH KAMARUDZAMAN
Majalah SUJUD : Isu 09 / 2014

Sebagaimana Kejayaan begitu juga kegagalan. Ia tidak pernah mengenal siapa. Ia boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa sedikit pun memandang bulu. Ia juga datang dan pergi tanpa mengira waktu. Bila-bila masa dan tanpa sedikit pun dapat diduga. 

Namun, jangan sekali-kali takut akan kegagalah ! Orang yang takutkan kegagalan itu bermakna dia adalah seorang yang tidak manu mengambil risiko. 

Orang yang tidak berani mengambil risiko sebenarnya adalah orang yang kalah. Dalam sebuah peperangan, pihak yang kalah itu akhirnya menjadi hamba kepada yang menang. 

Kegagalan memang tidak diharapkan samasekali. Bahkan, kedatangannya adalah perkara yang paling tidak disukai. Itulah sebabnya pelbagai ikthiar dilakukan semata-mata mahu mengelak daripadanya. Walau bagaimanapun, apabila ia datang juga, kita tidak seharusnya mengelak! Tidak sepatutnya kita menamatkan kegiatan yang sedang dilakukan! Kita tidak seharusnya berundur, apatah lagi berasa kecewa!

JADI?
Jadi, apa sepatutnya dilakukan ialah, terima sahaja kegagalan itu dengan jiwa yang besar, lapang dada, bersikap optimis dan penuh dengan senyuman!

SEBAB?
Kegagalah itu adalah permulaan untuk sebuah kejayaan. Maknanya, anda sekarang sudah semakin dekat dengan apa yang dicita-citakan, iaitu Kejayaan!

Disinilah letaknya makna ungkapan yang berbunyi, KEGAGALAN ADALAH GURU YANG TERBAIK. 

Tetapi, sebuah kegagalan itu tidak akan memberi apa-apa makna jika kita tidak menyingkapnya dengan baik. Bahkan sebaliknya, ia boleh bertukar menjadi virus yang jahat pula!. Virus yang boleh mematikan jika tidak menyingkapnya dengan betul. 

Apa jua yang Allah s.w.t jadikan di dunia ini, pasti ada hikmahnya. Begitu jugan dengan sebuah kegagalan. Ia turut mengandungi seribu satu manfaat di sebaliknya. Bahkan, kita boleh belajar dari kegagalan itu

Bukan sedikit orang yang berjaya di dunia ini bermula dari kegagalan. Thomas Alva Edison misalnya , berjaya mencipta lampu setelah 10,000 kali menerima kegagalan. Dan hasilnya, tengoklah sekarang. Seluruh pelusuk dunia menikmati hasil kejayaannya. 

Oleh itu jangan takut untuk berhadapan dengan kegagalan. Mulalah melangkah kerana pintu kejayaan sentiasa terbuka luas. 

3/11/2022 > 9 Rabiulakhir 1444H: 7.25 pm 

No comments: