Sunday 13 November 2022

KITAB DURRATUN NASIHIN

SUMBER: ISLAM SAYA CARA SALAFUSSOLEH

Kitab Durratun Nasihin adalah salah satu kitab yang menyajikan tentang nasihat-nasihat, peringatan, cerita-cerita menarik, hikayat dan penjelasan hukum. Berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis kata Durratun Nasihin bermakna Mutiara para juru nasihat. Di dalam muqadimah kitab ini disebutkan sekilas riwayat hidup pengarang yaitu seorang ulama yang hidup pada abad ke-18 H, dengan nama lengkapnya adalah Syekh Usman bin Hasan bin Ahmad Syakir al-Khaubawi (1224 M). Beliau menetap disebuah kota besar yang disebut dengan Konstatinopel (Istanbul, Turki). Penulisan dan penyusunan kitab Durratun Nāsihin selesai pada tahun 1804 M/ 1224 H. Utsman bin Hasan bin Ahmad Syakir al Khaubawi meninggal pada tahun 1804 M tidak lama setelah selesai menyusun kitab tersebut. (Usman Al-Khaubawi, Durratun Nāshihīn fi al-wa’zi wa al-Irsyadi, Dar al-fikr, Beirut, 1998, hlm. 3).
Namun, menurut hasil penelitian Dr. Lutfi Fathullah, 30% dari 839 hadis di dalamnya ternyata berkategori palsu. Dr. Lutfi menyatakan pendapatnya itu dalam tesisnya berjudul “Kajian Hadis Kitab Durratun Nashihin” yang ditulisnya untuk meraih gelar doktor falsafah dalam bidang ilmu hadis pada Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Malaysia. Disertasi setebal 787 halaman di bawah bimbingan Prof. Dr. Jawiah Dakir itu telah dipresentasikannya di depan sidang promosi doktor di UKM, 27 Oktober 1999 lalu, dengan penguji Prof. Dr.Muhammad Radhi, Prof. Dr. Abdul Samad Hadi, Prof. Dr. M. Zein, dan Prof. Dr.Muddasir Rosdir. Dan hasilnya, Lutfi meraih gelar doktor dengan yudisium memuaskan.
Menurutnya, setelah merujuk pada kitab-kitab ahli hadis yang diakui muktabar, secara keseluruhan Dr. Lutfi menemukan sebanyak 251 hadis palsu (30%). Sementara yang lemah (dha`if) 180 hadis (21,5%), amat lemah 48 hadis (5,7%), dan belum dapat dipastikan sebanyak 56 hadis (6,7%). “Yang terakhir ini dikategorikan demikian kerana hadis-hadis tersebut tidak dikenali perawinya. Atau bila dikenal, sanadnya tidak diketahui,” jelasnya. Adapun hadis yang shahih sebanyak 204 hadis (24,3%), shahih lighairihi 12 hadis (1,4%), isnadnya shahih 2 hadis (0,2%), hasan 67 hadis (8%), dan hasan lighairihi 19 hadis (2,2%). Dari sejumlah itu, Dr. Lutfi juga mengklasifikasikan boleh atau tidak hadis-hadis tersebut untuk digunakan sebagai dalil dalam berbagai keutamaan amal (fadha’il amal). Dari 839 hadis itu masing-masing boleh digunakan sebanyak 484 hadis (57,7%), tidak boleh digunakan sebanyak 336 hadis (40,2%), dan tidak dapat dipastikan sebanyak 18 hadis (2,1%).
Berdasarkan pengkajiannya itu, Dr. Lutfi menyarankan agar umat Islam khususnya kiai dan ulama lebih berhati-hati dalam menggunakan hadis dan tidak ada asalnya. Kitab ini juga perlu kepada penjelasan-penjelasan. Misalnya ada keterangan takhrij hadis seperti shahih, hadis itu palsu, dha`if, dan sebagainya. Boleh juga dibuat edisi mukhtasar (ringkasan) dengan membuang semua hadis palsu atau yang tidak jelas sumbernya. Ini dilakukan kerana sudah begitu terkenalnya kitab ini di dalam masyarakat, sementara keadaan masyarakat sendiri sangat minim pengetahuannya terhadap ilmu hadis. “Kalau ini kita biarkan, berarti kita melestarikan kepalsuan-kepalsuan. Dan itu sangat berdosa,” tegas Dr. Lutfi.

Copy and paste:
13 November 2022 > 18 Rabiulakhir 1444H: 12.02 pm


No comments: