Sunday 6 November 2022

MUTIARA SALAF: DIAM

SUMBER: MAJALAH SOLUSI 76 (2015)

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka katakan yang baik-baik sahaja atau diam."
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

"Belajarlah untuk diam sebagaimana kamu belajar bercakap. Jadikanlah mendengar lebih kamu sukai daripada bercakap."
(Abu Darda' Jami' Al-Hadith)

"Permulaan Ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal, kemudian amal kemudian sebar dan ajar. "
(Sufiyan al-Tauri, Hiyah al-Awliya)

"Diam sautu kebijaksanaan tetapi sedikit orang yang melakukan."
(Luqman al-Hakim)

"Para tabib sepakat bahawa asas pengubatan ialah menjaga makan, manakala para hukama; sepakat bahawa asas kebijaksanaan ialah diam."
(Wahab bin Munabbih)

"Jika berkata-kata ibarat perak, maka diam ialah emas."
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Diam ialah jawapan terbaik bagi sebahagian soalan. 

"Jika kamu mendapati seseorang yang lama diamnya dan mengelakkan diri daripada orang ramai, maka dekatilah dia kerana dia menuturkan kata-kata hikmah."
(Umar Abd Aziz)

"Sesiapa yang bagus kefahaman namun buruk pendengarannya kebaikannya tetap tidak boleh membawa kegembiraannya. "
(Ibn Abdul Bar)

A Wise old owl lived in an aok. 
The more he saw the less he spoke.
The less he spoke the more he heard;
Why can't we all be like that bird?

Belajarlah untuk diam. Diam boleh jadi suara kita yang paling kuat kerana diamnya kita membuatkan orang akan menumpukan perhatian terhadap apa yang kita akan sampaikan. 

Diam juga boleh jadi kata-kata kita lebih banyak kerana apabila kita diam orang di hadapan kita mengandaikan macam-macam kata-kata yang mungkin kita akan sampaikan. 

Disalin oleh:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
6/11/2022 > 11 Rabiulawal 1444H: 4.29 pm



No comments: