Friday 19 June 2020

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah. Siapakah mereka? 
Ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kamu?

1- Wanita solehah dirinya susah nak dikenali malah ada yang tak dikenali.
2- Wanita solehah susah dicari kerana dia tidak menonjolkan diri.
3- Wanita solehah auratnya dan kehormatan dirinya terpelihara kerana dia tahu diri dia hanyalah untuk suaminya.
4- Wanita solehah jalannya diam, tak berbunyi. Datang dan pergi seperti angin yang bertiup.
5- Wanita solehah akhlaknya mulia, kerana dia sentiasa mendahulukan agamanya.
6- Wanita solehah ibarat permata di celah-celah kaca. Hanya orang-orang tertentu yang dapat memetiknya.
7- Malunya berbalut takwa, sejuknya menenteramkan jiwa, terbingkai pada dirinya seorang solehah
8- Sebelum dirinya berjumpa yang selayaknya, cintanya hanyalah untuk Yang Maha Esa. Itulah wanita solehah.
9- Wanita solehah sentiasa menjaga setiap tutur kata, setiap, perbuatannya kerana dia tahu, wanita itu fitnah dunia.
10- Wanita solehah penemannya Allah, tempat luahannya Allah, buah hatinya Allah, segala-galanya ada Allah dalam dirinya.
11- Wanita solehah tak semestinya yang berniqab / berpurdah. Kerana keimanan seseorang bukan dinilai dari pemakaiannya.
12- Wanita solehah dirinya tidak menjadi rebutan para lelaki biasa. Kerana dirinya hanya untuk lelaki yang luar biasa.
13- Dirinya seperti pokok semalu. Bila dengan ajnabi dirinya akan menguncup malu. Durinya sebagai pertahanan. Itulah wanita solehah.
14- Jalannya tunduk, jalannya tak mendahului lelaki ajnabi, kakinya tak dihentak dengan kuat bila berjalan. Itulah cara wanita solehah berjalan.
15- Wanita solehah tak banyak mengeluh, tak banyak bicara.
16- Wanitakamu digelar penyeri dunia. Jadilah kamu penyeri pada suamimu, bukannya penyeri kepada lelaki selain suamimu.
17- Wanita solehah tak akan mengaku dirinya solehah.
18- Ingatlah wanita kelembutan fizikalmu bukan tandanya itu kelemahanmu. Bukan juga penghinaan dari Tuhan, tapi ia sebagai hiasan kecantikanmu.
19- Wanita hiasan dunia. Dan seindah hiasan itu adalah WANITA SOLEHAH.
20- Isteri yang solehah? Isteri solehah ibarat tongkat bagi si buta. Yang melengkapkan hidup suaminya.


Copy and paste from FB 
19 June 2020 / 27 Syawal 1441H : 1.04 pm

No comments: