Saturday 27 June 2020

Kita ada atau tidak 10 sifat ini?


Jom renung sejenak.
10 tindakan yang akan membawa kegembiraan.
1- Hargai apa yang kamu ada. Ini kerana ramai yang menangisi apa yang tiada dan melupai apa yang ada.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
Jika kamu bersyukur aku tambahkan nikmat bagi mu. (Ibrahim 7)

2- Fokus kepada perkara yang betul betul penting saja. Jangan membiarkan banyak gangguan yang tidak penting masuk ke dalam hidup kita. Ini kerana kita hanya akan berjaya bila kita fokus dan tidak gangguan yang menghilangkan fokus kita.
Sabda Baginda:
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
Daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak penting.(Hadis Hasan)

3- Menentukan tujuan hidup dan usaha kita yang betul-betul kita akan buat demi mengejar apa yang ingin kita mencapainya.
Allahu tidak menjadikan kita sia- sia. Allah jadikan kita ada tujuan.
Allah berfirman:
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا
Tuhan kami, engkau tidak jadikan ini sia-sia.( Ali Imran 191)

4- Berani menyahut cabaran hidup. Ini kerana hidup ini penuh dengan cabaran yang tak boleh dinafikan.
Firman Allah:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ
Kami akan menguji kamu semua dengan sesuatu. (Al-Baqarah 155)

5- Sentiasa bermuhasabah dan mencari nilai diri untuk membenarkan kita mengenali siapakah diri kita sebenar. Ini adalah kecerdikan bagi mereka yang berada di muka bumi.
Sabda Nabi:
الكَيِّس مَنْ دَانَ نَفْسَهُ، وَعَمِلَ لِما بَعْدَ الْموْتِ
Orang cerdik siapa yang Sentiasa menghitung dirinya dan berusaha membuat persediaan untuk selepas mati. (Hadis Hasan)

6- Sayangi tubuh anda dan jagalah dia sebaik mungkin. Jangan biarkan diri anda tidak menjaga pemakanan dan kesihatan anda.
Sabda Nabi:
وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Dan bagi dirimu ada hak yang perlu ditunaikan. Maka berilah hak tersebut.(Bukhari)

7- Hadkan masa anda dari bersama dengan orang-orang yang negatif. Elakkan dari banyak bertemu dengan orang-orang yang negatif.
Sabda Nabi:
المرءُ على دينِ خليلِه فلينظُرْ أحدُكم من يخالِلُ
Seseorang itu akan berada atas agama kawan. Maka hendaklah kamu perhati siapa kawan kamu. (Hadis Hassan)

8- Layanilah orang lain sebagaimana yang anda hendak orang lain layani anda.
Sabda Nabi:
البِرُّ لا يَبْلَى، والإثمُ لا يُنْسَى، والدَّيَّانُ لا ينامُ،
فكن كما شِئْتَ، كما تَدِينُ تُدَانُ
Kebaikan tidak akan luput, dosa tidak akan dilupakan, sang pemberi hutang tidak akan dilalaikan. Jadilah apa yang kau kehendaki. Apa yang kamu buat dalam hidup, itu yang kamu dapat.

9- Tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Ini menyebabkan kita boleh menjadi contoh kepada orang lain dan orang lain boleh mencontohi kita
10- Terimalah apa yang ada dan hiduplah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan datang.
Sabda Nabi:
طُوبَى لِمنْ هُدِيَ للإسلامِ ، وكانَ عيشُه كَفَافًا وقَنَعَ
Berbahagialah siapa yang diberi hidayah dengan yang hidupnya cukup dan tenang.(Hadis Sahih)

Semoga menjadi panduan untuk hidup kita.

MAYBANK 564388553039 MAAHD AL QURAN ASY SYAFIE


Copy and paste : 27 June 2020 / 5 Zulkaedah 1441H: 10.47 am

No comments: