Monday, 2 March 2026

URBAN LEGENDS ABOUT MALAY THAT NON-MALAYS BELIEVE...

It seems there are many urban legends about Malays that non-Malays believe. Among them:

  1. Waqf land. Some think the government gives us free land to build mosques, suraus and so on. In reality, waqf land comes from the contributions of Malays themselves, who dedicate their own land and property for public use in the hope of rewards in the hereafter.
  2. Malays are automatically registered for ASB and get RM1000 credited into it at birth. I don’t know where this urban legend came from, but to our non-Malay friends, please know that we ourselves have to encourage our children to invest in ASB. Even then, some still don’t want to invest—so how could there be automatic investment?
  3. The government sends Malays to perform Hajj and Umrah for free through Tabung Haji. No. We deposit our own money into Tabung Haji and have to wait our turn until we have sufficient savings. We’re not wealthy people with tens of thousands ready at hand; we have to save gradually. Do you know that some people wait decades before they finally get their turn to go for Hajj?
  4. Malays can enter UiTM, SBP, and MRSM regardless of their results. No. We must score excellent exam results before we can be admitted. We compete among ourselves. Do you think it’s easy competing with other Malays? The best SPM and STPM schools are national schools, and many of the top students across Malaysia are Malays. It’s tough competing with these high-achieving students.
  5. MARA gives free money to Malays to start businesses. No. The funds are loans from MARA, and we have to repay them. The same goes for MARA education loans—they must be paid back. Nothing is free. The government only facilitates business and education financing, not free handouts.
  6. Zakat is government money given free to all Muslims. No. Zakat is our own money, which we pay to Islamic religious authorities. Not all Muslims receive it. Islam sets strict conditions for recipients, such as the poor, travelers, new converts, and others who meet specific criteria.
  7. So please stop shouting about this non-stop. I don’t know who created these urban legends. Even the “privileges” people think we are fighting over are not offered to all Malays—we have to compete among ourselves for them.
  8. That’s why we encourage you to mix and build friendships with us, instead of isolating yourselves from society and allowing such big misunderstandings to arise.
C&P:
2/3/2026: 10.37 P.M

ISU PENGHINAAN AL-QURAN

𝙆𝙀𝙉𝙔𝘼𝙏𝘼𝘼𝙉 𝙈𝙀𝘿𝙄𝘼 𝙐𝙎𝙏𝘼𝙕 𝙃𝘼𝙅𝙄 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝘽𝙄𝙉 𝙅𝘼𝙈𝙀𝙎 𝘽𝘼𝙑𝙀𝙉 𝘽𝙄𝙉 𝘼𝘽𝘿𝙐𝙇𝙇𝘼𝙃 𝘼𝙇 𝘼𝙇𝙈𝘼𝙉𝙄𝙔

Firman Allah :

"𝘋𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘤𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘫𝘦𝘬-𝘦𝘫𝘦𝘬 𝘢𝘺𝘢𝘵-𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘒𝘢𝘮𝘪, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘢𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯; 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘭𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘚𝘺𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 (𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢), 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢-𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘶𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮 𝘪𝘵𝘶, 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪" (𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶)
[Al-An'am : 68]
Isu penghinaan terhadap Al-Quran, sehingga kemuncak kepada penghinaan itu dengan memijak Al Quran bukanlah isu kecil dan remeh sehingga menampakkan tatacara tindakan diambil dengan sikap sambil lewa. Ia menyentuh maruah agama Islam sebagai agama Persekutuan serta sensitiviti majoriti rakyat negara ini justeru menyentuh isu 3R yang telah ditegaskan melalui titah Majlis Raja-Raja.
Saya berpandangan tindakan kerajaan melalui pihak berkuasa dalam isu ini dilihat sangat lambat dan tidak cukup tegas. Dalam perkara yang begitu jelas melibatkan penghinaan terhadap kitab suci Al Quran, sepatutnya diberi perhatian lebih pantas dan tindakan lebih keras diambil tanpa perlu tekanan awam.
Kelewatan bertindak hanya akan mengundang kemarahan masyarakat serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang mesti dilaksanakan secara adil, konsisten dan tanpa kompromi — tidak kira siapa yang terlibat.
Saya mendesak agar siasatan disegerakan, tindakan undang-undang diambil dengan tegas, sebagaimana pantasnya tindakan kerajaan melaksanakan pendakwaan dan pertuduhan terhadap kes DJ Radio Era yang secara tidak sengaja menyentuh isu 3R, juga tindakan pantas kerajaan melaksanakan pertuduhan dan pendakwaan terhadap Tamim Dahri serta rakan-rakannya yang mewakili tuan tanah yang tanahnya diceroboh namun diketepikan hukuman oleh mahkamah tinggi perintah reman sebelumnya... Penjelasan rasmi kepada rakyat perlu disegerakan. Kedaulatan undang-undang serta keharmonian negara mesti dipertahankan dengan tindakan, bukan sekadar Kenyataan, di atas prinsip kemuliaan Rukun Negara.
Pesanan Imam Asy-Syafie Rahimahullah yang dirakamkan di dalam kitab Siyar A’lam an-Nubala:
"Barangsiapa yang dibangkitkan kemarahannya (kerana agamanya dihina) namun dia tidak marah, maka dia adalah seekor keldai.
𝘗𝘌𝘙𝘓𝘜 𝘋𝘐𝘐𝘕𝘎𝘈𝘛!!! 𝘐𝘚𝘜 𝘠𝘈𝘕𝘎 𝘋𝘐𝘉𝘈𝘕𝘎𝘒𝘐𝘛𝘒𝘈𝘕 𝘖𝘓𝘌𝘏 𝘙𝘈𝘒𝘠𝘈𝘛 𝘐𝘈𝘓𝘈𝘏 𝘉𝘜𝘒𝘈𝘕 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘑𝘈𝘈𝘕 𝘛𝘐𝘋𝘈𝘒 𝘔𝘌𝘕𝘎𝘈𝘔𝘉𝘐𝘓 𝘛𝘐𝘕𝘋𝘈𝘒𝘈𝘕, 𝘛𝘌𝘛𝘈𝘗𝘐 𝘓𝘈𝘔𝘉𝘈𝘛𝘕𝘠𝘈 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘑𝘈𝘈𝘕 𝘉𝘌𝘙𝘛𝘐𝘕𝘋𝘈𝘒 𝘉𝘌𝘙𝘉𝘈𝘕𝘋𝘐𝘕𝘎 𝘒𝘌𝘚-𝘒𝘌𝘚 3𝘙 𝘠𝘈𝘕𝘎 𝘓𝘈𝘐𝘕 𝘔𝘌𝘓𝘐𝘉𝘈𝘛𝘒𝘈𝘕 𝘗𝘌𝘓𝘈𝘒𝘜 𝘋𝘈𝘙𝘐 𝘒𝘈𝘓𝘈𝘕𝘎𝘈𝘕 𝘖𝘙𝘈𝘕𝘎 𝘐𝘚𝘓𝘈𝘔.
11 Ramadan 1447
01 Mac 2026

OPS GUBIR 2 (20 APRIL - 3 MEI 1976)


Ingati Sejarah Pejuang Dulu
60 komando vs. 400 komunis (komando menang).

𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐆𝐮𝐛𝐢𝐫 𝟐 (𝟐𝟎 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 - 𝟑 𝐌𝐞𝐢 𝟏𝟗𝟕𝟔)
Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap musuh di sebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka.
Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu di situ berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.
Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih di sebuah kem di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Thailand.
Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat. Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu beliau mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut.
Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara.
Formasi yang terlibat adalah seperti berikut :
  1.  Markas 2 Divisyen Infantri - Mej. Jen Dato' Mahmood Sulaiman
  2.  Markas 6 Briged Infantri - Brig. Jen. Dato' Arul Pragasam
  3.  Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) - Lt. Kol Hasbullah Bon
  4.  Markas Jurutera 2 Divisyen - Lt. Kol Mei York Chee
  5.  No. 3 Skuadron Jurutera - Mej. Akhbar Khan
  6.  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Kekuatan Pasukan Penggempur - X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)
  • Ketua Skuadron - Kapt. Sudirman Haji Ahmad
  • Ketua Terup - Lt. Aziz Rashid & Lt. Azizan
  • Anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) - 57 orang
Kekuatan Detasmen Jurutera - Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skuadron Jurutera
  • Ketua - Lt. M Basri (23 April hingga 25 April 1976) diambilalih Lt. M Mior Safian
  • LLP - 18 anggota
Tugasan Utama Jurutera - membantu pasukan komando RGK
  • membina tempat mendarat helikopter
  • membersihkan jerangkap samar
Serangan Udara
Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No.6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No.12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara.
Beberapa jet Tebuan dilengkapi dengan minigun dan roket manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs. Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.

Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran. Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thailand melalui terowong khas yang telah mereka bina.
Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.

Pendaratan Pasukan Penggempur.
Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette.
Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran. Ini adalah satu-satunya cara 'insertion' kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.

Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok. Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan. Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.

Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGK tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh. Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar di kawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.

Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:
  1. Sarjan Ahmad Jantan - cedera parah di kaki
  2. Truper Yaacob Hassan - cedera parah di kaki
  3. Truper Hussin Mahbeb - cedera parah di tangan
Pembersihan Dalam Terowong
Pembersihan di dalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan.
Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera.
Ketika di dalam terowong, team yang diketuai oleh Lt. Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl. Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana di dalam terowong itu agak gelap.

Ketika itu Lt. M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan di sebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar di situ. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat di sebelah kanan. Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan di punggung. Ketika itu juga L/Kpl. Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera di bahagian dada.

Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.

Tragedi Nuri Ditembak Jatuh - 26 April 1976
Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:
  1. Lt. (U) Chung Ming Teck PTU, No.10 Skuadron, Kapten helikopter
  2. Lt. (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No.10 Skuadron, Co-pilot
  3. Sjn. Leong Yee Heng PTU, No.10 Skuadron, AQM
  4. Kapt. (U) Choo Yeok Boo PGB, No.7 Skuadron (Kapten)
  5. Kapt. (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No.7 Skuadron (Co-pilot)
  6. Mej. Haris bin Rejab, MMLO Haadyai
  7. Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri
  8. Lt. Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
  9. Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD
  10. L/Kpl. Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK)
  11. L/Kpl. Suandi bin Saim, X Skuadron RGK
Pada 27 April 1976, elemen jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke "extraction point".
Helikopter melakukan beberapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) di mana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.

The Great Escape
1 Mei 1976
Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah. Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan. Mereka diingatkan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya mereka tidak diserang pada malam itu.
Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat. Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.

2 Mei 1976
Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak ke kawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis.
Setiap helikopter menghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut "track" yang sedia ada dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar.
Dalam perjalanan mereka menemui sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin untuk menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.
Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat "rumah batu" (hammock juga digelar Jungle Hotel - Jungtel). Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh.
Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas. Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pengganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh ke arah atas untuk mengelirukan penembak.
Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh menghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.

3 Mei 1976
Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggeledah kawasan itu.
Mereka meneruskan perjalanan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia - Thailand terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok. Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.
Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar ke arah laluan di hadapan.
Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat.
Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang mendapatkan makanan.
Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.

*AL-FATIHAH BUAT PEJUANG TANAH AIR YANG GUGUR......*
sumber: Persatuan Veteran ATM Wilayah Persekutuan

C&P: 
2/3/3036: 7.19 p.m

MYSTERY: THE GOLDEN FLORA (MELAKA)


The story of "The Golden Flora" (sometimes referred to as the Golden Flowers or Bunga Emas), a legendary treasure of the Melaka Sultanate.

While there are many versions, the specific Sunday Times report about disappearing coolies likely dates back to the 1930s or early 1950s, a period when treasure fever in Melaka was at its peak.

The Mystery of the Disappearing Coolies
The "disappearing coolies" is a recurring motif in Melaka treasure lore, particularly surrounding St. Paul’s Hill and A Famosa. According to historical local reports:
  • The Secret Tunnels: In the 1930s, the Malacca Historical Society conducted excavations on St. Paul’s Hill. The Straits Times (and its Sunday edition) ran exposés claiming the dig was secretly a search for Portuguese gold.
  • The Legend: Local legend claims that workers (coolies) entered a tunnel—variously described as leading to St. John’s Hill or out to sea—and never returned.
  • The Guardian: Folklore says these tunnels were guarded by a giant serpent or a jin (spirit) that "consumed" those who entered without the proper ritual or permission from the Sultan’s descendants.
The Secret Tunnels & hidden treasure
  • The most popular legend about an underground tunnel that connects the fort at the St.Paul's Hill (now Bukit Melaka) with another fort at St.John's Hill. It was believed that this secret passage allowed soldiers to strategically move from one fort to the other when Malacca was under siege from the enemy. 
  • The fort at St John Hill was believed to be built by the Dutch sometime between 1760 and 1790. The distance between the two forts is almost exactly one mile as the crow flies. However, in an old Portuguese map of Malacca, the area between the two forts showed that the land was covered with swamps and there was a small stream that flowed across to the sea. It seems unlikely that there existed a subterranean tunnel, given such conditions. Yet, many Malaccans still believe that such a tunnel did exist.
  • In another local legend, it was told that on the ground, in the center of the Old Gateway, is the entrance to a tunnel. People entered the tunnel but never emerged again because, it is said, they were eaten by a giant mythical snake that lives in it.
  • A French Catholic priest and local historian based in Malacca in the 1930s named Fr. Rene Cardon was so convinced of the existence of tunnels at St. Paul’s Hill that he proclaimed, “That there is at least a subterranean passage under St. Paul’s Hill is not a myth, but a proved fact.”
  • In 1930, the Malacca Historical Society was formed and its members soon began to excavate the church ruins on St. Paul’s Hill. However, when The Straits Times got wind of the Historical Society’s activities on the hill, the paper published an exposé claiming that the archeological dig in Malacca was actually a search for buried treasures hidden 300 years ago by the Portuguese.
  • By 1936, the Malacca Historical Society published their Historical Guide of Malacca. In it, there was neither mention of any treasure found, nor tunnels beneath the ruined church on St. Paul’s Hill.
  • It is unsurprising that people still believe there is buried treasure in Malacca. The Malay Peninsula was identified by the famous Greek geographer and astronomer, Claudius Ptolemy, as Chersonesus Aurea, or the Golden Chersonese. It was thought to be the source of the great wealth for the Kingdom of Solomon. There was even a theory that the early Malacca Sultans obtained their great wealth after finding the source of King Solomon’s gold in Malacca but the treasure was hidden away when the Portuguese sacked the town.

What is the "Golden Flora"?
The term "Golden Flora" typically refers to the Bunga Emas (Golden Flowers), which were exquisite tributes made of solid gold and silver sent by Malay states to more powerful empires (like Siam or China). However, in the context of Melaka's lost treasure, it often refers to:
  1. The Sultan’s Private Hoard: When the Portuguese attacked in 1511, Sultan Mahmud Shah was said to have hidden his most precious items—including golden furniture, jewelry, and "flowers" of gold—in secret vaults before fleeing.
  2. The Flor de la Mar (Flower of the Sea): You might be conflating the name with this famous Portuguese ship. It sank off the coast of Sumatra in 1511 while carrying the looted treasure of Melaka. It is considered the "Holy Grail" of shipwrecks, supposedly carrying 60 tons of gold.
Why the Sunday Times Covered It
In the mid-20th century, the Sunday Times frequently featured "mystery" columns. A specific 1930s exposé accused the government of using archaeological "renovations" as a front for a gold hunt. This led to a media frenzy where stories of "vanishing workers" were used to explain why the treasure was never officially recovered.

Reference:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
2/3/2026: 4.54 p.m