Sunday, 20 November 2016

2016 - PROGRAM KESIHATAN DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Program Pemeriksaan Kesihatan di Kuala Lumpur tahun 2016 adalah merupakan yang terbanyak berbanding negeri-negeri lain.

PROGRAM KOMUNITI - SURAU DINIATUL ISLAMIAH DESA TASIK FASA 1, SG. BESI, KUALA LUMPUR
17 JANUARI 2016
Program Komuniti di Desa Tasik di Sungai Besi Kuala Lumpur adalah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Desa Tasik Fasa 1. Seramai 102 orang penduduk berhampiran menjalankan ujian Pemeriksaan Kesihatan. 








PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERINGKAT KOLEJ
INSTITUT SENILUKIS MALAYSIA, TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR
15 JUN 2016


Program Pemeriksaan Kesihatan Peringkat Kolej dijalan di Institut Senilukis Malaysia pada 15 Jun 2016 dalam bulan Ramadhan. 
Seramai 132 orang pelajar dan setaf ISM telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 

Institut Senilukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1967 dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. 




PROGRAM KOMUNITI - KRT PPR DESA PETALING , KUALA LUMPUR
19 JUN 2016

Program Pemeriksaan Kesihatan pada bulan Ramadhan diteruskan juga dengan Program Komuniti di KRT PPR Desa Petaling, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2016.
Seramai 63 penduduk berhampiran menjalani ujian pemeriksaan kesihatan. 


En. Mohd Salehuddin Abd Malek, Pengurus Program, Awareness Team YJM





PROGRAM KOMUNITI - TAMAN MIDAH, CHERAS, KUALA LUMPUR
14 OGOS 2016
Program Komuniti di Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur diadakan pada 14 Ogos 2016 dengan kerjasama KRT Taman Midah. 
Seramai 56 orang telah menjalankan ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari terebut. 






PROGRAM PERINGKAT KOLEJ - GEOMATIKA UNIVERSITY COLLEGE
TAMAN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR
6 SEPTEMBER 2016

Seramai 132 orang pelajar dan setaf telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan di Geomatika University College pada 6 September 2016.






BUBBLE HEART RUN - DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR
23 OKTOBER 2016
Bubble Heart Run Kuala Lumpur adalah kesinambungan dari Bubble Heart Run yang di adakan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 25 September 2016. 








PROGRAM KOMUNITI - KG. AMPANG CAMPURAN, KUALA LUMPUR
20 NOVEMBER 2016
Program terakhir di Kuala Lumpur ialah Program Komuniti di Kg. Ampang Campuran pada 20 November 2016.
Seramai 83 orang penduduk Kg. Ampang Campuran telah menjalani ujian pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 








Sekian program YJM di Kuala Lumpur untuktahun 2016.

Wednesday, 16 November 2016

TAHUKAH KITA?

1. Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang....Wallahu A'lam
bahkan sampai hari kiamat, hal ini sdh dijelaskan dalam al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..
2. Tahukah kita
bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mulai dr lahir sampai mati karena itu, terkadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru tapi seolah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.

3. Tahukah kita
Di saat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi seolah2 mati, Ini terjadi dalam hitungan detiksetelah itu berfungsi normal kembali.

Inilah kenapa dalam islam di sunnahkan membaca *alhamdulillah* setelah bersin,
sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

4. tahukah anda?
Menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita butuh tambahan oksigen

5. Tahukah anda?
_Bahwa memakan kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah karena itu Rasulullah menganjurkan kita untuk memakannya dalam jumlah ganjil agar berubah menjadi karbohidrat.

6. Tahukah anda?
Bahwa tepat setelah dikumandangkannya azan itu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.

7. Tahukah anda?
Dimanakah dosa-dosa kita diletakkan ketika kita shalat?

Nabi Muhammad saw bersabda_:
"sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan shalat, dia membawa sekali kesemua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu ditaruh di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika tiap kali ketika ia ruku' atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa tersebut".

Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam shalatnya, tenanglah... dan tahanlah lebih lama ruku' dan sujudmu agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu.
8. Tahukah anda?
diceritakan ada seorang wanita solehah yg meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kubur, mereka mencium harumnya mawar dr dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan, bahwa istrinya itu semasa hidup selalu membaca surah al-mulk, setiap mau tidur..sesungguhnya surat al-mulk itu menyelamatkan dari siksa kubur.

9. Tahukah anda???
Ketika kita membaca ayat kursi setiap usai shalat maka tidak ada penghalang antara kita dan surga kecuali maut.

10. Tahukah anda?
Bahwa para malaikat mendoakan kita ketika usai shalat, karena itu jangan terburu untuk beranjak dari posisi duduk shalat kita.

Copied from Facebook : Jom Cari Ilmu dan Cinta Masjid
16/2/2016

KEJADIAN KIAMAT

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_
kepada 3 group sahaja. 
tengok sama ada anda 
mempunyai masa untuk 
*ALLAH* atau tidak.

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai bribu2 muka surat x kan xbleh baca 5 mnit pnya masa untuk ini...
- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabaah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya': 
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Moga kita selalu beringat bahwa..ada lagi alam lain yg menunggu kita.

Copied from Facebook : Jom Cari Ilmu dan Cinta Masjid
16.2.2016

RENUNGAN SUFI..

‘Abdul ‘Aziz Al-Makki berkata:-
“Siapa yang menghiasi diri dengan hiasan yang fana, maka hiasan itu akan menjadi bencana baginya, kecuali orang yang mengiasi diri dengan ketaatan, keserasian, dan mujahadah.
Sesungguhnya jiwa itu bersifat fana, harta-harta adalah aib, dan anak-anak adalah fitnah. Karena itu, siapa yang gemar mengumpulkannya, menjaganya, dan menggantungkan hatinya dengan semua itu, ia telah memutuskan semua kebaikan-kebaikan.
Hamba Allah yang selalu taat tidaklah lebih utama daripada orang yang memerangi hawa nafsu, kekurangan harta benda, dan memutuskan bisikan-bisikan hati. Karena perlombaan dalam kebaikan adalah berupaya untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan kejahatan pertama yang harus disingkirkan adalah cinta dunia.”
Yahya ibn Mu‘adz al-Razi berpesan, 
“Hikmah dari langit akan turun ke dalam hati, yang di dalamnya tidak bersarang empat hal: bertekuk lutut kepada dunia, berangan-angan kosong, iri terhadap sesama, dan mencintai orang kaya.”

Fudhail ibn ‘Iyadh mengatakan :-
“Semua kejahatan ditempatkan dalam satu rumah dan kunci pembuka kejahatan adalah cinta dunia. Serta kebaikan ditempatkan dalam satu rumah dan kunci pembuka kebaikan adalah zuhud terhadap dunia.”
Dalam syair disebutkan:
“Kebaikan akan kekal sepanjang zaman 
Dan kejahatan akan tetap tercela sepanjang waktu.”

( Kitab Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali )
Wallahua'lam.

Copied from Facebook (Siti Wan Mahani)
16/2/2016

Fenomena Supermoon


Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadis Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat, Telah Terjadi
Sudah sampai kpd kita satu peringatan, tanda dan bukti yg sangat JELAS bahwa hadis Rasulullah Saw yang telah disabdakannya 1400 tahun yang lalu telah terbukti kebenarannya ddepan mata kita semua (bagi yg berfikir).
Sebahagiannya bergembira terhadap fenomena ini, tapi sebagai orang beriman sudah selayaknya kita lebih mempersiapkan bekal untuk kehidupan kita di akhirat setelah dunia ini berakhir.
Dari Anas رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:-
“Sesungguhnya bahagian dari tanda dekatnya Hari Kiamat adalah bahawa Bulan terlihat dalam satu malam seperti untuk dua malam
(maksudnya: Lebih besar dari biasanya) dan banyak terjadi kematian mendadak, dan masjid dijadikan tempat persinggahan sahaja (untuk berehat).”

(Hadis Riwayat Imam Adhdhiyaa’ Al Maqdisy dalam Al Ahadis Al Mukhtaarah no: 2325, dan menurut Syaikh Abdul Maalik bin Dhuhaisy, sanadnya Hasan, demikian juga di-Hasankan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albaany dalam Shahih Jaami’ush Shaghiir no: 10841 dan Silsilah Hadis Shahih no: 2292)
Juga ada pula riwayat dari Anas bin Malik رضي الله عنه, dia berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
مِنِ اقْتِرَابِ السَّاعَةِ أَنْ يُرَى الْهِلالُ قِبَلا، فَيُقَالُ : لِلَيْلَتَيْنِ، وَأَنْ تُتَّخَذَ الْمَسَاجِدَ طُرُقًا، وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفُجَاءَةِ
“Diantara tanda dekatnya hari Kiamat adalah hilal (bulan sabit) terlihat lebih awal hingga hilal malam pertama dikatakan sebagai hilal malam kedua, masjid-masjid dijadikan sebagai tempat melintas dan banyaknya terjadi kes kematian mendadak.”
(Hadis Riwayat Imam Ath Thabrany رحمه الله no: 1132 dan di-shahihkan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albaany dalam Shahih Al Jaami’ish Shaghir no : 10841)

Awaluddin Ma'rifatullah

Cuba check diri kita anak isteri/suami kita sendiri adakah kita dan keluarga kita sudah tergolong dalam golongan yg ma'rifah atau taqlid saja?
Kita hadir ke majlis2 ilmu, adakah majlis ilmu itu menambah dan mengajarkan kita mengenal Allah? atau sekedar mengisi masa lapang ?
Apa itu Ilmu ma'rifatullah?
Ilmu ma'rifatullah ialah Ilmu Tauhid yang mengajarkan kita Keyakinan mengenal Allah dan mengajarkan kita amalan apakah yg dapat menjadi pembela kita di lubang kubur nanti.

Kerna setelah 7 langkah kita di tinggalkan di bawah sana, kita akan di soal 7 hari 7malam tengtang Ma'rifah. (Tauhid/ketuhanan)
Keutamaan/turutan menuntut ILmu Fardhu Ain yg Allah, Rasul & Ulama' suruh :-
1) Ilmu Tauhid & Usuluddin
2) Ilmu Feqah
3) Ilmu Tasawwuf

Carilah guru yg MAHIR....jangan sia siakan usia yg berbaki begitu saja.

Copied from facebook: 16/2/2016

Saturday, 12 November 2016

2016 - PAHANG : GAMBANG, KUANTAN, TEMERLOH DAN MENTAKAB

Program Yayasan Jantung Malaysia bagi tahun 2016 di Pahang melibatkan hanya 2 program iaitu Program Komuniti di SJK (Cina) Gambang pada 24 Julai 2016 dan Program Komuniti di Taman Saga Indah, Mentakab, Pahang pada 13 November 2016. 

PROGRAM KOMUNITI 
SJK (CINA) GAMBANG, PAHANG
24 JULAI 2016


Selesai Program Komuniti di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu kami meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang untuk program seterusnya. 
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Gambang, Pahang mengambil masa 2 jam 26 min dengan jarak perjalanan sejauh 239 km. 



Program Komuniti di SJK (Cina) Gambang, Pahang ini adalah anjuran bersama dengan Lions Club of Kuantan. Seramai 108 orang penduduk berhampiran telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 

Gambang merupakan sebuah bandar di daerah Kuantan, Pahang. Ia terletak kira-kira 18 km dari bandar Kuantan, Pahang
Gambang juga merupakan lokasi kampus Universiti Malaysia Pahang (dulu  KUKTem). 









Semasa program di Gambang, kami menetap di hotel Gambang Selesa View. Hotel ini terletak di Jalan Bandar Gambang 3, Gambang, Pahang. 

Hotel Gambang Selesa View
B6 & B8, Jalan Bandar Gambang 3
Gambang
26300 Kuantan
Pahang
Tel: 09-549 5330





 
Kalau singgah di Gambang, cuba resepi Chicken Chop di Restoran Hijau, Gambang.. pasti tak mengecewakan. 


Kami mengambil kesempatan 1 hari off di Gambang untuk berkunjung ke bandar Kuantan. 
Kuantan memang tak asing bagi ku kerana saya pernah bertugas di SKTLDM Kuantan sekitar tahun 1992 - 1995. 




Kuantan adalah ibu negeri Pahang. Pusat Pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976. 
Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 seperti berikut:

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM - TEMERLOH PAHANG
27 OKTOBER 2016
Saya dan Mohd Khalaf telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program dengan Ahli Majlis Belia Daerah Temerloh di MacDonald Temerloh pada 27 Oktober 2016. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh mengambil masa 1 jam 44 min dengan perjalanan sejauh 135 km. 



Temerloh adalah sebuah bandar yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. 
Daerah Temerloh telah diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai "Pemungut dan Pengadil" pertama. Jawatan tersebut kemudiannya diubah namanya menjadi "Pegawai Daerah". 
W.L. Conlay adalah Pegawai Daerah Temerloh yang pertama pada 1898. 
(Rujuk Wikipedia)








PROGRAM KOMUNITI - TAMAN SAGA INDAH, MENTAKAB, PAHANG
13 NOVEMBER 2016



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mentakab adalah sejauh 117 km dan mengambil masa 1 jam 37 min perjalanan.

Program Komuniti di Taman Saga Indah, Mentakab, Pahang adalah anjuran bersama Majlis Belia Daerah Temerloh. Seramai 83 penduduk Taman telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 
Program ini telah dirasmikan oleh Dato Norul Azali, EXCO Kesihatan Negeri Pahang. 

Semasa program di Mentakab kami menginap di EV World Hotel Mentakab, Kg Catin, Mentakab, Pahang. 

EV World Hotel Mentakab
68, Jalan Orkid
Kampung Catin
28400 Mentakab
Pahang
Tel: 09-277 8585



Bandar Mentakab di Pahang terletak berhampiran dengan Temerloh dan Lanchang. Mentakab dahulunya dikenali dengan nama Pasir Rawa. 



Bersama Dato Norul Azali, EXCO Kesihatan Negeri Pahang

Temuramah dari TV 9 




Bersama Awareness Team YJM , Khalaf dan Zaki menjamu selera di Mentakab sebelum program.
Program di negeri Pahang bagi tahun 2016 berakhir 12 November 2016.