Thursday, 19 July 2012

2012 : MIDA SENTRAL KL

Lokasi: Pejabat MIDA Kuala Lumpur
Tarikh: 19 Julai 2012

YJM kali ini dijemput oleh Malaysian Investment Development Authority , di Jalan Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk mengadakan Ujian Saringan Kesihatan untuk para pekerjanya. Seramai 151 setaf MIDA telah menjalani ujian Saringan Kesihatan pada hari itu. 












Zulheimy Maamor
Lembah Keramat,KL
19.10.2013 : 6.56 pm

Monday, 16 July 2012

7 RAMD - CONGO , 1962/63

2059 PW2 MAAMOR BIN SUDIN
BATALION KE 7
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
BUKAVU CONGO, 1961-62


Arwah Ayah Ku , Allahyarham 2059 Maamor bin Sudin berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Di Raja dari tahun 1946 sehingga 1967. Sepanjang perkhidmatan Allahyarham, beliau pernah mengalami zaman Darurat (1948 – 1960), Zaman Konfrantasi (1963-1965) dan juga terlibat dengan Misi Pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada 1962-63. Allahyarham adalah antara kumpulan pertama tentera Malaysia dihantar bertugas di bawah PBB.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 18 Disember 1984 setelah mengalami sesak nafas dan sakit dada ketika berusia 57 tahun di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.












Pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu
ketika menyambut Krismas di Malaya
(Foto koleksi Allahyarham Maamor B Sudin)














Tongkat Pegawai Waran Arwah Ayah saya masih saya simpan untuk kenangan

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN BATALION KE 7 REJIMEN ASKAR MELAYU DI RAJA
Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja (7 RAMD) ditubuhkan pada 1 Oktober 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan. 
Pegawai Memerintah pertama 7 RAMD ialah Lt.Col. A. Gordon MC, manakala anak tempatan pertama memerintah 7 RAMD ialah Lt. Kol. Khalid Mohd Yasin
Arwah ayah ku Allahyarham 2059 PW2 Maamor Bin Sudin berkhidmat dengan Batalion 7 RAMD ketika ditugaskan sebagai Pasukan Pengaman PBB di Congo dari 27 Februari 1962 sehingga 8 Januari 1963.









Antara artis-artis Malaya yang dihantar untuk menghiburkan anggota Tentera Malaya yang berkhidmat di Congo....

Seniwati Normadiah, Hashimah Yon berserta SM Salim, Ismail Bontak dan Hamzah Dolmat telah mengadakan lawatan selama sebulan pada 3 April 1961 untuk bertemu anggota (MSF) serta menghiburkan anggota PBB yang lain. Berikut adalah gambar gambar koleksi peribadi Seniwati Hashimah Yon bersama skuad terawal disana bersama Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin.












Perbarisan Hari Kemerdekaan di Albertville Congo... sama dengan tarikh merdeka kita ke...

Congo ialah sebuah negara yang terletak di Afrika memperolehi kemerdekaan dari Brussel pada 30 Jun 1960. Bagaimanapun selepas 4 hari mencapai kemerdekaan, satu Pemberontakan tentera yang dipimpin oleh Yusuf Mobutu telah berlaku. 
Peristiwa hitam tercetus dengan pembunuhan Perdana Menteri Patrice Lumumba yang memberi tamparan hebat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan kematian Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld dalam nahas kapal terbang semasa dia cuba untuk menjadi pengantara.
Memandangkan keadaan yang semakin serius Presiden Congo ketika itu telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar Tentera PBB bagi memulihkan keamanan di Congo. Terup pertama tentera PBB yang tiba ialah dari Negara Tunisia dan di ikuti dengan negara-negara lain kemudiannya termasuk dari Persekutuan Tanah Melayu. 


Penglibatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu bermula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra bermesyuarat di London dengan Perdana Menteri Britain membincangkan penyertaan Tentera Tanah Melayu dalam misi Pengaman PBB di Congo pada Mei 1960. 
Malayan Special Forces (MSF) diutuskan ke Congo menyertai tentera tentera dari Negara Ethopia, Ghana, Guinea, Indonesia, Ireland, Liberia, Mali, Morocco, Sudan, Sweden, Tunisia dan Mesir dalam Misi Organisation des Nations au Congo (ONUC) pada 30 Oktober 1960. 
Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin adalah merupakan komponen MSF pertama di utuskan ke Congo pada 4 Oktober 1960. 4 RAMD disertai juga oleh Skuadron C, 2 Rejimen Peninjau dibawah Maj. Zain Mahmud Hashim. 
Batalion RAMD yang terlibat dalam MSF di Congo adalah 4 RAMD (1.11.60 - 18.7.61), 6 RAMD (13.7.61 - 31.3.62), 7 RAMD (27.2.62-30.12.62), dan 2 RAMD (27.6.62-12.4.63). Manakala Rejimen Peninjau diwakili oleh 1 Rejimen Peninjau dan 2 Rejimen Peninjau. 



Batalion ke 7 RAMD yang disertai oleh Allahyarham ayah saya meninggalkan tanahair untuk berkhidmat di bawah PBB pada 17 Feb 1962 dengan menaiki kapal USS Gen R.M. Blatchford. 
Kapal tiba di Pelabuhan Dar-es-Salam pada 27 Februari 1962 dan mengambilalih tugas batalion 6 RAMD di Bukavu, Congo. Batalion 7 RAMD turut dibantu oleh Skuadron A, 1 Rejimen Peninjau dibawah perintih Maj. Harchand Singh. 


Kapal USNS General R.M Blatchford (AP-153) adalah kapal pengangkut General G.O. Squier Class, Tentera Laut Amerika Syarikat yang pernah terlibat dalam Perang Dunia Kedua. 
Kapal ini diberi nama USS General R.M. Blatchford sebagai penghormatan kepada seorang General US Army iaitu Gen. Richard M. Blatchford semasa Spanish-American Civil war dan juga Perang Dunia Pertama. 

Sepanjang perkhidmatan 7 RAMD di Bukavu Congo dari 7 Feb 1962 hingga 30 Dis 62, batalion telah kehilangan seorang anggota iaitu 13560 Prebat Siohnah Jantan yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Bukavu pada 6 Jun 1962.
















16 August 1962 - Kamembe Airport, Bukavu, Congo
Kapalterbang yang membawa anggota MSF berpindah dari Bukavu ke Albertville





Antara pingat PBB yang masih ada dalam simpanan saya.

Batalion ke 7 RAMD pulang ke tanahair setelah menamatkan tugas dari Dar-es-Salaam dengan menaiki kapal USNS R.M. Blatchford dan tiba di Pelabuhan Pulau Pinang pda 8 Januari 1963. Batalion 7 RAMD digantikan oleh batalion 2 RAMD.

Perkhidmatan Tentera Tanah Melayu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion ke 2 RAMD ke tanah air pada 28 April 1963. Pasukan MSF telah mendapat kepujian daripada Setiausaha Agong PBB ketika itu iaitu U Thant (nama beliau diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur).

3 orang anggota MSF telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani semasa bertugas di PBB iaitu Kapten Maurice C.S.Lam dan Lt Muda N.H. Siebel dari Sekuadron A 2 Rejimen Peninjau dan Lt. Lee Ah Pow juga dari Rejimen Penindau di atas keberanian mereka dalam tragedi di Kindu.




Sumber Rujukan: 
1. Rejimen Askar Melayu Di Raja 1933 - 1968 - Syed Othman Syed Omar
2. Ramli Abdul Rahim : Malaysian Special Forces di Congo
3. Renger Valour Blogspot
4. Malaysian Army