Lokasi: Park City Mall, Bintulu, Sarawak
Tarikh: 18-20 May 2012
Tarikh: 18-20 May 2012
Jarak Kuala Lumpur ke Bintulu, Sarawak
Bintulu Heart Week bermula dari 18 Mei hingga 20 Mei bertempat di Park City Mall, Bintulu Sarawak. Seramai 593 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang 3 hari kami di sini.
PARK CITY MALL BINTULU SARAWAK
Park
City Mall Bintulu dibuka pada tahun 2007 dan terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi
, Bintulu, Sarawak. Merupakan Kompleks membeli belah terbesar di daerah
Bintulu, Sarawak.
HEALTH SCREENING
Anak Saudara ku, Intan Ernany yang mengajar di Sek. Keb. St.Anthony, Bintulu turut mengambil kesempatan untuk membuat ujian Kesihatan.... |
Ujian kesihatan sedang dijalankan. Dalam gambar ini, yang sedang mengambil ujian kesihatan itu adalah anak saudara ku Intan Ernany bt Md Sarkam yang ketika itu sedang mengajar di Sek.Keb. St Anthony di Bintulu.
Sepanjang program dijalankan di Bintulu, kami menginap di Hotel Glory Inn, Bintulu yang terletak tidak jauh dari Park City Mall.
Sepanjang program dijalankan di Bintulu, kami menginap di Hotel Glory Inn, Bintulu yang terletak tidak jauh dari Park City Mall.
BINTULU, SARAWAK
Suria Cafe - disinilah aku selalu bersarapan pagi sebelum memulakan tugas hari itu.
Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di sarawak terletak
di Sarawakyang menghadap Laut
China Selatan di baratnya. Bandaraya Bintulu membangun dengan
pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah diiktiraf sebagai
bandaraya. Ia terletak 650 km dari Bandar
Kuching dan kira-kira 215 km
dari Sibu atauMiri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2.
Ramai penduduk di negara ini tidak tahu Bintulu mempunyai Tugu DUN, iaitu tempat persidangan DUN Sarawak yang pertama dan tertua di negara ini dengan persidangan pertama diadakan pada 8 September 1867.
Menyedari potensi perindustrian di Bintulu, Lembaga
Kemajuan Bintulu(LKB), ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1978 untuk
menjalankan pembangunan infrastruktur, juga sebagai penyelaras dan penggalak
kepada pelaburan kawasan perindustrian.
Dari tahun 1979 dan seterusnya, Bintulu telah mengalami pembangunan industri yang luarbiasa dan akan berterusan menjelang tahun 2000. Terkini, Bintulu telah pun menjadi pusat pertumbuhan industri di Sarawak. |
Sebuah loji
pemproses gas asli iaitu, Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Ia menjadi penggalak
kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.
LAPANGAN TERBANG BINTULU
Sejarah Lapangan Terbang Bintulu bermula
seawal tahun 1937 dibina oleh Kerajaan British. Lapangan Terbang Lama Bintulu
dibuka untuk operasi pada 1 September 1955 yang dikendali oleh Borneo Airways.
PELABUHAN BINTULU
PELABUHAN BINTULU
Pelabuhan Bintulu mengingatkan aku ketika berkhidmat dengan Tentera Laut. Di Pelabuhan inilah KD Lekir pernah berlabuh sekitar tahun 1990 dahulu.
Di menara inilah aku mengambil gambar pelabuhan Bintulu.
SK ST
ANTHONY, BINTULU
Di hadapan sekolah inilah terletaknya Lapangan Terbang Lama Bintulu
PASAR TAMU BINTULU
RESTORAN SERIBU BINTANG
Pada Hari kedua aku di Bintulu, anak saudara ku yang mengajar di Bintulu telah membawa aku makan malam di sebuah restoran yang terkenal di Bintulu. Terima kasih tidak terhingga aku kepada anak saudara ku yang tersayang yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta pada bulan April 2012... Semoga anak saudara ku tabah menghadapi dugaan hidup...
KENANGAN BINTULU 1990 - KD LEKIR
Sebenarnya inilah bukanlah kali pertama aku di Bintulu. Sewaktu berkhidmat dengan Tentera Laut, aku telah banyak kali datang ke Bintulu.... salah satu kenangan yang masih aku simpan ialah semasa tugas rondaan di Sarawak tahun 1990 dimana KD Lekir pernah singgah di Pelabuhan Bintulu masa itu.
Demikian secebis kenangan ketika di Bintulu..... Bumi Kenyalang memang tidak asing bagi aku kerana aku pernah berkhidmat di KD Sri Rejang, Sibu Sarawak pada tahun 1983 - 1984.
Zulheimy Maamor
17.10.2013 - 2.30 pagi
Anak saudara tersayang.. Intan Ernany
KENANGAN BINTULU 1990 - KD LEKIR
Sebenarnya inilah bukanlah kali pertama aku di Bintulu. Sewaktu berkhidmat dengan Tentera Laut, aku telah banyak kali datang ke Bintulu.... salah satu kenangan yang masih aku simpan ialah semasa tugas rondaan di Sarawak tahun 1990 dimana KD Lekir pernah singgah di Pelabuhan Bintulu masa itu.
Demikian secebis kenangan ketika di Bintulu..... Bumi Kenyalang memang tidak asing bagi aku kerana aku pernah berkhidmat di KD Sri Rejang, Sibu Sarawak pada tahun 1983 - 1984.
Zulheimy Maamor
17.10.2013 - 2.30 pagi