Thursday, 30 July 1981

KD GANAS, 1981

KD GANAS
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
MALAYSIAN BASE JETTY, WOODLANDS, SINGAPORE
3.2.1981 - 27.7.1981

KD GANAS
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
SINGAPORE, 1981


Tahun 1981, setelah menamatkan Kursus Asas Komunikasi Radio di KD Pelandok, Lumut, Perak, kami akan ditempatkan di unit masing-masing. Saya bersama 809023 ODCR Roseli Md Zin (American) telah di tempatkan di atas Kapal Penyerang Laju (Misil) , KD GANAS yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Pegawai Memerintah KD Ganas ketika itu ialah N/400438 Lt Kdr Abdul Rashid Md Isa.


KD Ganas adalah merupakan salah sebuah kapal TLDM dari Sekuadron pertama Kapal Pembinasa Laju (Misil). Sekuadron ini terdiri dari 4 buah kapal iaitu KD Ganas, KD Perdana, KD Serang dan KD Ganyang. Ditauliahkan pada 20 Mac 1973 di Limbungan Cherboug, Perancis. Kapal ini adalah dari kelas PERDANA yang dilengkapi dengan Sistem Peluru Berpandu EXOCET MM 38 Missile.

Pegawai Memerintah pertama kapal ini ialah N/400179 Kdr TLDM Muhammad Yasin bin Hj Salleh.




Bersama skot saya ODCR Roseli Zin, sama-sama OJT di KD Ganas


Kami menaiki keretapi dari Ipoh ke Johor Bahru sebelum dibawa dengan trak ke Woodlands, Singapura. Ini lah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura. Setelah tiba di Malaysian Base Jetty di Woodlands, kami mencari kapal masing-masing... namun kapal KD Ganas tidak kelihatan. Akhirnya kami diberitahu bahawa KD Ganas ketika itu berada di Sabah. Jadi saya dan Roseli akan ditumpangkan sementara di Pejabat Semboyan FOCRMNCCS di KD Malaya sehingga kapal kembali ke Singapura. 3 bulan lamanya kami di FOC RMNCCS (Fleet Operational Command, Royal Malaysian Navy Communication Contigency System).
FOCRMNCCS kini dikenali sebagai SKTLDM (Stesen Komunikasi TLDM).

Bangunan FOC RMNCCS (Bangunan Kayu).. Disitulah saya dan Roseli ditumpangkan selama lebih kurang 3 bulan sehingga KD Ganas kembali dari Sabah. 

Pengkalan TLDM di Woodlands kini berubah wajah menjadi SINGAPORE ADMIRALTY WEST PRISON .... HANYA TINGGAL KENANGAN


Ini adalah antara 2 orang senior saya semasa OJT di KD Ganas....RO Fuad dan RO Amir (lebih dikenali dengan Amir Lat) manakala seorang lagi ialah RM Basiran. Anggota Komunikasi KD Ganas yang saya ingat ketika itu selain Amir dan Fuad ialah Osman Desa (Penaga), Adnan (Donan), LRO Chua Eng Chai, LRO Rama, Yeoman Lee Ah Sang dan RS Hassan Mamak... yang lain saya tak berapa ingat...


CRS Hassan (Radio Supervisor KD Ganas)





Satu-satu kenangan yang tak mungkin saya lupakan semasa berkhidmat di KD Ganas ialah latihan Penembakan Peluru Berpandu (Exocet Missile) di Selat Singapura pada July 1981. Saya masih ingat lagi ketika latihan penembak Missile ini berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.  Kapal yang menjadi target ketika itu ialah bekas KD Ledang yang telah dilucutkan tauliah.
Setelah 6 bulan menjalani On Job Training di KD Ganas , saya ditukarkan ke KD Raja Jarom.


EX-KREW KD GANAS (1981)